Bab 6 - Protagonis I

Fantasy Series 624

Kereta api bawah tanah itu berhenti sekitar separuh jalan dari Jambatan Dongho.

"Ya Tuhanku..."

Beberapa orang yang terselamat sedang berdiri dan melihat ke arah tempat kejadian yang berlaku di luar gerabak―Seoul yang hancur dan bangunan sudah runtuh. Raksasa seperti seekor ular gergasi sedang memakan serpihan jet pejuang yang telah terhempas ke dalam Sungai Han.

"A-Apa kejadahnya...!"

Aku terus mengenali identiti mereka sekaligus. Ichthyosaur. Raksasa yang
biasanya dipanggil sebagai 'sea-serpent' atau ular laut, yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai raksasa gred ke-7 di dalam dunia novel 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Salah seekor daripada ichthyosaur itu memandang ke arah kami.

"U-Uwaaah! Makhluk itu akan datang kepada kita!"

Orang ramai menjerit ketakutan. Namun, aku hanya memandang secara acuh tak acuh terhadap ichthyosaur yang kian menghampiri. Raksasa itu tidak akan menjadi ancaman pun. Ichthyosaur itu kelihatan mengelilingi bahagian bawah Jambatan Dongho dan hilang dalam gelembung udara.

Dalam dunia 'Cara untuk Bertahan Hidup', 'senario' adalah benda yang paling diutamakan berbanding perkara lain. Selama kita dilindungi oleh senario itu, kita tidak perlu berurusan dengan raksasa itu dengan segera. Sekurang-kurangnya buat masa ini sahaja.

[Penyelesaian pampasan ditangguhkan kerana senario yang tidak dijangka berlaku sedang disemak. Sila tunggu.]

Penyelesaian bagi hadiah pampasan sepatutnya dimulakan sekarang tetapi hanya satu mesej ralat yang terapung di udara. Itu mungkin disebabkan oleh aku.

Aku memandang ke bawah dan hanya memerhati pada badan Kim Namwoon yang berbaki batang tubuh badannya. Menurut novel 'Cara untuk Bertahan Hidup' yang asal, Kim Namwoon adalah orang yang paling banyak membunuh orang lain dalam gerabak ini dan kemudian beralih ke senario seterusnya.

Namun, aku telah menghentikan dia. Jika pemikiran aku betul, mereka yang menjadi marah dengan kematian Kim Namwoon akan muncul. Di sini? Bukan disini. Mereka berada di atas langit.

[Disebabkan kematian karakter 'Kim Namwoon', dua konstelasi sedang menunjukkan sedikit permusuhan terhadap anda.]

Konstelasi. Mereka adalah makhluk misteri dalam 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Mereka duduk memerhatikan kami dari nebula yang jauh dan merupakan 'mastermind' dari tragedi ini.

Apabila pemberitahuan pilihan konstelasi muncul, aku langsung menyedari bahawa ia kini bermula dengan sebenar-benarnya.

Ini sangat kelakar. Sehari yang lalu, kedudukan kami berbeza. Sekarang mereka pula yang memerhatikan aku.

[Sebilangan kecil konstelasi mengagumi senario anda.]

[Para konstelasi telah 'sponsor' anda 500 syiling.]

Jika ada beberapa orang konstelasi yang tidak menyukai aku, jadi turut ada juga orang yang menyukai aku. Walau apa pun, ini adalah keadaan yang sangat tidak selesa.

Namun, aku tidak boleh berbuat apa-apa tentang mereka sekarang. Kini, tiba giliran aku pula menjadi badut. Aku mengambil pisau Tentera Swiss kepunyaan Kim Namwoon di atas lantai dan berpikir―silakan menonton. Mereka akhirnya akan membayar yuran kemasukan saluran dengan nyawa mereka.

"...Dokja-ssi? Awak okay ke?"

Aku mendongak dan melihat wajah Yoo Sangah yang sedang menghulurkan tangannya. Bahu dia kelihatan kendur. Darah menyelimuti blaus putih miliknya dan terdapat larian di dalam stokingnya.
Yoo Sangah yang aku kenal sudah tiada.

Aku memegang tangan Yoo Sangah dan
berkata, "Saya minta maaf. Saya tidak dapat menyelamatkan nenek."

Aku menunduk dan memandang mayat nenek yang telah hilang kepala itu. Aku tidak tahu nama nenek itu. Pada masa akan datang, mungkin ramai orang yang akan mati dengan cara yang sama. Yoo Sangah memandang aku dengan pandangan yang rumit.

"Bagaimana Dokja-ssi begitu..."

"Ya?"

"Ah, bukan apa-apa. Sebaliknya... Terima kasih."

"Apa maksud awak?"

"Itu, saya..."

Aku memikirkan kembali adegan sebelumnya. Aku telah melempar jaring pengutip serangga ke arah Yoo Sangah. Aku tahu apa yang dia fikirkan dan hanya berkata, "Itu hanyalah sebuah kebetulan. Ia tidak akan berlaku dua kali."

"Ah..." Yoo Sangah mengangguk dalam diam. Dia tidak tahu tentang kebenaran yang sebenar namun dia adalah seorang yang bijak. Dia pasti tahu apa yang aku maksudkan.

Seseorang hidup kerana pilihan aku dan orang lain pula mati. Tidak kira bagaimana dia bertahan, aku tidak patut mendapatkan ucapan terima kasih daripada dia.

[Wah, menakjubkan.]

Dokkaebi tiba-tiba muncul di udara.

[Apa yang sudah berlaku di sini? Saya hanya memerhatikan gerabak yang lain...]

Terpancar rasa gembira dan terkejut pada wajah dokkaebi itu.

Bintang berkelip-kelip dan melayang di atas kepala dokkaebi. Aku mengira
bilangan bintang. Satu, dua, tiga... Dua puluh, dua puluh satu. Keseluruhannya, dua puluh satu orang. Dia pasti gembira.

[Untuk 21 orang disambungkan ke saluran saya... Haha, bukankah ini cukup bagus? Gosh, terima kasih atas sponsorship anda. Konstelasi. Haha, semua orang! Adakah anda betul-betul menunjukkan nilai berharga anda?]

Bilangan bintang bermakna bilangan konstelasi yang disambungkan pada saluran itu. 21 tidak banyak, tetapi ia adalah nombor yang pelik bagi pemula dokkaebi.

[Jumlah yang terselamat agak tinggi ya? Rakan di dalam gerabak sebelah juga merupakan seorang yang gila... Nampaknya banyak perkara yang agak menarik berlaku hari ini.]

Dokkaebi itu kelihatan memanipulasi sesuatu di udara. Sesaat kemudian, senarai daripada mangsa yang terselamat muncul.

[Orang-orang yang terselamat dari Kereta Api 3434 ke Bulgwang, Gerabak 3807: Kim Dokja, Lee Hyunsung, Yoo Sangah, Han Myungoh dan Lee Gilyoung. Seramai lima orang yang terselamat.]

Lima orang. Sepertinya, lebih ramai orang yang terselamat berbanding yang aku fikirkan. Aku melihat pada wajah mereka yang terselamat satu demi satu.

Lee Hyunsung mempunyai fizikal yang baik dan kemahiran atlet yang sangat bagus, dengan begitu aku sudah menjangka bahawa dia akan bertahan.

Aku juga sudah menjangkakan Yoo Sangah bertahan―pada tahap yang tertentu.

Selain itu, ada Lee Gilyoung. Jika tekaan aku tepat, 'Lee Gilyoung' adalah nama budak lelaki yang sedang berdiri di sebelah aku. Cecair belalang yang sudah dihancurkan masih berada di atas tangan budak lelaki itu. Dia telah memicit belalang yang aku berikan kepadanya.

Budak lelaki itu sedang memandang ibunya, yang sudah kehilangan kepala. Ibu kepada kanak-kanak lelaki itu telah meninggalkan dia sendirian untuk turut serta dalam membunuh nenek.

Budak lelaki itu hanya memerhati sahaja semuanya dari awal hingga akhir. Aku teragak-agak buat seketika sebelum menyentuh bahu budak itu. Ini bukan simpati yang bodoh. Secara ringkasnya, ini adalah...

Betul tu. Kemunafikan.

"Budak kecil."

Budak lelaki itu perlahan-lahan menolehkan kepalanya terhadap aku. Di matanya, aku dapat melihat ketakutan akan kematian yang dia alami buat pertama kali dalam hidupnya. Itu adalah rasa naluri yang tidak dapat dielakkan. Budak ini kelihatan tidak bersedih atas kematian ibunya. Namun, dia kelihatan takut pada kematiannya sendiri. Itu adalah perasaan semula jadi yang wajar. Dia juga manusia.

"Apa kau mahu hidup?"

Mata budak itu bergetar cemas. Badannya menggeletar dengan daya kekuatan yang tidak dapat dilawan. Kemudian sedikit demi sedikit, kepala budak itu bergerak lalu dia mengangguk.

"Kalau begitu mari kita pergi bersama-sama."

Lee Gilyoung bergerak perlahan dan berada dekat dengan kaki aku. Yoo Sangah yang sedang memerhatikan aku menunjukkan ekspresi kagum. Aku secara tidak sengaja telah menyebabkan salah faham berlaku. Sebenarnya, memang ini bertujuan untuk diperlihatkan. Namun, sasarannya bukanlah kepada Yoo Sangah.

[Beberapa konstelasi kagum dengan perbuatan baik anda.]

[Para konstelasi telah sponsor anda 200 syiling.]

Aku tidak dapat menahan untuk berpikir bahawa ini adalah langkah yang rendahan, tetapi aku juga mahu hidup. Memandangkan senario utama akan muncul, ini adalah sangat penting bagi menarik perhatian para konstelasi sekarang.

"A-Adakah kamu akan melepaskan kami sekarang? Apakah kamu masih tidak mendapat apa yang kamu mahukan?" Han Myungoh yang bajunya sudah koyak sedang menjerit dari jarak yang jauh.

Ketua Jabatan Han Myungoh. Dia adalah manusia yang bertuah. Aku tidak berhenti memikirkannya tetapi hanya mampu tertanya-tanya: Mengapa Han Myungoh menaiki kereta api bawah tanah sedangkan dia mempunyai banyak wang?

Padahal, dia adalah lelaki yang sudah menunjuk-nunjuk kereta Mercedes-Benz S-Class keluaran terbaru miliknya tidak lama dahulu.

[Hrmm, lepaskan? Kamu semua tidak melihat pemandangan di luar? Adakah kamu benar-benar mahu pergi ke luar sana?]

Dokkaebi itu hanya tergelak kecil.

[Namun, entah bagaimana ini sangat mengagumkan. Sebenarnya, saya tidak mengharapkan apa pun dari gerabak ini tetapi kamu semua berjaya melepasi senario pertama. Ini membuktikan bahawa serangga pun layak untuk terus hidup.]

Kata-katanya membuatkan kami sedar di mana kedudukan kami.

Mungkin kita kelihatan seperti belalang di matanya.

[Okey, okey, bukankah sekarang sepatutnya ada ganjaran kerana sudah mengatasi kesusahan? Sebagai hadiah untuk senario pertama, anda semua layak untuk mendapatkan sponsor daripada para 'konstelasi'. Waahhh! Bagaimana? Apakah anda sudah tidak sabar-sabar menantikannya? Hmm, kamu semua kelihatan tidak bersemangat langsung ya. Padahal, ini benar-benar perjanjian yang bagus.]

Reaksi mereka adalah sangat wajar-ini kerana hanya aku adalah satu-satunya orang yang berada di sini tahu apa itu maksud 'konstelasi' atau 'sponsor'. 'Sponsorship' atau penajaan daripada konstelasi. Maknanya sangat jelas.

Salah satu peristiwa penting dalam
Cara untuk Bertahan Hidup, iaitu 'Sponsor Selection', atau Pemilihan Penaja akan bermula. Mendapatkan 'Sponsor' atau 'Konstelasi Pendukung' daripada para konstelasi sangat penting pada bahagian ini.

[Hmm, semua orang mempunyai ekspresi keliru ya. Saya akan memberitahu kamu dengan mudah. Pada masa ini, anda sangatlah lemah. Jika kamu tercampak ke dalam senario lain yang berlaku sekarang, kamu mungkin akan dibunuh apabila kamu bertemu dengan tikus tanah yang lemah, apatah lagi, akan berbunyi 'kruk'. Secara baiknya, ada beberapa orang hebat di alam semesta yang mengasihani kamu dan ingin sponsor kamu. Adakah kamu semua faham apa yang saya katakan?]

Lee Hyunsung akhirnya tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku dan mula membuka mulutnya, "Apa yang kamu katakan? Siapa yang sponsor siapa..."

[Hmm, kata-kata saya hanya memasuki telinga anda dan masih tidak paham, ya. Bukankah ada pepatah lama di Korea Selatan? Lebih baik melihatnya sekali daripada mendengarnya seratus kali. Jadi kamu alami sahaja secara langsung. Nah, mereka yang kurang bernasib baik mungkin tidak akan mendapat peluang ini. Hahaha!]

Aku berasa tegang. Mulai sekarang-pilihan yang bagus di sini akan memastikan kelangsungan hidup aku menjadi lebih mudah pada masa akan datang.

"Dokja-ssi? Dua pilihan aneh tiba-tiba muncul di hadapan saya..."

"Saya juga tidak tahu walaupun awak bertanya kepada saya."

Itu sememangnya satu pembohongan untuk mengelakkan dari sebarang syak wasangka.

Oh benar, ada dua pilihan. Yoo Sangah agak bertuah ya.

"Lakukan saja dengan selesa. Anggap ia sebagai ujian bakat."

"Ujian bakat..."

"Tiada siapa yang tahu bagaimana keadaaannya. Kenapa tidak melakukannya dengan selesa sahaja?"

"Ah... saya faham."

Yoo Sangah menutup mulutnya dan mula merenung ke atas. Itu adalah ekspresi yang mendalam, seolah-olah dia telah menemui sesuatu yang ingin dia tahu. Manakala, yang lain pula tiba-tiba menjadi senyap.

Semua orang sedang membaca pilihan di hadapan mereka. Aku juga mempunyai pilihan aku sendiri untuk dilihat.

[ Sponsor Selection ]

―Sila pilih sponsor anda.

―Sponsor pilihan anda akan menjadi penyokong kuat anda.

1. Abyssal Black Flame Dragon

2. Demon-like Judge of Fire

3. Secretive Plotter

4. Prisoner of the Golden Headband

Terdapat empat pilihan seperti sedang bermain teka-teki. Ini bermakna ada empat orang konstelasi yang ingin mengubah aku menjadi incarnation¹ milik mereka. Empat pilihan bermakna pilihan ini bukanlah sedikit memandangkan protagonis novel 'Cara untuk Bertahan Hidup' menerima lima pilihan pada kali yang pertamanya.

Konstelasi tidak akan pernah mendedahkan nama sebenar mereka. Oleh itu, semua contractors² mesti membuat kesimpulan dan meneka identiti konstelasi dengan perkataan seperti 'abyssal', 'demonic' dan 'garden'. Sudah tentu, teka-teki ini bukanlah apa-apa bagi aku, iaitu pembaca tunggal 'Cara untuk Bertahan Hidup'.

Mari kita lihat.

Pertama, 'Abyssal Black Flame Dragon'. Mengikut ingatan aku, konstelasi ini adalah entiti paling berkuasa yang mengetuai kumpulan konstelasi yang dipanggil sebagai 'Black Cloud'.

Aku sudah lupa nama dia sebenarnya tetapi aku masih ingat kerana nama itu tersangatlah panjang. Kelebihan konstelasi ini adalah para contractors boleh menerima kuasa serangan yang sangat kuat. Pada awal hari permulaan di mana ketika kuasa fizikal dan kekuatan diperlukan dalam keperluan terdesak, tidak ada konstelasi sekuat Abyssal Black Flame Dragon.

Sudah tentu, kuasa itu hanyalah terhad pada awal permulaan. Ketika kuasa konstelasi ini lebih kerap digunakan, fikiran mula menjadi rosak dan contractor akan menjadi pembunuh gila. Konstelasi ini selalunya akan sponsor bagi orang yang ada atribut 'chuuni'... Aku tidak tahu kenapa konstelasi ini telah memilih aku.

Aku berasa tidak selesa dan mengecualikan orang ini.

Yang kedua, 'Demon-like Judge of Fire'. Aku tidak percaya sebenarnya apabila melihat pilihan ini. Entah kenapa, emosi kuat yang aku rasakan adalah sangat besar. Pada pandangan pertama, nama ini seperti dilimpahi dengan kejahatan.
Walau bagaimanapun, ini sebenarnya adalah perangkap untuk orang jahat. 'Demon-like' sebenarnya bermaksud
'not a demon'. Kemudian perkataan 'fire' dan 'judge' adalah perkataan tambahan.

Makhluk yang bukan 'demon' dan membuat penghakiman melalui api.
Secara paradoks, identiti konstelasi ni adalah 'angel'. Jika apa yang aku ingat sebetulnya, itu adalah 'Archangel' Uriel... Sebenarnya, aku ingat tentang ini kerana seseorang di dalam novel telah memilih konstelasi ini sebagai konstelasi pendukung.

Ia adalah pilihan yang cukup baik. Namun, yang ini pending. Konstelasi daripada 'absolute good' selalunya mengenakan batasan yang tidak masuk akal jika kau mahu menggunakan kuasa besar milik mereka.

Yang ketiga, 'Secretive Plotter'. Ini adalah kali pertama bagi aku, pembaca setia novel 'Cara untuk Bertahan Hidup', melihat pilihan ini. Nama ini mungkin disebut secara sepintas lalu tetapi... sekarang aku tidak mengetahuinya. Jika aku dapat membaca Cara untuk Bertahan Hidup dengan lebih teliti maka aku mungkin dapat merasakan kewujudan konstelasi ini.

Walau bagaimanapun, aku pasti bahawa pemilik konstelasi ini bukanlah seorang
entiti yang sangat kuat. Selain daripada pengubah kata yang sangat jelas, tidak ada satu pun 'kata nama yang betul'. Secretive Plotter, itu adalah nama yang terlalu ringkas bagi seorang konstelasi.

Yang ini juga pending.

Akhirnya, terdapat juga 'Prisoner of the Golden Headband'. Hati aku terkejut ketika aku melihat pilihan yang keempat. Aku juga tidak menjangka bahawa konstelasi ini untuk muncul begitu cepat.

Aku meragui pandanganku buat beberapa kali. Namun, ini tidak salah lagi, ia adalah 'Prisoner of the Golden Headband'. Pada pandangan pertama, nama ini memberikan imej negatif kerana perkataan 'Prisoner' itu. Walau bagaimanapun, kau perlu memberi perhatian kepada perkataan 'Golden Headband'.

Golden Headband. Penjara terkecil di dunia. Itu adalah petunjuk bahawa sesiapa sahaja akan mengenali jika mereka gemar membaca 'Journey to the West' ketika kanak-kanak. Hanya ada seorang prisoner yang telah ditawan oleh golden headband dalam perjalanan dari timur ke barat.

Penguasa Mountain of Flowers and Fruit, yang hidup dalam keadaan menderita dan ditinggalkan akibat belenggu di kepalanya.

The Handsome Monkey King dengan 'pandangan-emas, mata berapi-api'.

The Great Sage, Heaven's Equal, Sun Wukong.

Di antara karakter yang muncul dalam novel tersebut, ada seorang disokong oleh Sun Wukong. Kuasa yang menakjubkan yang boleh melalui serta memusnahkan ratusan incarnations dan membunuh beribu-ribu orang dengan satu panahan kilat. Penulis telah menerangkan bahagian ini dengan banyak kali jadi ingatan aku tentangnya sangat jelas.

Aku tidak tahu mengapa konstelasi yang begitu kuat menunjukkan minat kepada aku tetapi jika aku menjadi incarnation kepada Great Sage, Heaven's Equal, mungkin aku dapat bertahan di dunia baru ini dengan lebih mudah daripada sesiapa pun. Namun...

Aku pantas memandang ke arah pintu yang bersambung dengan gerabak di hadapan. Di sebalik pintu itu, 'dia' sedang melihat selection screen seperti aku. Jika aku memilih The Great Sage, Heaven's Equal... Bolehkah aku menang apabila melawannya?

[Tinggal satu minit lagi untuk melengkapkan 'Sponsor Selection'.]

Masa semakin suntuk. Aku menarik nafas perlahan dan melihat melalui pilihan aku. Kerisauan aku tidak bertahan lama.

Kosa kata (dalam novel ini):
[1] Incarnation bermaksud penjelmaan iaitu mengambil wujud/cerita daripada para konstelasi. Seperti kesinambungan atau pewaris. Merupakan player yang mempunyai konstelasi pendukung, atribut, skill, statistik dan lain-lain.

[2] Contractors bermaksud player atau seseorang yang membuat perjanjian dengan para konstelasi untuk mewarisi skill, kuasa, cerita dan apa-apa yang berkenaan konstelasi pendukung atau sponsornya.

Player? Player adalah orang-orang atau karakter yang berada dalam novel ini yang telah memasuki dunia novel. :')

Sedikit nota (bagi pemahaman pembaca):
Dokkaebi: Diibaratkan seperti seorang streamer atau penyiar saluran yang menyiarkan perkembangan senario dan keadaan semasa para player.

Konstelasi: Penonton saluran para Dokkaebi. Seperti live streaming video yang boleh memberi hadiah, para konstelasi memberi hadiah (seperti syiling) kepada dokkaebi dan player. Para konstelasi boleh mencari dan menyokong incarnation mereka suka.

Contohnya:
Sekiranya seseorang player itu menarik perhatian konstelasi, dan player itu bersetuju untuk membuat contractors dengan konstelasi, maka player itu secara automatik menjadi incarnation tetap milik konstelasi.

Manakala, konstelasi pula menjadi sponsor atau konstelasi pendukung kepada incarnation itu dan boleh menyokong mereka dengan cara yang tersendiri.

Translator's note:
P/s: Idk. Aku tak tahu nak explain dan terjemah macam mana lagi, harap korang faham la bahasa campur-campur. Terima kasih kerana membaca. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience