Ketawa aku timbul. Aku terpaksa menggosokkan mataku dan melihat sekali lagi pada telefon pintar milik aku untuk melihat sama ada ia adalah satu pembohongan atau tidak. Sambungan fail ialah dalam format TXT. Kemudian ini bermakna bahawa orang itu... Hadiah yang dia hantar kepada aku adalah salinan novelnya?
[Anda telah memperoleh atribut eksklusif.]
[Slot kemahiran eksklusif telah diaktifkan.]
Aku mendengar mesej di telingaku selepas membuka fail. Ia tidak menghairankan jika dunia telah berubah menjadi 'Cara untuk Bertahan Hidup'.
Semua yang terselamat dari Cara untuk Bertahan Hidup akan mempunyai atribut dan kemahiran eksklusif masing-masing. Aku secara diam berkata 'Attribute Window' dalam fikiranku. Lagipun, aku perlu tahu atribut yang aku terima.
[Anda tidak dapat mengaktifkan Attribute Window.]
Apa? Aku mencuba sekali lagi memanggil 'Attribute Window', tetapi hasilnya tetap sama. Ia adalah perkara yang tidak masuk akal. Untuk berfikir ada juga ya sesuatu seperti ini?
Jika aku tidak dapat menggunakan Attribute Window, maka aku tidak akan dapat tahu atribut atau kemahiran apa yang aku ada. Mengetahui atribut diri sendiri dan kepunyaan musuh membolehkan seseorang itu menjadi kebal. Walau bagaimanapun, sekarang adalah keadaan di mana aku juga tidak mengetahui atribut diri sendiri apatah lagi atribut musuh.
Selepas merenung sebentar, aku menyerah dan memutuskan untuk membaca teks yang diberikan oleh penulis kepada aku.
[Kelajuan membaca anda telah meningkat kerana kesan atribut eksklusif anda.]
Aku tidak tahu apakah atribut itu, tetapi aku mengambil masa lebih kurang daripada satu minit untuk membaca akta pertama 'Cara untuk Bertahan Hidup', terima kasih kepada kesan atribut itu.
Kemudian aku menemukannya. Tempat di mana jari aku berhenti adalah pada bahagian permulaan awal senario, di mana watak utama sedang melakukan beberapa 'aksi' dalam adegan kereta api.
「 Dia melihat orang ramai berkumpul di pintu belakang gerabak 3707. Roda pemetik api yang dipegang erat dalam tangannya terasa sejuk. Dalam kehidupan ini, dia sama sekali tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai tujuannya.
Ekspresi ketakutan kelihatan pada wajah orang ramai...
Dia tidak merasa perasaan bersalah. Semuanya terasa sekejap. Dia memandang ke arah orang ramai tanpa ada rasa belas kasihan di matanya. Selepas beberapa ketika, hujung jarinya bergerak, dan api mulai terbakar. Kemudian, semuanya pun bermula. 」
Rasa seram sejuk melanda tulang belakang aku, dan aku terpaksa membaca petikan itu sekali lagi dan lagi. Punca ketidakselesaan aku akan segera terbongkar.
"...3707."
Aku secara refleks memeriksa nombor gerabak yang aku naiki―[3807]. Kereta api yang aku naiki sekarang berada di belakang gerabak kereta api yang protagonis sedang naik. Tanganku sedikit menggigil.
...Tunggu sebentar. Berapa ramai orang yang pada asalnya terselamat dalam gerabak ini?
「 Dia melihat melalui tingkap yang berkabur pada gerabak 3807. Namun sudah terlambat. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, hanya dua orang yang terselamat dalam gerabak itu.」
Hanya dua orang yang terselamat. Ini bermakna semua orang telah mati kecuali dua orang. Dan aku sudah tahu siapa dua orang itu.
Aku menaikkan kepalaku dan memandang kosong ke arah Yoo Sangah. Mungkin wanita ini akan mati.
...Mungkin aku juga.
"Dokja-ssi, bukankah kita patut menghentikan ini?" Sesuatu telah bermula pada tempat yang Yoo Sangah tunjuk. Kedengaran bunyi esakan.
Seorang pemuda sedang membongkok di hadapan wanita tua.
"Sial. Aku dalam mood yang tidak baik, dan wanita tua ini terus merengek dan mengerang! Tak bolehkah kamu diam?"
Pemuda itu adalah pelajar lelaki yang bersandar pada pintu masuk kereta api. Badannya kurus dan rambutnya diwarnakan putih. Nama dia sudah tertulis pada lencana yang melekat di pakaian seragamnya―Kim Namwoon. Itu adalah nama yang aku tahu.
「 Hanya Lee Hyunsung dan Kim Namwoon yang terselamat di dalam gerabak itu. Tetapi tidak mengapa. Hanya mereka berdua yang aku perlukan. 」
"Bukankah aku suruh kau diam?" Kim Namwoon yang gelisah langsung mencengkam kolar baju nenek tersebut. Kaki nenek itu kelihatan tidak berdaya serta terhuyung-hayang, dan tapak tangan Kim Namwoon bergerak di udara.
Tampar. Tampar.
Kebiasaannya seseorang akan berlari untuk menghentikan ini, tetapi sekarang tiada siapa yang bergerak. Tidak lama kemudian tamparan itu bertukar menjadi tumbukan.
"S-Selamatkan saya. Selamatkan saya...!"
Aku dapat mendengar bunyi penumbuknya keras memukul bahagian daging. Beberapa orang lelaki di sekeliling Kim Namwoon kelihatan teragak-agak, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang mahu meluru ke hadapan. Anehnya, orang pertama yang bertindak ialah Han Myungoh. "Anak muda, untuk kamu yang memperlakukan orang yang lebih tua seperti ini...!"
Namun, jawapan yang dia dapat hanyalah suara yang berbaur cemuhan, "Encik, kau mahu mati ke?"
"...Apa?"
"Kau masih tak faham keadaan?"
"Budak ini cakap mengarut apa?"
Kim Namwoon hanya ketawa melihat Han Myungoh yang mengutuknya. Dia menunjuk ke arah siling gerabak kereta api bawah tanah dengan jarinya. "Kau nampak tak itu?"
Di siling, skrin holografik sedang dimainkan.
[L-Lepaskan saya!]
[Aaaack!]
[Mati! Matilah!]
Ia bukan hanya gerabak kereta api atau Sekolah Tinggi Daepong. Ini adalah video secara langsung tentang orang mati di seluruh negara.
Kim Namwoon terus bercakap, "Kau masih tidak faham? Tentera tidak akan datang untuk menyelamatkan kita, dan seseorang mesti mati."
"A-Apa yang kamu cakap...?"
"Kita perlu memilih seseorang untuk mati."
Han Myungoh tidak dapat menjawabnya. Bulu-bulu roma pada pergelangan tangannya yang terdedah itu meremang.
"Sudah tentu, Aku tahu apa yang kau fikirkan. Kau perlu membunuh rakan senegara kau untuk terus hidup. Ia adalah sesuatu yang hanya anak-anak jalang akan lakukan. Tetapi kau tahu, ia adalah situasi di luar kawalan kita. Di luar kawalan kita. Kita akan mati jika kita tidak membunuh. Siapa yang akan menyalahkan kita? Adakah kau akan mati akhirnya disebabkan akhlak kau?"
"I-Itu..."
"Fikirkan baik-baik. Dunia yang kau kenal selama ini baru saja berakhir."
Bahu Han Myungoh bergetar. Dan ia bukan sahaja hanya Han Myungoh. Retak kelihatan di mata orang lain sekarang. Ia adalah adegan di mana rasa moral mereka yang samar-samar telah runtuh. Kim Namwoon meletakkan baji di celah retak itu.
"Dunia baharu memerlukan undang-undang baharu."
Kim Namwoon adalah lelaki muda yang langsung menyesuaikan diri dengan dunia 'Cara untuk Bertahan Hidup' yang terpantas. Dia menoleh dan menyambung semula kegiatannya memukul nenek itu.
Kali ini, tiada siapa yang menghalangnya-bukan Han Myungoh, bukan juga para lelaki lain... atau Lee Hyunsung sekalipun. Genggaman kepalan tangan askar itu terketar-ketar sambil merenung ke udara dengan ekspresi wajah yang kosong. Mungkin dia juga telah membuat keputusan.
"Sigh... Sangat sukar untuk membunuh. Adakah kamu semua hanya menonton sahaja? Adakah kau pun mahu ketinggalan?"
Orang ramai terketar-ketar mendengar kata-kata Kim Namwoon. Ekspresi muka mereka sangat mudah dibaca seperti ayat dalam novel murahan.
「Jika tiada pembunuhan dalam masa lima minit, semua orang di dalam gerabak ini akan mati. 」
Emosi di mata orang ramai mula berubah.
「Jika nenek tidak mati, kita akan mati dalam masa lima minit... 」
Mereka kini memegang emosi paling primitif yang makhluk hidup pun boleh ada.
"Ya... Bajingan ini betul. Jika kita tidak melakukan ini, semua orang akan mati."
Lelaki pertama meluru ke arah Kim Namwoon. Dia menendang wanita tua yang telah rebah dan meringkuk.
"Kamu sudah lupa? Mesti ada yang harus mati! Supaya kita boleh hidup!"
"Ah, sial... aku tidak tahu."
Lelaki kedua dan ketiga, orang-orang yang berdiri pada jarak yang jauh dari nenek, lelaki pengecut yang mendiamkan diri, pelajar universiti yang merakam kejadian ini dengan telefon bimbit mereka, ibu kepada kanak-kanak, dan Han Myungoh... Mereka semua mahu membunuh nenek, menyasarkan kematiannya.
"Mati! Mati cepat!"
Mereka seperti pengawal yang bekerjasama untuk hukuman mati. Seperti pengawal menarik tuil pada masa yang sama supaya mereka tidak dapat memberitahu siapa orang yang membunuh banduan, orang-orang ini secara pasif menendang dan menumbuk nenek.
...Dan aku menonton semua ini. Aku berdiri di sebelah, seperti seseorang melihat sesuatu yang berlaku di dunia lain. Nenek itu yang aku tidak tahu namanya adalah seseorang yang tidak dimaksudkan untuk hidup dalam novel. Dalam senario asal, nenek itu meninggal dunia. Jadi...ia tidak berdosa perhatikan kematian itu. Tetapi, perkara itu tetap...
Pada ketika itu, Yoo Sangah bangun.
"Awak akan dibunuh." Aku pegang lengan dia secara refleks. "Saya sudah cakap jangan bergerak."
Lengan yang aku pegang kelihatan terketar-ketar. Yoo Sangah membuat gaya penumbuk kuat dalam cubaan untuk menyembunyikan gementarnya. "Saya tahu, saya tahu...!"
"Yoo Sangah-ssi akan mati jika kamu pergi sekarang."
Mata Yoo Sangah bergetar ketakutan. Namun begitu... aku menyedarinya. Walaupun genre cerita berubah, ada orang yang masih bersinar dengan terang.
"Yoo Sangah-ssi, duduk."
Walau bagaimanapun, orang yang boleh mengubah cerita ini bukanlah Yoo Sangah. Yoo Sangah bukanlah protagonis dunia ini.
"Hah? Tapi―"
"Lakukan seperti apa yang saya katakan, sekali ini sahaja. Saya tidak akan campur tangan selepas itu."
Selepas secara paksa aku meletakkan Yoo Sangah di tempat duduknya, aku mengambil nafas dalam-dalam dan berpaling.
Aku menegakkan belakang aku dan menggoyang-goyangkannya semasa nafas aku dihembus, dengan perlahan-lahan aku menenangkan buku lali dan pergelangan tanganku. Malah, ia adalah sedikit lebih awal untuk tampil ke hadapan. Ini bukan perancangan aku pada asalnya.
"...Dokja-ssi?"
Aku tidak menjawab panggilannya apabila aku melihat orang-orang, mereka yang berada pada posisi dengan berniat menyerang nenek. Aku tidak tinggal diam bukan kerana aku takut atau Kim Namwoon dan orang ramai, aku juga tidak bersetuju dengan cara mereka yang sangat tidak berperikemanusiaan.
Aku hanya menunggu. Menunggu masa yang sesuai. Ia adalah pada masa sekarang jadi aku terpaksa bergerak. Justeru...
Kwaang!
Sekarang.
"Ak! Apa?"
Satu letupan kuat memenuhi gegendang telinga aku, dan kereta api bergegar. Orang ramai mula menjerit apabila melihat asap seperti naik dari sudut kanan hadapan gerabak ini. Ia telah bermula. Jadi, aku bergerak.
Aku menendang kaki aku dari lantai sekuat hati dengan kaki kananku, berlari melalui orang ramai yang menjerit dan duduk ke arah nenek itu.
"Apa? Eeeeok!" Kim Namwoon terlanggar aku dan dia jatuh ke tanah dengan jeritan.
Pada sekilas pandangan pertama, nampak seperti aku sedang menyelamatkan nenek, tetapi bukan itu yang aku sasarkan.
Di mana ia?
Aku melihat sekeliling dengan cepat. Seseorang telah terjatuh ke arah nenek akibat letupan kuat tadi. Ia adalah seorang kanak-kanak yang sedang menangis di tengah neraka ni... budak lelaki yang pegang jaring pengutip serangga sebelum ini.
"Maafkan saya sebentar."
Aku mengambil jaring daripada kanak-kanak itu. Sebaik sahaja aku meletakkan tanganku ke dalam jaring, hujung jari aku sampai ke kitin belalang. Aku mengeluarkan satu dan meletakkannya di atas tangan kanak-kanak itu. Kemudian aku menoleh ke arah orang ramai.
"Semua orang, berhenti. Kamu tidak boleh hidup jika kamu membunuh nenek sekarang."
Suara aku kebetulan sangat jelas didengari oleh kerana kesunyian sebentar selepas letupan tadi. Seorang demi seorang mula memandang ke arahku.
"Katakanlah kalau kamu membunuh nenek. Apa yang berlaku seterusnya?"
Raut wajah terkejut mereka kelihatan bagus. Jadi biarkan aku memberitahu mereka sedikit lagi.
"Kematian nenek yang berlaku hanya akan diperakui oleh dokkaebi untuk apa yang dipanggil sebagai 'pembunuhan pertama', dan beberapa masa akan diambil seketika. Kemudian apa yang akan terjadi seterusnya?"
"Ah..."
"Jika apa yang dikatakan oleh dokkaebi itu benar, kamu masing-masing hanya perlu membunuh satu perkara. Jadi, siapa yang akan kamu bunuh selepas nenek? Adakah kamu akan membunuh orang di sebelah kamu?"
Orang yang sedang memikirkan tentang sesuatu perlahan-lahan berundur antara satu sama lain. Perasaan seram memenuhi mata mereka. Malah, semua orang tahu... Nenek hanyalah permulaan.
Kim Namwoon perasan akan suasana yang goyah. "Haha, apa yang kamu semua risaukan? Kemudian bunuh dia seterusnya! Pengecut. Jangan risau tentang giliran kau terlebih dahulu! Kemungkinannya akan sama!"
Aku dah berfikir Kim Namwoon akan berkata seperti ini. Dengan sedikit lambaian tanganku, aku memotong percakapannya. "Tidak perlu bertaruh bagai seperti itu. Terdapat cara untuk kamu bertahan, walaupun kamu tidak menjadi seorang pembunuh."
"Apa?"
"A-Apa dia?"
Orang ramai menjadi sangat gelisah, dan ekspresi Kim Namwoon diputarbelitkan.
"Adakah kamu semua sudah terlupa? Syarat penyelesaian yang jelas bagi senario bukanlah untuk 'membunuh orang'."
Kebanyakan mereka masih hairan, tetapi beberapa orang dari mereka sudah menyedari sesuatu.
[Bunuh satu atau lebih makhluk hidup.]
Betul tu. Dari dulu perkataan 'orang' tak pernah dinyatakan dalam kandungan senario. Bunuh satu atau lebih makhluk hidup...
Dalam erti kata lain, mana-mana kehidupan adalah mungkin.
Seorang cerdik pandai yang dapat menangkap maksud aku menjerit pada koleksi jaring di tanganku, "Serangga! Serangga!"
Belalang dan belalang juta kelihatan melompat-lompat dalam koleksi jaring. Melihat mereka, mata orang ramai bersinar. Aku mengangguk. "Itu betul, serangga."
Kemudian aku memasukkan tanganku ke dalam pukat jaring dan mengeluarkan seekor belalang. Ia adalah belalang montel yang pernah aku lihat tadi.
"B-Berikan itu pada saya! Cepat!"
"Satu sahaja! Saya cuma perlukan satu!"
Aku berundur perlahan-lahan sambil memandang ke arah orang ramai yang menghampiriku.
Sekarang, aku menghadapi situasi kegilaan letupan yang sama dengan cubaan membunuh nenek, namun senyuman terbit di wajah aku. Kenapa?
Walaupun dalam keadaan ketegangan yang menakjubkan, mengapa jantung aku berdegup keriangan?
"Adakah kamu mahukan ini?"
Aku melambai jaring itu seperti jurulatih yang sedang memprovokasi haiwan. Beberapa orang yang tidak sabar sudah melompat ke arah aku.
"Kalau begitu simpanlah!"
Aku tumbuk belalang di tanganku.
[Anda telah mencapai pencapaian 'Pembunuhan Pertama'!]
[100 syiling telah diperolehi sebagai pampasan tambahan.]
Pada masa yang sama, aku melempar jaring di bahagian lain tangan aku sekuat-kuatnya ke arah seberang kawasan yang bertentangan dengan tempat nenek dan orang ramai telah berkumpul.
"Ini kerja gila!"
Serangga-serangga itu dilepaskan dan melompat sekuat hati untuk mencari kebebasan mereka.
Share this novel