CHAPTER 4

Thriller Series 517

Pelajar-pelajar lelaki bantu enam pelajar perempuan yang kena rasuk itu. Ustaz dan ustazah sekolah memberikan rawatan. Murid yang di rasuk itu salah seorangnya adalah Alisa. Gadis itu menjerit dengan kuat sehingga suaranya berubah parau. Shasha dan Selena bantunya dengan tahan tangan Alisa.

Alisa memandang ke arah Shasha. Matanya seperti mata seekor ular yang berkaca. Shasha dah menggigil ketakutan. Dia lepaskan pegang badan Alisa. Di alihkan pandangan ke arah Selena. Gadis berbangsa cina itu juga terkejut Alisa pandangnya.

"Mati..!" Alisa berbisik tetapi Selena tahu dari mulut Alisa dia ada menyebut sesuatu.

Hafizah bantu pelajar perempuan lain. Dia toleh ke arah Alisa yang kena rasuk itu. Pandangan itu seperti dendam jiwa yang teraniaya. Dia kembali fokus dengan murid yang dia pegang sekarang.

Deana baru sampai ke depan pintu pagar sekolah. Dia turun dari kereta. Deana segera berjalan untuk masuk. Baru sahaja dia melangkah kaki kanan. Dia mula rasa ada aura yang tak baik di dalam. Kegelapan telah pun berada di dalam sekolah itu. Aura yang dia rasa adalah aura dendam kesumat.

"Puan, ni kawasan sekolah. Puan tak di benarkan masuk." kata pak guard.

"Saya perawat yang di panggil. Izinkan saya ke dalam. Terima kasih." Deana dah potong dulu tanpa sempat pak guard nak balasnya.

Deana terus berjalan masuk untuk ke dewan perhimpunan. Ain, Haziqah, Sofea dan Natasha dan berpeluk tubuh ketakutan. Ain nampak mamanya datang. Deana tidak sempat tegur anaknya kerana telinga dia terdengar suara teriakan dan kesakitan seseorang. Dia segera berlari masuk ke dalam dewan.

Deana masuk ke dalam dewan perhimpunan. Deana berjumpa puan pengetua sekolah.

"Saya Deana. Tadi anak saya telefon katanya ada kes kerasukan di sini. Puan jangan risau, saya perawat juga." Deana perkenalkan diri sambil berjabat tangan.

"Terima kasih. Tolong tengokkan mereka." kata Puan pengetua naik risau. Berharap takde apa-apa terjadi pada anak muridnya.

Murid-murid yang di rasuk semua Deana periksa. Lima daripadanya kena rasuk biasa. Deana terus pandang ke arah pelajar yang keenam itu. Di dalamnya ada puaka yang kuasanya lebih kuat. Deana tengok yang lain kena rasuk biasa.

"Puan Deana kan?" Ustaz Rizal tegur.

"Ya saya." Deana menjawab. Deana terus fokus dengan murid yang di rasuk.

"Ustaz, lima orang ni kena rasuk biasa. Mereka ni hanya lemah semangat. Kuasa syaitan itu telah melemahkan mereka. Benda tu ada dalam tubuh yang murid tu." kata Deana tujukan ke arah Alisa. Ustaz Rizal terus mengangguk dan hentikan histeria lima murid lain.

Deana bangun dan pergi ke arah Alisa. Gadis yang kena rasuk itu memandang Deana. Suaranya menyeringai parau. Deana duduk melutut.

"Siapa kau??" Deana soalnya.

"Jangan masuk campur kalau kau taknak mati." benda yang merasuk itu bagi amaran pada Deana.

"Sikit pun aku tak gentar. Aku tanya kau baik-baik. Siapa kau??" Deana yang kali ini bukan seperti sebelum ni. Dia sudah terlalu berani sekarang.

"Aku akan biarkan perempuan ini mati. Termasuk dua perempuan itu." Alisa terus bagitahu sambil dia tunjukkan ke arah Shasha dan Selena.

Hafizah memandang kejadian itu. Deana pandang Shasha dan Selena. Dia terus kembali fokus dengan Alisa semula.

"Siapa nama budak ni cikgu?" Deana cuba tanyakan pada guru lain.

"Nama dia Alisa." Cikgu Emilia beritahu.

"Alisa. Kalau kamu dengar suara saya! Tolong lawan benda itu! Jangan biarkan dia kuasai tubuh badan kamu! Lawan dia Alisa!" Deana terpaksa tinggikan suara supaya Alisa boleh mendengar suara Deana.

Deana tergamam seketika. Kelibat lelaki bertopeng pinokio berada di luar pintu dewan perhimpunan. Lelaki itu melambaikan tangan yang ada pisau. Dia tahu ini semua angkara semangat syaitan dari topeng itu.

"Saya nak someone tolong pegang budak ni sekejap!" Deana meminta bantuan untuk jagakan Alisa. Beberapa guru termasuk Emilia tolong pegangkan.

Deana bangun dan pergi ke arah pintu utama itu. Dia segera keluar dan perasan lelaki topeng itu lari ke arah sebelah kiri bangunan. Deana pun berjalan ikut lelaki itu. Dia pergi ke hujung tepi bangunan. Lelaki topeng itu sergah sambil mahu tikam Deana. Cepat-cepat Deana mengelak. Lelaki itu mahu tikamnya. Deana pantas pegang tangan budak lelaki itu dan tumbuk mukanya.

Lelaki topeng itu memandang Deana. Pisaunya di angkat dan terus menyerang. Deana buka bunga silat. Dia terus matikan kunci lawannya. Deana tampar muka lelaki topeng itu dan tolaknya dengan kaki. Lelaki topeng itu jatuh terbaring.

Deana cuba datang perlahan-lahan. Dia pegang kaki budak lelaki itu. Lelaki itu terus pegang pisau dan sergahnya untuk tikam. Dengan cepat Deana mengelak sampai dia tergolek kebelakang. Lelaki itu berdiri semula. Deana dah tak cukup nafas akibat lawan tadi.

"Kenapa kau berdendam dengan sekolah sini..?? Engkau yang dah merasuk Alisa bukan??" Deana cuba tanya dalam keadaan baik tapi dia marah sebabkan lelaki itu nak bunuhnya.

"Apakah tujuan manusia itu hidup di dunia?" lelaki bertopeng itu soal Deana.

"Manusia hidup di dunia untuk akhirat. Dan berterima kasih pada Allah SWT kerana telah berinya peluang merasa nikmat walau sementara." Deana menjawab soalan lelaki itu.

"Tapi hidup aku ibarat binatang yang paling hina dan jijik. Aku telah memberi dan bersatu jiwa ku dengan syaitan." kata lelaki bertopeng itu.

"Dendam kesumat aku pada mereka belum lunas lagi." lelaki bertopeng itu menambah.

"Janganlah kau simpan dendam. Benda itu jahat. Kau takkan dapat cium bau syurga kalau simpan dendam sampai bersatu hati dengan iblis!" Deana memberitahu. Lelaki bertopeng pinokio itu ketawa mengejek. Suara ketawanya juga parau seperti ada dua suara berbeza.

"Hati aku mati untuk maafkan mereka. Aku suka melihat musuh aku merana. Seperti mana mereka lakukan pada aku. Kau jangan ganggu aku kalau tak mahu kehilangan anak perempuan kau!" lelaki topeng itu bagi kesedaran pada Deana sebelum dia pergi membawa diri.

Deana melihat lelaki itu pergi. Nasib dirinya baik di sebabkan dia tak kena tikaman. Deana cuba untuk selamatkan budak lelaki itu dari terus menyerang dan membunuh. Kali ini dia sendiri dapat rasakan. Kes yang dia nak selesaikan bukan melibatakan puaka. Tapi DENDAM KESUMAT sang Algojo.

+++++++++

Ikram berjalan keluar dari kelas. Harini dia balik agak lambat sebab nak siapkan sedikit kerja sekolah. Tadi, dia dari perpustakaan untuk mengambil buku rujukan yang akan bantunya mendapatkan jawapan kerja rumah nanti.

Seseorang tarik tubuhnya masuk ke dalam kelas sebelah. Mawi terus campakkan Ikram sampai jatuh. Buku dan beg berterabur di atas lantai. Ikram terkejut dengan tindakan Mawi berbuat begitu. Hazrain terus tumbuk muka Ikram. Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia merayu minta berhenti pukulnya.

"Bodoh kau! Berani kau hantar belaan kau rasuk awek aku!" Hazrain dah terlalu marah. Dari tadi dia dah pandang Ikram lama semasa semua murid bantu enam pelajar kena rasuk.

"Mana ada. Aku tak tahu lah!" Ikram pertahankan diri.

"Mengaku jelah!" Victor pun tolak kepala Ikram menyuruh lelaki itu mengaku.

"Sumpah aku tak buat! Aku sendiri tak tahu!" kata Ikram dah sakit-sakit badannya.

"Kau jangan temberang bodoh! Mengaku jelah kau buat!" Mawi dah tengkingnya. Lelaki tu dah panas baran.

"Tolong jangan apa-apakan aku. Aku sakit." Ikram sampai dah merayu minta dilepaskan. Airmatanya dah mengalir jatuh keguguran.

"Kau binatang! Kau bangsat! Bodoh!" Hazrain terus terajang tubuh Ikram.

Dia sampai dah terbaring lemah. Tubuhnya teruk di belasah kalini. Hazrain betul-betul marah dengan apa yang dah terjadi pada Alisa. Hazrain pijak kaki Ikram. Lelaki itu menjerit sekuat hatinya. Airmatanya masih mengalir keluar.

"Mak..." hanya mampu sebut nama arwah emak.

"Mak..?? Woi! Mak kau dah mampos masuk kubur! Panggil nenek tua dengan atok cacat kau tu bodoh!" Mawi maki dan hina keluarga Ikram.

Ikram hanya mampu menangis. Dia dah tak boleh tahan kalau macam ni setiap hari. Victor tanggalkan spek mata Ikram. Lelaki itu cuba ambil tapi Victor pijak mukanya. Ikram menjerit sakit sekali lagi. Victor jatuhkan dan pijaknya sampai patah. Dia terkejut kerana itulah cermin mata baru pemberian neneknya.

"Dah jom blah. Biar mampos dia dekat situ!" Mawi terus mengajak Hazrain dan Victor keluar. Mereka tinggalkan Ikram dalam keadaan sakit tubuh badan.

Ikram sampai menggigil nak mengambil spek mata yang patah. Dia menggigil penuh kemarahan. Tapi apakan daya, dia tak kuat nak lawan pelajar-pelajar lelaki itu. Dia begitu lemah sekali. Ikram menangis tengok cermin mata pemberian neneknya dah patah habis. Cerminnya juga pecah berderai.

Hafizah terdengar bunyi suara orang menangis di dalam kelas. Dia tolak perlahan pintu kelas itu. Terkejut dia nampak Ikram terbaring lemah dalam keadaan menangis.

"Ya Allah, Ikram!" Hafizah lari ke arah kawan baiknya itu.

"Mak..." Ikram sebut arwah emaknya.

"Ya Allah.. Kakak..!! Kakak...!!!" Hafizah jerit panggil kakaknya yang ketika ini berada di sebelah kelas.

Emilia datang tengok kenapa adiknya panggil cemas. Dia berdiri depan pintu kelas. Matanya terbeliak.

"Ya Allah Ikram!" Emilia pun turut bantu. Hafizah dah menangis melihat Ikram sebegini. Emilia terus hubungi ambulan untuk datang segera.

"Ikram, mari cikgu tolong. Bangun nak.." Emilia suruh Ikram bangun. Dia pun tak dapat menahan sebak.

Ikram masih menangis semahunya sebabkan spek mata. Hafizah pun menangis. Dia tahu spek mata yang dah pecah tu pemberian neneknya. Ikram ada cerita sebelum ni. Hafizah dan Emilia bantunya bangun. Mereka mula nak berjalan ke arah pintu. Langkahnya mati. Di depan pintu, ada lelaki bertopeng pinokio. Lelaki itu hanya berdiri sahaja memandang mereka bertiga. Emilia dah takut tapi tidak Hafizah. Gadis itu cuba nak panggil nama lelaki topeng tapi mulutnya terkunci rapat.

++++++++++

Fatimah datang ke hospital menaiki teksi. Dia menjerit panggil nama cucunya. Emilia lari mendapatkan neneknya Ikram. Dia peluk wanita tua itu untuk bagi semangat. Hafizah dari tadi menangis sepanjang perjalanan mereka nak ke hospital.

Sedih dia melihat keadaan Ikram. Emilia bawa Fatimah masuk ke dalam bilik wad. Dia biarkan Fatimah jumpa cucunya itu. Emilia datang ke arah adiknya. Dia duduk di sebelah.

"Siapa punya angkara semua ni??" Emilia soal adiknya.

"Fizah tak tahu lah kak. Masih belum jumpa clue dia." kata Hafizah berpura-pura tidak tahu pelaku yang memukul Ikram.

"Kalau kakak tahu siapa pelakunya. Perkara macam ni kakak laporkan dekat mak ayah diorang! Biar mak ayah diorang ajar anak mereka!" Emilia dah mula meninggikan suara.

"Satu lagi kakak nak tanya. Masa kita nak keluar kelas tu. Kenapa Hafizah tergamam nampak lelaki topeng tu?" Emilia soal adiknya. Dia pandang adiknya sebab nak tahu jawapan.

"Tak kenal." Hafizah menjawab sayu.

"Kakak pelik. Kamu nampak macam tenang tengok budak lelaki tu." kata Emilia. Hafizah terus ambil botol air mineral. Dia segera minum supaya kakaknya tak terus soal pasal lelaki bertopeng pinokio.

"Sudah lah kakak. Fizah dah penat ni." kata Hafizah nak balik. Lagipun dia belum mandi salin pakaian lagi. Kakaknya pun belum salin pakaian.

"Kakak nanti nak belikan Ikram cermin mata baru. Takkan nak harapkan nenek dia je. Kasihan mereka." kata Emilia mula menukar topik lain. Hafizah sekadar mengangguk sahaja.

Di kawasan lain. Lelaki bertopeng pinokio berdiri di hadapan sebuah rumah mewah milik Sakinah. Dia mula mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah besar dan mewah itu.

Sakinah dah pulih daripada luka. Hari esok merupakan hari dia kembali semula ke sekolah. Dia rindukan Shasha, Alisa dengan Selena. Tadi dekat group whatsapp mereka. Shasha beritahu Alisa kena rasuk tadi pagi. Nasib ada seorang perawat perempuan datang tolong. Hazrain baru bagitahu dekat Anas dan Sakinah bahawa Ikram telah upah pembunuh untuk serang mereka berdua.

"Kau bodoh Ikram. Berani kau upah orang untuk bunuh aku. Memang besok aku bantai kau cukup-cukup." Sakinah bebel sambil menahan marah. Memang mati Ikram dia kerjakan besok.

Kedengaran bunyi barang jatuh di bawah. Sakinah pelik. Mak ayah dia dah balik ke? Sakinah terus buat tak tahu. Dia fikir mungkin bibik terjatuhkan barang. Sakinah bagitahu dekat group whatsapp bahawa dia akan bunuh Ikram. Mereka yang di dalam group whatsapp dah bersorak tanda sokongan.

Dan kali ini bunyi benda kaca jatuh satu persatu. Sakinah dah mula tak sedap hati. Barang kaca yang jatuh tu perhiasan mak dia. Mati bibik tu kena pukul nanti.

"Bibik! Dah kenapa tu..???" Sakinah jerit panggil bibiknya.

"Bibik..???!!" Sakinah panggilnya. Tapi bibiknya tak muncul-muncul.

Sakinah turun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Dia buka pintu bilik tidurnya.

"Bibik..??!" Sakinah panggil. Bibiknya langsung tak menyahut.

Dia keluar dari bilik. Berjalan perlahan-lahan di ruang koridor. Dia turun anak tangga sedikit demi sedikit. Sampai di bawah. Dia tengok barang perhiasan kaca kesayang emaknya pecah.

"Ya Allah.. Bibik! Kau dah kenapa jatuhkan barang kaca.????" Sakinah bebel dekat bibiknya. Dia pergi ambil penyapu dan penyedok sampah. Dia yang kena sapu kaca-kaca itu.

Sakinah mengambil plastik sampah dan buangkan kaca itu lalu di masukkan ke dalam plastik sampah. Dia hairan kemana bibiknya pergi? Tak kan lari malam-malam.

Tiba-tiba lampu rumahnya terpadam. Sakinah terkejut sampai menjerit kecil. Dia terus ambil telefon dan buka lampu dari telefonnya. Dia suluh semua arah. Sakinah terus pergi ke arah suis lampu.

He He He He He

Sakinah terkejut dan suluh ke arah kerusi malas yang ayahnya selalu duduk. Kerusi malas itu berayun perlahan-lahan. Dia perasan ada sesuatu yang sedang duduk di atas kerusi tersebut. Dia berjalan dengan langkah berhati-hati. Semakin lama semakin dekat dan dia mahu tengok siapa duduk di atas kerusi itu.

Dia suluh seseorang yang sedang duduk. Dia terkejut apabila yang sedang duduk di atas kerusi malas ayahnya adalah patung pinokio. Muka dan pakaian lengkap patung itu sebijik lelaki bertopeng tempoh hari.

Di belakang dalam kegelapan. Muncul muka bertopeng pinokio mendekati. Sakinah pusingkan kepala kebelakang. Lelaki bertopeng pinokio itu terus pukul mukanya menyebabkan Sakinah jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

Sakinah sedarkan diri. Matanya masih kabur. Dan apabila matanya mencelik. Pandangan pertama yang dia nampak patung pinokio yang dia jumpa dekat bawah tadi sebelum jatuh pengsan.

Sakinah cuba gerakkan badan tapi tak boleh. Dia tengok dirinya terikat dengan kedua belah tangan dan kakinya juga terikat. Sakinah meronta mahu melepaskan diri.

"Apa khabar Sakinah?" dua suara parau itu menyapa.

Sakinah tengok seseorang yang sedang duduk di kerusi menghadap cermin meja solek. Dari pantulan cermin dia nampak orang itu memakai topeng pinokio.

"Kau siapa..???" Sakinah tanya lelaki itu. Dia cuba untuk melepaskan diri.

"Tolong!" Sakinah jerit meminta tolong.

"Kenapa nak minta tolong? Bibik rumah kau aku dah ikat dia. Kalau dia degil! Dia mati!" kata lelaki topeng itu.

"Kau nak apa dari aku??" Sakinah soalnya.

"Bagus soalan itu." lelaki topeng itu bangun sambil angkat pisau besarnya. Mata Sakinah dah membulat.

"Tolong! Jangan bunuh aku! Aku merayu.." Sakinah merayu pada lelaki bertopeng itu supaya dirinya di lepaskan.

Lelaki bertopeng itu datang merapat. Airmata Sakinah dah berderai mengalir. Lelaki itu ambil tisu dan tolong lapkan airmata. Dia belai menggunakan mata pisaunya.

"Kasihan kau. Itulah orang tua-tua pernah cakap. Jangan suka buli anak orang kalau taknak kena akibatnya." kata lelaki bertopeng ingatkan dengan dua suara berbeza.

"Tolong.. Aku merayu... Maafkan aku..." Sakinah masih tak putus-putus merayu.

"Kasihan kau. Tapi dah terlambat." kata lelaki bertopeng itu.

Dia terus tanpa amaran tikam dada Sakinah. Wanita itu menjerit kesakitan. Lelaki bertopeng itu terus menerus tikam dadanya bertubi-tubi. Dengan nada geram dia tikam tanpa belas kasihan. Dia tikam bahagian leher perempuan itu dengan bahagian dahi.

Dia berhenti bunuhnya. Lelaki itu tengok banyak darah Sakinah penuh di atas katil. Sakinah mati mengerikan. Dia potong tali yang ikat tangan dan kaki. Tubuh Sakinah di bangunkan. Dia ambil telefon Sakinah. Dia buka kata kunci itu dengan jari Sakinah.

Lelaki itu pergi ke arah group whatsapp mereka berlapan. Dia ambil gambar bersama mayat Sakinah. Dan dia terus hantar gambar di dalam group tersebut. Dia biarkan telefon itu sebelah mayat. Tak lama selepas itu, bertalu-talu chat masuk dan kecoh di dalam group whatsapp tersebut.

Lelaki Bertopeng Pinokio dah lega. Mangsa pertama sudah dibunuh.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience