Bab 5 - Memulakan Perkhidmatan Berbayar V

Fantasy Series 624

Orang ramai mulai panik apabila melihat serangga-serangga itu berlari mengelilingi gerabak kereta api.

"H-Hei! Kenapa awak buat macam ni―"

Sementara beberapa orang memandang kosong kepadaku, si cerdik pandai menolak badannya ke arah aku.

"Kau memang anak yang jalang."

"...Lebih baik kamu cari mereka dengan segera. Waktu hanya tinggal tiga minit lagi."

Kata-kata ini merupakan sebagai satu isyarat apabila orang ramai mula melihat ke arah sekeliling, di antaranya pada tempat duduk kereta api bawah tanah seperti binatang yang telah hilang akal.

"Saya dapat! Aaack!"

Kegembiraan mereka apabila cukup bernasib baik untuk mendapatkan serangga, serta serangan berniat jahat di antara mereka, menyebabkan keadaan dalam gerabak menjadi huru-hara.

"Hei, kenapa kau buat macam tu? Bukankah kau boleh saja bagi terus serangga itu kepada mereka?"

Melihat ke belakang, aku melihat Kim Namwoon membangunkan badannya.

Aku membalas jawapan dengan berhati-hati kepada Kim Namwoon, yang sedang meregangkan lehernya, "Ada 12 orang lagi."

"...Hah?"

"Hanya ada tiga ekor serangga saja yang tinggal di dalam jaring pengumpul itu."

Dahi Kim Namwoon berkerut seketika sebelum dia tersenyum lebar.

"12 kepada 3? Hahahaha! Ya. Lagipun bukan semua orang dari mereka yang dapat bertahan kan? Jadi kau melemparkan benda itu?"

"Ya."

"Jangan buat aku ketawa."

"...?"

"Orang yang mempunyai akal yang waras tidak akan melakukan sesuatu perkara untuk sebab seperti itu."

Senyuman Kim Namwoon makin melebar.

"Jawab aku dengan jujur. Kau hanya
mahu melihat adegan ini, bukan?"

Aku jadi teringat pada Kim Namwoon yang aku kenali dari 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Pada masa ini, aku mendengar mesej di telinga aku [Kemahiran eksklusif, 'Character List' telah diaktifkan.]

Seterusnya, sebuah tetingkap terbuka di hadapan mataku. Aku masih tidak tahu dengan tepat apa atribut aku, tetapi aku tetap melihat ke arah tetingkap di hadapanku.

--------------------------------------------------------------

[Ringkasan Karakter]

Nama: Kim Namwoon.

Umur: 19.

Konstelasi Pendukung: Tiada (Dua konstelasi sedang menunjukkan minat pada orang ini).

Atribut Eksklusif: Chuunibyou¹ (Umum)

Kemahiran (Skill) Eksklusif:
Kebolehsuaian Luar Biasa Lv. 3, Knife Fighting Lv. 1, Blackening Lv. 1

Statistik Keseluruhan: Physique Lv. 3, Kekuatan Lv. 4, Ketangkasan Lv. 6, Kuasa Sihir Lv. 4

Penilaian Keseluruhan: Seorang chuunibyou yang disenarai hitamkan oleh majlis khas. Sangat disyorkan untuk anda tidak terlibat dengan dia.

--------------------------------------------------------------

Kebanyakan chuunibyou yang muncul dalam 'Cara untuk Bertahan Hidup' membunuh diri kerana mereka tidak dapat menahan mimpi ngeri yang telah menjadi realiti.

Walau bagaimanapun, chuunibyou di hadapan aku, Kim Namwoon, adalah berbeza. Dia adalah Delusion Demon, Kim Namwoon. Lelaki muda, yang kemudiannya dikenali dan terkenal dengan nama samaran ini, bukanlah seorang chuuni yang biasa. Pemuda ini telah menunggu kemusnahan dunia bagi masa yang lama sekali dan langsung menyesuaikan diri dengan dunia ini pada 'kelajuan yang luar biasa'.

"Bergabunglah dengan aku. Bagaimana pendapatmu?"

Pemuda itu kini sedang membuat
tawaran kepada aku.

[Karakter 'Kim Namwoon' mempunyai tanggapan yang baik terhadap anda.]

[Pemahaman anda terhadap karakter 'Kim Namwoon' telah meningkat.]

Kelangsungan hidup aku pasti akan segera terjamin jika aku berpegangan tangan dengan Kim Namwoon sekarang. Jika aku tidak membaca Cara untuk Bertahan Hidup, mungkin pilihan aku akan sedikit berbeza.

"Aku minta maaf tetapi aku lebih suka bersendirian."

"Betul ke? Hmm, sangat dikesali." Kim Namwoon menjilat bibirnya perlahan
dan berdiri dekat dengan aku.

"Kalau macam tu boleh kau ketepi? Aku ada sesuatu hal dengan perempuan tua di belakang kau."

Mendengar kata-katanya, aku menoleh ke belakang lalu melihat nenek yang telah rebah dan mengalami pendarahan itu hampir tidak bernafas.

"Apa yang kau mahukan?"

"Perlu ke pak cik bertanya?"

"Kau tidak pergi menangkap serangga?"

"Serangga? Kenapa aku perlu menangkapnya?" Kim Namwoon ketawa. "Aku sudah mempunyai serangga yang akan ditangkap di hadapan aku."

Aku dapat merasakan aura membunuh dari Kim Namwoon. Karakter yang hanya ada wujud dalam novel itu sedang menghadapi aku dengan kegilaan yang sangat jelas. Oleh itu, aku berasa sedikit kagum. Kim Namwoon benar-benar adalah orang yang seperti aku bayangkan.

[Karakter 'Kim Namwoon' mempunyai sedikit penurunan dalam ketertarikan.]

"Apa yang kau tengok itu? Kau tak nak bergerak ketepi dengan lebih cepat ke?"

"Ia sangat susah."

"Apa?"

"Aku tidak akan bergerak ketepi."

"Haha, adakah kau sekarang akan meniru gaya pahlawan keadilan? Adakah kau ni mempunyai personaliti berganda?"

Aku tidak menjawab. Bayangan gelap perlahan-lahan merayap ke muka Kim Namwoon, dan matanya yang bersinar menjadi dingin.

"Tidak, tunggu sekejap. Benarkah kau membuang jaring serangga ke sana untuk melakukan ini dari awal permulaan? Betul bukan?"

"..."

"Kau nak selamatkan nenek? Hahaha! Hebat! Betul-betul menakjubkan! Bukan? Ya?"

Aku masih tidak menjawab. Semasa aku melihat lelaki ini dengan teliti, kenangan lama telah muncul semula.

"Ah, rupa-rupanya kau ni jenis orang yang paling aku benci. Semua orang tua bangsat pun sama."

Itu adalah kenangan di mana aku sangat kecewa sepanjang masa dengan budak kurang ajar ini semasa membaca 'Cara untuk Bertahan Hidup'.

[Karakter 'Kim Namwoon' menghina anda.]

"Apa yang kau kata?"

Aku mempertimbangkan masa dan menundukkan kepala, mengelak daripada tumbukan Kim Namwoon terbang ke arahku sebelum kata-kata itu tamat.

"Oh, boleh tahan juga?" Rungut Kim Namwoon.

Walaupun sudah mengetahui pukulan itu akan datang, aku tetap merasakan rasa panas dari atas kepalaku. Ia bukanlah pukulan yang biasa.

[Blackening Lv.1]

Aura gelap muncul dari seluruh tubuh Kim Namwoon. Ini adalah skill eksklusif dari atribut 'chuunibyou'. Ia adalah sangat jarang untuk menggunakan skill sebelum tamat senario pertama, tetapi Kim Namwoon sudah menunjukkan skillnya. Terdapat sebab mengapa karakter utama telah merekrutnya, walaupun sifatnya yang merupakan seorang psikopat.

Peeok!

Selepas dia memukul aku, bahu kanan aku menjadi kejang. Tidak ada cara untuk menang jika aku terus berjuang dengan cara ini.

...Adakah aku perlu menggunakan 'itu' sekarang? Aku sedang memperkirakan masa apabila aku mendengar sebuah mesej.

[Pemahaman anda terhadap karakter 'Kim Namwoon' telah meningkat.]

[Anda hampir menepati syarat penggunaan untuk skill eksklusif
'Omniscient Reader's Viewpoint' Lv. 1.]

Omniscient Reader's Viewpoint? Apakah ini?

[Syarat penggunaan untuk skill eksklusif 'Omniscient Reader's Viewpoint' Lv. 1 telah dicapai!]

Penumbuk Kim Namwoon terlepas dari terkena aku dan jatuh ke atas lantai.

"Haha, apakah? Bukankah aku sudah menjadi semakin kuat?"

Kesan penumbuk kelihatan samar-samar tertinggal di atas lantai. Kim Namwoon sedar akan kekuatan semasanya sedikit demi sedikit. Penumbuk yang boleh mematahkan tulang dengan satu pukulan itu asyik terkena pada lantai. Kim Namwoon kelihatan kecewa dan gagal dalam mengawal emosinya.

"Ah, kenapa aku tak boleh pukul kau?"

Sudah tentu, dia tidak boleh memukul aku. Itu semua berkat kemahiran kedua milik aku.

[Skill eksklusif, Omniscient Reader's Viewpoint Lv. 1 telah diaktifkan!]

Sebaik sahaja skill ini diaktifkan, aku dapat memerhati dan meneka arah serangan Kim Namwoon seperti aku sedang membaca fikiran dalam otaknya.

Contohnya, seperti ini...

「Sebelah kanan. 」

Aku cepat-cepat bergerak dari terkena arah serangan.

「Mata kanan. 」

Kemudian aku cepat-cepat menunduk dan mengelak daripada tumbukan yang melayang.

"Kau memang pandai mengelak dari tak kena pada serangan!"

Sebenarnya, ia adalah tidak munasabah untuk melakukan serangan balas kerana aku sangat lemah dalam sukan, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat mengelak daripada terkena banyak serangan.

「Peha kiri. 」

Ini sudah cukup untuk menahannya. Yang penting harus beli masa. Aku mengelak dari terkena Kim Namwoon terlebih dahulu dan menunjukkan jari ke arah jam di udara.

"Tinggal dua minit lagi, budak."

Kim Namwoon yang dalam keadaan tertekan sedang memandang secara silih berganti antara aku dan nenek itu. "Celaka!"

Pada saat dia memilih, pandangan Kim Namwoon tertumpu pada bahagian nenek. Aku terpaksa untuk menangkap nenek itu dan berguling jauh di atas lantai. Jika nenek itu meninggal dunia, Kim Namwoon akan menyelesaikan senarionya. Walau apa pun berlaku, aku sama sekali tidak boleh membiarkan lelaki ini masuk ke dalam senario seterusnya.

"Haha, aku sudah tahu kau akan bergerak seperti itu."

Apabila Kim Namwoon mengambil sesuatu daripada begnya, aku merasakan suatu perasaan yang tidak menyenangkan. Sebilah pisau bersinar dalam lampu pendarfluor. Ia adalah Pisau MacGyver mudah alih. Aku sudah terlupa. Orang ini adalah otaku tentera yang tegar.

Terdapat ikatan penghubung antara skill teknikal ''Knife Fighting' dan pengukuhan skill 'Blackening'. Arah bilah pisau itu ditunjuk dengan jelas.

「Hati. 」

Ia adalah serangan yang tidak dapat dielakkan walaupun aku tahu arahnya.

Jika sahaja, aku dapat membuat pertimbangan dengan lebih cepat. Kalau aku tidak dapat mengelak serangan itu mungkin lebih baik untuk dipukul di suatu tempat pada bahagian badan dengan kesakitan yang minimum, jika boleh.

Chiiiik!

Bilah pisau itu hampir menikam hati aku namun terlepas dan membuat luka yang dalam pada bahu aku.

Sakit. Sangat sakit. Terdapat kesakitan seperti membakar dalam kulit aku.

Penglihatan aku mulai bergegar, dan terasa seperti kematian semakin datang menghampiri.

"Haha, sekarang kau harus mati!"

Masa yang tinggal hingga tamat senario pertama ialah 1 minit dan 30 saat.

Aku mengerling ke arah nenek. Aku minta maaf pada nenek, tetapi sekarang aku terpaksa menggunakan 'itu'.

"Sekolah Menengah Chungil, tahun 2, Kim Namwoon. Aku ada satu soalan
untuk kau."

"...Apa?"

"Adakah kau fikir telur serangga adalah benda hidup?"

Aku mengeluarkan mayat belalang yang aku bunuh tadi dari poket seluarku. Kantung telur yang gebu itu jelas melimpah. Terdapat bunyi seperti sesuatu meletus, dan suatu cecair tertumpah keluar. Perasaan aku terasa jijik apabila ia tersebar di tanganku tatkala aku mendengar suatu mesej.

...

[Anda telah membunuh makhluk hidup.]

[100 syiling telah diperolehi sebagai pampasan tambahan.]

[Anda telah membunuh makhluk hidup.]

[100 syiling telah diperolehi sebagai pampasan tambahan.]

...

Pelbagai mesej menerpa di telingaku. Dahi Kim Namwoon berkerut.

"Telur serangga? Apa yang kau maksudkan? Adakah kau cuba untuk membazirkan masa?"

"Aku rasa begitu."

"Bagaimana aku tahu perkara seperti itu? Aku selalu tidur dalam kelas Biologi." Kim Namwoon memandang bahu aku yang berdarah dan ketawa gembira. "Tapi ada satu hal yang aku sudah tahu. Pak cik, kau tahu tak apa itu?"

"Apa itu?"

"Kau akan mati sekarang juga!" Kim Namwoon menggerakkan pisau Tentera Swiss milik dia sebelum aku sempat menjawab. Ia adalah serangan yang sukar untuk dielakkan.

[Sebilangan besar syiling telah diperoleh! Adakah anda ingin menyemak petua penggunaan syiling?]

Aku mengabaikan penjelasan yang masuk ke telingaku. Tidak perlu
mendengarnya ketika aku sudah tahu isi kandungannya.

"Tidak, kaulah yang akan mati," aku meludah sambil bergumam sesuatu yang lain di dalam hati.

[2,700 syiling telah dilaburkan ke dalam 'Physique'.]

[Physique Lv. 1 -> Physique Lv. 10]

[Tahap fizikal anda telah meningkat secara mendadak!]

[Ketahanan badan anda telah meningkat dengan ketara!]

Pisau Kim Namwoon menusuk ke arah jantungku. Tepatnya, ia kelihatan seperti menembusi. Kulit aku seperti batu pepejal, dan yang tertinggal di atasnya hanyalah calar sebuah pisau.

Mata Kim Namwoon menunjukkan bahawa dia terkejut.

"Macam mana?"

"Aku akan memberitahu kau jawapan yang betul untuk soalan aku. Jawapannya ialah: telur adalah benda hidup."

"A-Apa?"

"Dan pada musim bertelur, belalang boleh bertelur lebih daripada 100 telur pada satu masa."

Telur, benda hidup, 100...

Malangnya, masa yang tinggal untuk memahami maksud daripada maklumat itu terlalu singkat bagi budak sekolah yang mempunyai otak yang tidak bagus.

"Apa yang pak cik cakapkan?"

"Tak apalah kalau kau tak faham. Ada satu minit lagi."

Kini ketakutan terpancar di wajah Kim Namwoon.

"Aaaah! Mati! Mati!"

Pisau itu bergerak ke arah leherku. Aku tidak perlu bersusah payah mempertahankan diri terhadap serangan itu.

Kakakang!

Adakah kerana kawasan itu lebih terdedah daripada dada? Luka itu lebih dalam sedikit daripada sebelumnya, tetapi ia masih tidak terlalu sakit.

"Kim Namwoon."

Di belakang Kim Namwoon, ada beberapa orang yang masih merangkak dan mencari serangga, serta mereka yang sanggup untuk menyakiti satu sama lain bagi kelangsungan hidup mereka sendiri.

"Betul kata kau. Aku pun jenis manusia yang sama seperti kau."

Mungkin saja aku boleh menyelamatkan beberapa orang itu.

"Sial! Kenapa kau tidak mati! Kenapa kau tidak mati saja!"

55 saat... 50 saat... 45 saat...

Pisau itu hanya meninggalkan kesan calar. Darah mengalir tetapi bilah pisaunya tidaklah sampai ke dalam kulit. Terdapat 30 saat sahaja lagi apabila Kim Namwoon membuka mulut. Dia menjatuhkan pisau dan melutut di hadapan aku.

"S-Selamatkan aku."

25 saat.

"Selamatkan aku! Tolong! Tolong aku!"

"Kenapa mesti aku selamatkan kau?"

20 saat.

"N-Nyawa orang kan penting! Itu sudah jelas!"

"Itu adalah peraturan dunia lama. Sekarang ini adalah seperti yang kau katakan. Dunia baharu memerlukan undang-undang baharu."

10 saat.

"Aku tidak mahu, aku tidak mahu! Aku tidak mahu mati! Aaaaaack!"

5 saat.

Kim Namwoon berlari ke arah aku dengan jeritan yang kuat dan menyasarkan mata aku. Saat pisau itu cuba untuk menikam retina aku...

[Masa yang diberikan telah habis.]

Kedengaran bunyi yang kuat, dan kepala Kim Namwoon meletup.

[Penyelesaian berbayar akan bermula.]

Bermula dengan Kim Namwoon, kepala orang lain juga mulai meletup dimana - mana.

Satu dua tiga empat...

Kepala yang pecah seperti bunga api seperti mengumumkan era baru. Aku menonton adegan itu dengan merasakan sedikit rasa kegembiraan, sedikit rasa bersalah, dan perasaan yang misteri.

Kenapa? Mengapa aku begitu tenang melihat pemandangan di hadapan aku? Ia seperti sedang melihat novel.

[Anda telah membunuh 124 makhluk hidup.]

[Sejarah Pembunuhan: Satu belalang, 123 telur belalang.]

[Anda telah membunuh makhluk hidup yang tidak berdaya, jadi bilangan syiling yang anda perolehi dikurangkan menjadi separuh.]

[6,200 syiling telah diperoleh!]

[Bilangan syiling yang digunakan untuk peningkatan tahap statistik telah ditolak secara automatik.]

[Anda mempunyai sejumlah 3,500 syiling.]

[Pencapaian 'Mass Murderer' telah diperolehi melalui pembunuhan yang berlebihan.]

Wajah aku dapat dilihat pada tingkap gerabak kereta api yang gelap.

Ia adalah wajah yang tidak pernah aku lihat sebelum ini, walaupun sudah berkali-kali aku melihat cermin dalam hidupku. Aku mengesat darah di pipi aku.

Darah merah itu tidak dapat dihilangkan. Ternyata itu adalah darah yang ada pada tingkap.

Kkiiik.

Terdapat perasaan yang membuak-buak, dan kereta api mula bergerak semula. Ia membuat bunyi kereta api seperti biasa.

Tidak lama kemudian, cahaya melimpah masuk, dan kegelapan telah terangkat dari tingkap. Kami telah tiba di bahagian permukaan tanah bagi Barisan 3 di antara Apgujeong dan Oksu.

Di luar tingkap, Sungai Han dan Seoul terserlah.

Ahh. Seseorang melepaskan rintihan. Ia adalah rintihan yang mengandungi perasaan lega kerana mereka terselamat.

Namun, tidak lama kemudian makna rintihan itu berubah. Ah ah...

Landskap di luar tingkap kereta api bukan lagi Seoul yang mereka tahu. Asap dan debu keluar dari bandar yang musnah.

Jambatan Sungai Han telah runtuh. Sungai Han berwarna merah itu sendiri dipenuhi dengan mayat tentera, manakala di antara bangunan yang tumbang, seekor raksasa sedang memijak kereta kebal K1 seperti mainan budak.

[Senario Utama #1 - Bukti Nilai telah tamat.]

[300 syiling telah diperoleh sebagai ganjaran pelepasan asas.]

[100 syiling telah dikurangkan untuk yuran penggunaan saluran.]

[Penyelesaian pampasan tambahan akan bermula.]

Satu dunia telah musnah, dan dunia baru sudah lahir.

...Dan aku adalah satu-satunya pembaca yang mengetahui pengakhiran dunia ini.

Kosa kata:
[1] Chuunibyou - merupakan istilah jepun untuk menggambarkan remaja yang ingin menyerlah atau berfikir dia mempunyai suatu kuasa rahsia.

*Nota penting:
Sedikit perubahan pada kata kemahiran yang berubah menjadi skill. Maksudnya sama sahaja tetapi bagi memudahkan untuk difahami, saya akan berbuat demikian. Sesetengah skill juga akan turut mempunyai nama asal dan tidak berubah bagi tidak lari daripada maksud terjemahan asal. Terima kasih. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience