PROLOG

Thriller Series 517

Pada sebelah malam. Seorang pengawal keselamatan periksa di kawasan dalam bangunan sekolah. Dia pantau setiap kelas-kelas sambil suluh lampu picit ke dalam. Dan selepas itu, dia pun berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Pintu salah satu kelas terbuka dengan sendiri perlahan-lahan. Muncul kepala seorang pelajar lelaki yang masih belum balik selepas kelas malam. Dan dia terus masuk ke dalam lalu pintu di kunci. Di dalam kelas ada lapan orang pelajar. Empat lelaki dan empat perempuan. Ada seorang lagi budak lelaki duduk bercangkung di lantai.

Seorang budak lelaki itu rentap rambut pelajar yang kena buli. Dia angkat muka budak itu untuk pandang ke arahnya.

"Aku nak tanya kau, engkau ke yang bagitahu cikgu cakap aku dengan Shasha ni seks dekat bilik stor.?!" Mawi tanya budak lelaki itu. Lelaki itu menggelengkan kepala memberitahu bukan dia sebarkan berita tersebut kepada guru yang bertugas.

"Habis tu! Macam mana Cikgu boleh tahu kalau bukan kau..???" Mawi tengking budak itu.

"Mawi, perlahankan suara. Nanti pak guard tu dengar." Hazrain bisik supaya Mawi perlahankan suaranya.

"Budak ni memang cari mati." kata Shasha tak puas hati.

Pasal budak itulah dia kena marah dengan mak abah. Cikgu laporkan perkara pada keluarga Mawi dan Shasha.

"Kau taknak mengaku ea. Ini makanan kau!" Mawi terus tumbuk muka budak itu. Shasha pun turut masuk campur belasah budak lelaki itu.

Enam rakan lain hanya tengok sahaja. Sakinah senyum melihat. Dia suka tengok kawan-kawannya buli dan pukul budak. Sakinah bangun dari tempat duduknya. Dia mengambil pemetik api. Di pegang jari telunjuk budak itu. Mawi dan Shasha masih buli dan belasahnya. Sakinah hidupkan pemetik api dan cucuh jari di atasnya. Budak itu menjerit kesakitan.

Hazrain terus meluru ke arah budak itu. Dia tumbuk kepala sambil menyuruhnya diam.

"Bodoh! Kau nak pak guard dengar ke bodoh!" Hazrain marahkan budak itu. Dia segera bangun dan duduk di kerusinya semula.

Alisa sibuk merakam suasana yang baginya sebuah hiburan. Tanpa sedar, di luar pintu bahagian belakang kelas. Ada seseorang intai ke dalam. Alisa terasa ada orang intai. Dia terus pusingkan kamera dan dirinya ke arah pintu bahagian belakang kelas. Dia mengerutkan dahi. Johari datang dekat dengan makwe. Dia peluk makwenya dari belakang sambil menggoda dengan kucupan.

"Hei nanti!" Alisa marahkan pakwenya.

"Alaa sayang. I dah tak tahan ni nak tubuh u. Jom lah buat sekarang." Johari pujuk makwenya.

"Nanti. I tadi macam perasan ada orang intai kita." kata Alisa. Johari terus pandang makwenya.

"U biar betul? Kan pak guard dah takde. Lagipun kelas malam kan cuma kelas kita je tadi. Semua budak dah balik." kata Johari. Dia tengok muka Alisa dah berkerut sambil memandang kamera telefon pintarnya.

"Betullah. I memang perasan ada orang." kata Alisa begitu yakin.

"Sudah lah. I nak ke toilet. Nak teman?" soal Johari. Alisa menggelengkan kepala. Taknak dia malam-malam pergi tandas sekolah.

"Pergilah sendiri." Alisa suruh teman lelakinya pergi sendiri.

"Ha yelah. Byee muaah.." Johari terus muncung bibir seperti kucup. Dia berjalan keluar dari kelas.

Betul ke apa yang Alisa perasan? Atau ini hanyalah perasaan dia sebab dia seorang penakut. Alisa cuba sedapkan hati mengatakan ini cuma perasaan seram sahaja. Takde apa yang pelik dia nampak tadi.

Johari berjalan seorang diri di lorong koridor. Sambil dia betulkan tali pinggang seluar. Dia melintasi kelas sebelah kanan. Di dalam kelas itu ada sosok seseorang sedang berdiri. Johari tidak menyedari akan sosok itu sehingga dia masuk ke dalam tandas awam sekolah. Dia pergi ke arah kubikel paling hujung. Pintu di tutup.

Dia melabuhkan punggung di atas jambam duduk. Kunci telefon pintar di buka. Dia tengok video-video dekat tiktok. Dia ketawa kecil bila ada video-video lawak. Ketawanya pudar selepas dia dengar ada orang masuk ke dalam tandas. Pak guard ke? Katanya dalam hati. Dia matikan telefon pintar dan diam diri.

Bunyi orang berjalan langkah perlahan. Dia memandang bayang hitam di bawah pintu kubikel. Dia takut kalau yang di depan kubikel ni pak guard. Mesti kena marah punya sebab masih ada pelajar dalam sekolah. Dia dengar suara orang ketawa kecil seperti mengekek di luar kubikel.

Johari basuh dulu sebelum dia pakai seluar semula. Dia mengepam jamban. Suara ketawa itu bukan suara pak guard atau member dia. Johari turunkan badan untuk tengok. Dia nampak ada sepasang kaki di luar kubikel. Dia pandang kasut yang di pakai warna merah. Seluar jeans tetapi bahagian bawah seluar di lipat sedikit ke atas.

Johari terkejut ada muka patung pinokio tiba-tiba jatuh depan mukanya. Dia terus bangun dan undur sikit. Dadanya berdebar kencang. Patung itu di tarik seseorang. Matanya membulat. Dia segera bangun dan pergi merapatkan diri ke pintu kubikel. Liurnya di telan. Dia tarik kunci untuk buka. Dia pegang tombol pintu. Di pulas dan terus buka.

"Baa..!!!" Anas dan Hazrain terkejutkan Johari.

"Woi bodoh!" Johari terus terduduk sebabkan terkejut. Dia pegang dadanya. Laju jantungnya berdegup. Anas dengan Hazrain dah ketawa mengekek. Johari berang dengan usikan macam tu. Dah lah hari sudah waktu malam.

"Bodoh lah korang ni! Kalau aku mati kat sini siapa nak jawab?!" Johari marahkan dua kawannya.

"Rileklah Joe. Gurau jelah. Kau dulu pun sama jugak suka jumpscare Alisa." Hazrain ingatkan Johari yang memang ketua suka kejutan.

"Jom lah keluar. Mawi nak blah dah tu." Anas mengajak Johari untuk pulang ke rumah.

"Habis, budak laki tu?" Johari tanya pasal budak yang Mawi dan Shasha buli.

"Pandai-pandailah dia hidup. Kitorang baru lepas kencing dekat dia." kata Anas dengan perasaan seronok. Johari pun turut ikut terhibur sama. Mereka bertiga berjalan keluar dari tandas awam sekolah.

Kelas mula sepi. Hanya tinggal mangsa buli itu. Dia menangis semahunya. Mukanya lebam teruk. Jarinya hangus sebabkan terbakar dan bakal cacat seumur hidup. Seluruh badan basah di sebabkan air kencing. Tangannya menggeletar untuk mengambil kaca mata yang sudah pecah akibat di pijak oleh Selena tadi.

Daun pintu di tolak seseorang untuk buka. Budak itu dengan pandangan samar-samar nampak seseorang berjalan masuk. Yang dia perasan orang itu macam memakai baju warna putih merah. Kepalanya memakai topi. Budak itu takut kalau pembuli tu kembali. Dia tengok orang itu hulurkan tangan. Dia nampak tangan lelaki yang hulurkan tu memakai glove jenis kain warna putih.

"Bangun." lelaki itu suruhnya. Budak lelaki yang kena buli itu capai tangan dan bangun. Mereka berjalan keluar dari kelas itu. Pintu di tutup dengan sendiri.

+++++++++

Ikram berjalan balik dalam keadaan yang teruk di bantai. Dia berhenti betul-betul depan pintu rumahnya. Dia tidak kaya. Tidak mewah macam pembuli-pembuli dia. Pintu dibuka, seorang nenek memakai kaca mata. Dia terkejut tengok cucunya dalam keadaan tak terurus.

"Ya Allah, Ikram! Kenapa ni, cu??" Nek Fatimah tarik tangan cucunya dan bawa masuk.

Fatimah terkejut tengok keadaan cucunya. Dia mahu menangis. Ikram tunjukkan spek mata yang dah pecah. Fatimah terus menangis. Dia ambil serpihan spek mata yang dah pecah itu. Dia bawa masuk ke dalam bilik.

"Abang, mereka buli cucu kita lagi bang." Fatimah mengadu pada suaminya.

Tok Omar sekarang dalam keadaan terlantar sakit sudah lama. Hanya Fatimah dan cucunya Ikram jaga Omar. Omar mengalirkan airmata tengok isterinya menangis sebabkan orang buli cucunya.

"Kalau abang kuat kudrat. Abang nak tanya budak yang buli dia." kata Omar sambil mengesat airmata. Fatimah dah menangis dari tadi.

Ikram pergi mandi bersihkan diri. Dia menangis dalam bilik mandi. Sudah setahun dia bersekolah di situ. Dalam setahun tu boleh di katakan dia kerap kena kena buli oleh lapan sekawan itu. Ikram ketuk-ketuk kepalanya tanda dia dah terlampau marah.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!" Ikram mengamuk tetapi suaranya dia perlahankan supaya tidak di dengari oleh tok dan neneknya. Dia tak mahu kedua orang tua itu risaukan dia.

Ikram merupakan anak yatim piatu. Mak ayahnya meninggal setelah terlibat dalam sebuah kemalangan yang cukup mengerikan. Kini, dia tinggal bersama atok dan neneknya.

"Ikram, mari makan." Fatimah panggil cucunya. Fatimah cuba sembunyikan tangisan dia. Dia mahu kuat untuk cucunya.

Ikram selesai mandi dan memakai baju. Fatimah papahnya untuk ke meja makan. Ikram duduk dan terus ambil sudu.

"Besok nenek carikan cermin mata baru." kata Fatimah. Ikram mengangguk tapi raut wajah tidak nampak ceria. Ikram angkat wajah memandang neneknya. Fatimah dari tadi sebak sambil kesat airmata.

++++++++++

Anas dan Sakinah ketawa mengekek keluar dari kedai serbaneka 24 jam. Mereka berjalan ke arah motosikal. Hari pun dah hampir pukul 12 tengah malam. Anas naik syeikh sempat dia kucup bibir Sakinah sikit-sikit. Kedua mereka dah mula di rasuk nafsu serakah. Sakinah terus naik membonceng. Anas terus tunggang motosikalnya meninggalkan kawasan itu.

Dalam perjalanan, tangan nakal Sakinah dari tadi meraba tubuh Anas. Lelaki itu pun dah tak sabar nak meratah tubuh teman wanitanya. Tiba-tiba, ada serpihan paku bertaburan di atas jalan menyebabkan motosikal hilang pertimbangan dan terbalik tiba-tiba. Sakinah dan Anas tercampak dari motosikal.

Anas mengerang kesakitan. Mukanya berdarah oleh terkena jalan tar. Dia cuba bangunkan badan. Tubuhnya juga sakit sana sini. Dia mencari kelibat Sakinah. Gadis itu juga mengerang kesakitan dan menangis.

"Mak..!!" Sakinah laungkan nama emaknya.

"Sakit..!" dia mengaduh.

Anas bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Sakinah. Dia duduk semula untuk cuba bangunkan gadis itu. Tiba-tiba, muncul seseorang keluar dari dalam hutan. Seseorang yang memakai topeng pinokio dengan pakaian lengkap seperti pinokio. Di tangannya memegang pisau yang tajam.

"Siapa kau..??!" Anas marahkan manusia topeng pinokio itu. Dia pun dalam keadaan sakit juga. Nak lawan pun dah tak berdaya.

Lelaki topeng itu baru nak menyerang. Dia berpaling apabila ternampak cahaya lampu kenderaan yang datang. Lelaki topeng itu pandang Anas dan Sakinah. Dia terus lari masuk semula ke dalam hutan.

Nasib Anas dan Sakinah pada malam itu selamat. Tapi, pada hari lain nasib mereka belum tentu menyebelahi.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience