Orang ramai mulai bereaksi tindak balas secara berbeza selepas dokkaebi itu hilang. Beberapa orang ramai cuba keluar dari kereta api manakala yang lain menghubungi polis.
Yoo Sangah pula tergolong dalam kumpulan yang terakhir. "Polis, polis tidak menjawab! Apa, apa yang patut saya..."
"Bertenang, Yoo Sangah-ssi," kataku sambil merenung tepat ke arah mata Yoo Sangah yang sedang tidak fokus.
"Yoo Sangah-ssi. Awak pernah main ke permainan yang dibuat oleh pasukan pembangunan? Permainan di mana dunia musnah dan hanya sedikit orang yang terselamat."
"Hah? Apa yang awak cakap-..."
"Fikirkanlah. Kita dalam suatu permainan sekarang."
Yoo Sangah hanya diam sambil mengigit bibirnya. "Permainan..."
"Mudah sahaja. Jangan teragak-agak untuk melakukan seperti apa yang akan saya katakan. Faham?"
"F-Faham. Apa yang patut saya buat?"
"Duduk diam-diam di sini."
Akhirnya, perlahan-lahan aku mengawal pernafasanku. Aku juga memerlukan masa untuk betul-betul menerima semua ini.
[Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur]
Gambaran yang hanya wujud dalam novel itu kini terbongkar betul-betul di depan mata aku.
「Dokkaebi itu mengeluarkan antenanya. 」
「 Mayat-mayat bertaburan seperti sampah di dalam gerabak. 」
「 Pekerja pejabat yang berlumuran darah itu gemetar. 」
「Seorang wanita tua mengerang di tempat duduknya. 」
Aku memerhati setiap adegan dengan teliti. Ia seperti Neo dalam Matriks, yang seperti realiti. Memerhati, menyoal, dan kemudian akhirnya menjadi yakin... Aku terpaksa mengakuinya. Aku tidak tahu sebabnya, tetapi tidak ada keraguan lagi tentangnya.
'Cara untuk Bertahan Hidup' telah menjadi kenyataan.
Biar aku berfikir... Bagaimanakah aku harus bertahan di dunia baru ini?
"Ayuh, semua! Semua bertenang. Mulakan bernafas dengan tenang."
Seseorang melangkah ke hadapan tepat lima minit selepas dokkaebi itu hilang. Dia seorang lelaki tegap dengan rambut pendek, lebih tinggi satu kepala daripada ketinggian purata.
"Anda semua sudah tenang? Tolong hentikan tindakan anda semua sekarang dan perhatikan saya untuk seketika."
Orang ramai yang sedang menangis teresak-esak atau membuat panggilan berhenti secara serta-merta.
Apabila mata semua orang telah berkumpul memandang kearahnya, lelaki besar itu membuka mulutnya lagi, "Seperti yang kamu sudah ketahui, sekiranya berlaku bencana negara, gangguan kecil boleh menyebabkan banyak korban manusia. Itulah sebabnya kini saya yang akan mengawal keadaan."
"Apa, siapa awak?"
"Situasi bencana negara? Apa yang kamu katakan?"
Sesetengah orang lambat tangkap maksudnya bagi pulih dan kuat menentang dunia 'kawalan'.
Kemudian, pemuda itu mengeluarkan kad rasmi kerajaan dari dalam dompetnya. "Saya merupakan seorang leftenan tentera yang kini berkhidmat dalam unit 6502."
Wajah sesetengah orang ramai menjadi lega. "Seorang askar, dia seorang askar."
Namun, masih terlalu awal untuk berasa lega.
"Saya baru sahaja menerima mesej daripada unit saya."
Orang ramai berkumpul di hadapan telefon pintar askar itu. Aku dapat membaca isinya tanpa susah payah kerana aku berada agak berdekatan dengannya.
-Situasi bencana negara tahap 1 telah berlaku. Semua tentera diminta berkumpul dengan cepat.
Aku dapat mendengar bunyi tegukan tekak di sekelilingku. Mereka menelan air liur. Ia adalah situasi bencana negara. Aku tidak terkejut sekalipun kerana aku sudah menjangkakan ini. Sebenarnya, aku juga terkejut kerana sesuatu yang lain.
Leftenan tentera Lee Hyunsung...
'Lee Hyunsung' itu ialah lelaki ini. Aku tahu siapa dia. Ini adalah kali pertama aku melihat wajahnya, tetapi namanya sangat jelas dalam kepalaku. Beliau adalah salah seorang daripada karakter sokongan utama dalam 'Cara untuk Bertahan Hidup'.
「 Pedang Keluli Lee Hyunsung. 」
Watak dari novel itu telah muncul. Sekarang aku benar-benar terpaksa mengakui keadaan yang sedang berlaku.
"Askar-nim! Apa yang berlaku?"
"Saya telah cuba menghubungi unit saya, tetapi..."
"Rumah Biru! Apa yang Rumah Biru buat? Sila hubungi pihak presiden dengan cepat!"
"Saya minta maaf. Saya hanya seorang askar biasa dan tidak mempunyai talian kepada hotline Rumah Biru." Jelas Lee Hyunsung.
"Kalau begitu kenapa awak yang mengawal?"
"Demi keselamatan semua rakyat..."
Seperti Lee Hyunsung dengan tenang menjawab soalan yang tidak masuk akal, aku menyedari bahawa huraian dalam novel itu tidak salah. Walau bagaimanapun, adakah Lee Hyunsung pada asalnya muncul seperti ini?
Semasa memikirkan soalan-soalan yang rumit ini, aku mempunyai satu firasat yang sangat aneh. Sebagai satu-satunya pembaca 'Cara untuk Bertahan Hidup', aku boleh memberi jaminan bahawa penampilan pertama Lee Hyunsung tidak seperti ini. Titik di mana dia muncul dalam novel itu adalah pada penghujung senario pertama novel.
...Lalu keadaan apakah ini? Fikiran aku menjadi bercelaru. Aku akan dapat tahu dengan lebih jelas jika aku membaca Cara untuk Bertahan Hidup sekali lagi.
"Perdana menteri sedang berucap! Ia benar-benar tahap satu bencana!"
Semua orang menghidupkan telefon pintar mereka dan tertumpu pada tangisan seseorang.
Yoo Sangah mengalihkan skrin telefonnya ke arahku. "...Dokja-ssi, lihat ini."
Tidak perlu memasukkan istilah carian untuk mencari. Ini adalah kerana keputusan yang pertama muncul untuk semua laman portal ialah 'Ucapan Perdana Menteri'. Sudah tentu, aku sudah mengetahui kandungan video itu.
-Kepada semua rakyat warganegara saya, pengganas yang tidak dikenali kini aktif dalam bilangan kawasan yang tidak dapat ditentukan, termasuk kawasan Seoul.
Isi ucapannya ringkas. Kerajaan sekarang akan menggerakkan segala cara dan kaedah untuk memerangi pengganas, dan tidak akan ada sebarang rundingan. Oleh itu, setiap orang harus yakin untuk meneruskan kehidupan mereka...
Aku tidak terlalu memikirkannya semasa membaca novel itu, tetapi sekarang aku agak terkejut apabila mendengar perkataan itu. Keganasan... Ya, seperti begitulah lebih sesuai.
"Tetapi di mana presiden? Mengapa perdana menteri yang membuat ucapan?"
"Presiden telah pun ditembak."
"Apa? Betulkah?"
"Saya tidak pasti. Komen pada Naver―"
"Sial, maka komen itu palsu!"
Sudah tentu, aku tahu ia bukan komen yang palsu.
"Uwaaaaack! Apa?"
Orang ramai menjatuhkan telefon mereka apabila bunyi tembakan kedengaran dari serata tempat. Ia berasal dari telefon pintar milik mereka.
Chiiiik, ada bunyi kuat, dan darah memenuhi skrin.
Selepas beberapa ketika, orang ramai menahan nafas kerana mereka menyedari apa yang telah berlaku.
"P-Perdana Menteri..."
Perdana menteri telah meninggal dunia. Kepalanya telah meletup dalam masa nyata sekarang. Terdapat beberapa lagi bunyi seperti tembakan sebelum skrin tiba-tiba menjadi senyap. Perkara seterusnya yang muncul pada skrin ialah dokkaebi.
[Semua orang, saya sudah memberitahu anda. Ini bukan permainan seperti 'keganasan'.]
Orang ramai kehilangan kata-kata kerana mulut mereka ternganga seperti ikan emas bodoh.
[Anda masih tak faham? Tidak sepatutnya seperti ini. Adakah anda masih berasa ini seperti permainan?]
Terasa tidak menyenangkan kerana nadanya sangat santai. Secara tidak sedar, aku membuat gaya penumbuk pada tanganku menggunakan seluruh kekuatan.
[Haha, mengikut data, rakyat negara ini sangat bagus pada permainan. Jadi, mengapa saya tidak cuba untuk meningkatkan tahap kesukaran?]
Beeep.
Pemasa besar muncul di udara. Pada masa yang sama, ia bermula dengan masa yang menurun dengan sangat cepat.
[Baki masa telah dikurangkan sebanyak 10 minit.]
[Masa yang tinggal hanya 10 minit lagi.]
[Jika pembunuhan pertama tidak berlaku dalam tempoh lima minit berikutnya, semua yang hidup dalam kereta api akan dihapuskan.]
"A-Apa ni? Gurauan ke?"
"Awak dengar tak mesej tadi? Hey, awak dengar tak?"
"Askar-nim! Apa yang patut kita buat sekarang? Kenapa polis tak datang?"
"Semuanya, bertenang dan dengar cakap saya-"
Kata-kata dokkaebi menyebabkan keadaan dalam gerabak kereta api menjadi sangat teruk dan huru-hara sehingga Lee Hyunsung tidak dapat memperbaikinya.
Aku dapat merasakan Yoo Sangah mencengkam erat kolar bajuku. Namun, aku tidak dapat mengelak ketidakselarasan keadaan ini.
Lee Hyunsung, watak sokongan, telah pun muncul. Jadi, kenapa 'dia' masih belum muncul? Mengikut apa yang aku tahu, sepatutnya aku sudah melihat dia sekarang.
"A-Ada pembunuhan di belakang sana!"
Pemandangan dari kereta api 3907 dapat dilihat melalui lorong tingkap kereta api. Wajah pembunuh dalam gerabak itu kelihatan samar-samar putih.
"Kita perlu menghalang mereka! Jangan benarkan sesiapa pun masuk!"
Orang ramai berpegang erat pada pintu besi, tetapi itu tidak perlu. Musuh memang tidak ada di sana dari awal lagi.
[Semua jenis akses kepada gerabak akan dihadkan sehingga senario selesai.]
Bersama-sama dengan mesej ini, orang ramai yang berpegangan pada pintu besi itu dilemparkan daripada pintu itu seolah-olah mereka telah melanggar penghadang yang telus.
"A-Apa ini?"
Sekali lagi, suara dokkaebi berbunyi,
[Haha, ada beberapa tempat yang agak menyeronokkan sedangkan tempat lain belum bermula. Okay, ini adalah layanan istimewa. Saya akan menunjukkan kepada anda apa yang akan berlaku jika tiada apa yang berlaku dalam tempoh lima minit akan datang.]
Skrin gergasi muncul dalam kereta api bawah tanah. Tempat yang muncul pada skrin gergasi itu adalah bilik darjah. Gadis beruniform sekolah berwarna biru laut kelihatan seperti terketar-ketar badannya.
Seorang budak lelaki menggigit kukunya dan bergumam, "...Bukankah itu adalah pakaian sekolah Daepong?"
Beep beep beep beep―
Bunyi beep yang tidak menyenangkan kedengaran. Kemudian gadis-gadis sekolah menengah itu mula menjerit.
[Masa yang diberikan telah habis.]
[Penyelesaian berbayar akan bermula.]
Sebaik sahaja pengumuman tamat, kepala-kepala pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di barisan hadapan telah meletup dengan kuat. Satu persatu, satu persatu lagi... Semakin banyak kepala yang meletup. Gadis-gadis sekolah menengah mulai menjerit dan berlari ke arah pintu atau tingkap kelas.
"Ahh, uh, macam mana-"
Alat pembersihan pecah dan kuku tercabut, tetapi pintunya tidak terbuka. Tiada siapa pun yang boleh keluar. Kepala pelajar perempuan sekolah menengah terus berturutan pecah.
Kemudian, kelihatan seorang gadis sekolah menengah mencekik rakannya, yang mati dengan keadaan mengerang.
Selepas beberapa ketika, satu-satunya perkara yang kekal pada skrin adalah pelajar perempuan sekolah menengah yang paling terakhir, sedang melihat sekeliling.
[#Bay23515 saluran. Sekolah Menengah Perempuan Daepong, Tahun 2 Kelas B mangsa yang terselamat: Lee Jihye.]
Kelibat gadis pada skrin itu telah hilang. Kemudian dokkaebi berkata, [Bagaimana keadaannya? Menarik, bukan?]
Dokkaebi itu bercakap dengan senyumannya, tetapi orang ramai tidak lagi memandang ke arah skrin.
Orang ramai mulai membuat kontak mata dan secara beransur-ansur berjauhan antara satu sama lain.
"Sial! Apa ni?"
Malah Yoo Sangah melepaskan pegangannya pada aku. Namun, dia tidak menjauhiku.
Kedua-dua tangan aku dilepaskan, dan aku menghidupkan kembali telefon pintar milikku. Mengapa 'lelaki itu' masih tidak muncul? Macam ada campuran dalam maklumat yang aku tahu daripada novel dan maklumat yang aku tidak tahu. Satu-satunya cara untuk menerobos dan menangani situasi ini ialah membaca 'Cara untuk Bertahan Hidup' sekali lagi.
Tetapi, di mana lagi aku boleh mencari novel itu? Novel itu tidak cukup popular untuk dikongsi secara illegal...
Tidak, tunggu sebentar.
[1 lampiran.]
Aku terkedu seketika apabila melihat pemberitahuan pada telefon pintar. Mungkinkah...
Tidak?
Aku keliru ketika aku membuka lampiran mel. Nama daripada lampiran yang dihantar oleh penulis ialah:
[ Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur.TXT ]
!!!
Share this novel