"Aku Dokja¹."
Aku biasanya memperkenalkan diriku kepada orang seperti ini, kemudian yang berikut adalah salah faham yang akan berlaku.
"Oh, kamu anak tunggal ke?"
"Ya, tetapi bukan itu yang aku maksudkan."
"Hah? Kemudian?"
"Nama aku Dokja. Kim Dokja."
Ayah aku memberi namaku seperti itu supaya aku menjadi seorang yang kuat walaupun aku sendiri. Namun, terima kasih kepada nama yang ayah berikan ini padaku, aku hanya hidup sebagai seorang lelaki bujang, tidak biasa dalam diriku yang kesunyian.
Pendek kata, hidupku begini: Kim Dokja, 28 tahun, bujang.
Hobi aku membaca web novel di kereta bawah tanah semasa pergi dan pulang kerja.
"Kalau macam ni, awak akan tersedut ke dalam telefon pintar awak."
Dalam kereta bawah tanah yang bising, aku mengangkat kepalaku secara refleks. Sepasang mata ingin tahu sedang merenung tepat ke arahku. Ianya milik seorang pekerja dari pasukan sumber manusia, Yoo Sangah.
"Ah, hello." Aku memberi salam kepadanya.
"Awak balik ke rumah dari kerja ke?"
"Ya. Bagaimana dengan Yoo Sangah-ssi²?"
"Saya bernasib baik. Pengurus pergi dalam perjalanan perniagaan hari ini." Yoo Sangah segera duduk apabila kerusi di sebelahku yang kosong. Haruman halus datang dari bahunya, membuatkan badanku gementar.
"Adakah awak biasanya menaiki kereta api bawah tanah?"
"Itu..." Yoo Sangah membuat ekspresi gelap.
Cuba fikirkan, ini adalah kali pertama aku bertemu Yoo Sangah dalam kereta api bawah tanah. Bermula dengan Pengurus Kakitangan Kang kepada Pengurus Kewangan Han... Di sana adalah khabar angin bahawa Yoo Sangah mempunyai lelaki dari syarikat yang memandunya ke rumah setiap hari bekerja.
Namun kata-kata yang tidak dijangka datang dari mulut Yoo Sangah, "Ada orang curi basikal saya."
Basikal.
"Awak ulang-alik pergi kerja dengan basikal?"
"Ya! Ini kerana saya rasa saya semakin kurang bersenam memandangkan kebelakangan ini saya banyak bekerja lebih masa. Dan kerana ada juga agak menjengkelkan... Perkara seperti itu adalah sebabnya."
Aha, jadi begitulah keadaannya.
Yoo Sangah tersenyum cerah. Melihat dia sedekat ini, aku boleh agak faham mengapa lelaki mendapati dia menarik, tetapi, akhirnya, ia tidak penting bagi aku. Genre kehidupan setiap orang sudah pun ada bertekad, dan Yoo Sangah adalah seseorang yang hidup dalam genre berbeza dengan aku. Selepas perbualan janggal, kami melihat pada telefon kami. Aku membuka aplikasi novel yang kubaca sebelum ini manakala Yoo Sangah... Apa ini?
"Puede prestarme dinero."
"Hah?"
"Bahasa Sepanyol."
"...Oh begitu? Saya tidak faham. Apakah maksudnya?"
"Tolong beri saya sedikit wang," balas Yoo Sangah dengan bangga. Belajar dalam kereta api bawah tanah semasa pulang... Dia benar-benar mempunyai genre yang berbeza dariku. Tetapi di mana dia merancang untuk menggunakan frasa seperti itu selepas dia mempelajarinya?
"Awak bekerja keras."
"Oh ya, apa yang Dokja-ssi tengok?"
"Ah, saya..."
Pada masa yang sama, aku perlukan masa untuk berfikir, 'Oh, tidak,'
Pandangan Yoo Sangah mendarat di skrin LCD telefon pintar milikku.
"Adakah ia novel?"
"Ya, betul... Awak boleh mengatakan bahawa saya sedang belajar bahasa Korea."
"Wah, saya juga suka novel. Saya tidak dapat membaca sejak kebelakangan ini kerana saya tidak ada masa..."
Sungguh mengejutkan. Yoo Sangah suka membaca novel...?
"Novel seperti Murakami Haruki, Raymond Carver, Han Kang..."
Ah, sudah tentu.
Yoo Sangah bertanya, "Dokja-ssi, penulis apa yang kamu suka?"
"Awak tidak akan tahu penulisnya walaupun saya sebut nama mereka."
"Beritahu saja. Saya telah membaca banyak novel. Siapa penulisnya?"
Pada masa ini, sukar untuk mengatakan bahawa aku membaca web novel sebagai suatu hobi. Aku hanya mengerling tajuk novel dalam aplikasi itu.
[Dunia selepas Kejatuhan]
Pengarang: Sing Shangshong.
Aku tidak boleh mengatakan bahawa aku membaca 'Dunia selepas Kejatuhan oleh Sing Shangshong'.
"Ia hanyalah novel fantasi. Ia macam... Apa lagi ya? Ya, The Lord of the Rings, macam tu lah..."
Terbeliak mata Yoo Sangah. "Aha. The Lord of the Rings. Saya juga pernah tengok filemnya."
"Ya, filemnya bagus."
Kesunyian menyusul. Yoo Sangah masih memandang ke arahku dan seolah-olah sedang menunggu aku untuk berkata sesuatu. Ia semakin menjadi janggal.
Jadi, aku memutuskan untuk menukar topik. "Ia sudah menjadi satu setahun sejak kita menyertai syarikat itu, bukan? Saya rasa ia sekitar pada masa ini tahun lepas. Masa berlalu dengan cepat."
"Ya, awak betul. Ketika itu, kita berdua tidak tahu apa yang berlaku, bukan?"
"Betul tu. Nampak macam baru semalam ya tempoh kontrak saya sudah pun berakhir." Aku menyedari bahawa aku telah mengatakan sesuatu yang salah apabila melihat ekspresi Yoo Sangah.
"Ah, saya..." Yoo Sangah terhenti.
Aku telah lupa. Yoo Sangah menerima kredit untuk pembeli asing bulan lepas dan telah pun dinaikkan pangkat menjadi pekerja sepenuh masa.
"Ah, betul, itu berlaku. Ucapan tahniah saya terlambat. Maaf tentang itu. Haha, mungkin saya sepatutnya bekerja keras untuk belajar bahasa asing juga."
"T-tidak, tidak sama sekali, Dokja-ssi! Masih ada semakan prestasi, dan..."
Aku tidak mahu mengakuinya, tetapi melihat Yoo Sangah bercakap-ia adalah cukup keren. Wajahnya kelihatan bersinar dengan cahaya yang terang, seolah-olah sorotan dunia hanya menyinari satu orang.
Jika dunia ini adalah novel, protagonisnya mungkin seseorang seperti dia. Malah, ia adalah hasil yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun aku tidak bekerja keras...
Yoo Sangah telah bekerja keras.
Semasa aku membaca web novel di Internet...
Yoo Sangah belajar dengan tekun.
Jadi, tidak dapat dielakkan bahawa Yoo Sangah akan menjadi pekerja sepenuh masa dan kontrak pekerjaan aku juga akan ditamatkan.
"Um... Dokja-ssi."
"Ya?"
"Jika awak tidak keberatan... Perlukah saya memberitahu awak aplikasi yang saya gunakan?" Secara tiba-tiba, suara Yoo Sangah kedengaran jauh.
Terasa seolah-olah aku semakin jauh dari dunia. Kepada mengekang fikiranku yang terasa seolah-olah ia akan hanyut, aku memaksa mataku terbuka dan menumpukan pandanganku terus ke hadapan.
Seorang budak lelaki sedang duduk di kerusi bertentangan dengan aku di dalam kereta api.
Dia kelihatan berusia lebih kurang dalam 10 tahun.
Budak lelaki yang memegang jaring pengutip serangga dalam satu tangan itu sedang tersenyum gembira sambil duduk di sebelah ibunya.
"...Dokja-ssi?"
Bagaimana rasanya, jika aku mempunyai kehidupan yang berbeza daripada kehidupanku sekarang? Dalam erti kata lain, bagaimana jika genre hidup aku berbeza?
"Kim Dok..." Jika genre hidup aku bukan 'realisme' tetapi 'fantasi'...
Adakah aku boleh menjadi protagonis? Siapa tahu. Itu mungkin sesuatu yang aku tidak akan tahu. Namun, jika ada satu yang aku tahu, ia adalah ini:
"Tak apa, Yoo Sangah-ssi."
"Ya?"
"Walaupun awak memberitahu saya apl itu, ia tidak akan berguna."
Genre hidup aku adalah jelas 'realisme.'
"Ia kerana seorang Dokja mempunyai kehidupan Dokja, seperti yang awak lihat."
"Hm? Apa awak..."
"Cuma ada orang yang begitu dalam hidup."
Dan dalam genre ini, aku bukan protagonis tetapi 'Pembaca'.
"Kehidupan Dokja..."
Yoo Sangah memakai ekspresi yang serius, jadi aku melambai tanganku sedikit untuk menunjukkan bahawa aku benar baik-baik saja. Aku tidak tahu mengapa, tetapi dia kelihatan sangat risau tentangku. Nah, dia dari HR... jadi dia mungkin sudah mengetahui prestasi kerja aku.
"Dokja-ssi mengatakan perkara yang benar-benar hebat."
"Apa?"
"Kemudian, saya rasa saya juga mempunyai kehidupan saya sendiri - kehidupan Sangah."
Yoo Sangah nampaknya telah memutuskan sesuatu apabila dia berpatah balik untuk belajar bahasa Sepanyol. Aku merenungnya seketika sebelum kembali ke novel.
Segala-galanya telah kembali normal, tetapi anehnya, seretan jari aku pada skrin di novel itu tidak berjalan lancar. Mungkin kerana aku menyedari beratnya realiti yang aku tidak dapat melungsurkan jari ke bawah skrin.
Pada masa itu, pemberitahuan muncul di bahagian atas telefon pintar milikku.
[Anda mempunyai satu mel baharu.]
Ia adalah daripada pengarang 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Aku membuka melnya.
-Pembaca-nim³, novel saya akan dibayar mulai jam 7 malam. Dokumen ini mungkin akan membantu kamu. Semoga berjaya.
[1 lampiran].
Penulis berkata dia akan memberi aku hadiah. Apakah ini hadiahnya?
...Seperti namaku, aku juga seorang pembaca secara semula jadi. Jadi, aku begitu teruja untuk menerima mel. Ya, hidup sebagai pembaca bukanlah sesuatu yang buruk. Aku menyemak masa pada skrin telefon pintar. Sekarang jam menunjukkan 6:55 p.m. Aku mempunyai masa lima minit sebelum novel itu menjadi berbayar pada 7 p.m. Kemudian aku membuka senarai pilihan novel aku dalam apl. Oleh kerana aku adalah satu-satunya pembaca, jadi aku harus meninggalkan komen tahniah dan memberi kekuatan kepada penulis. Namun...
-Novel ini tidak wujud.
Aku cuba menaip 'hancur' beberapa kali dalam kotak carian, tetapi hasilnya adalah sama. Papan kenyataan untuk 'Cara untuk Bertahan Hidup' telah hilang tanpa jejak. Ia adalah pelik. Adakah pernah ada kes novel dipadamkan tanpa pemberitahuan apabila ia akan diwangkan?
Pada masa itu, lampu kereta bawah tanah dimatikan, dan bahagian dalam kereta api tiba-tiba menjadi gelap.
Kiiiiiiik-!
Kereta api bawah tanah bergegar kuat dan mengeluarkan bunyi logam. Ia menyebabkan Yoo Sangah menjerit dan memegang lengan aku. Kemudian aku mendengar bunyi orang lain yang sedang menjerit ketakutan. Yoo Sangah mencengkam lenganku dengan ketat sehingga aku lebih merasakan kesakitan di lengan kiri aku daripada kesakitan kereta api yang berhenti mengejut. Kereta api itu mengambil masa berbelas saat untuk berhenti sepenuhnya. Kemudian aku mendengar suara-suara yang sedang keliru datang dari serata arah.
"Eh, apa?"
"A-Apa ini?"
Dalam gelap, satu atau dua lampu telefon pintar dihidupkan. Yoo Sangah masih memegang lengan kiri aku dengan erat sambil dia bertanya, "A-Apa yang sedang berlaku?"
Aku berpura-pura tidak peduli dan bersikap tenang. "Jangan risau. Ia bukan masalah besar."
"Begitukah?"
"Ya, ia mungkin gangguan daripada orang yang mahu membunuh diri. Jurutera akan segera buat pengumuman."
Usai sahaja aku selesai bercakap, aku mendengar pengumuman jurutera,
-Memberitahu kepada semua penumpang di dalam kereta api. Memberitahu kepada semua penumpang di dalam kereta api.
Persekitaran yang riuh rendah menjadi tenang.
Aku mengeluh dan membuka mulutku, "Lihat, ia bukan masalah besar. Sekarang permohonan maaf akan disiarkan, dan kereta api akan bernyala semula..."
-S-Semua orang lari... Lari...!
'Apa?'
Terdapat bunyi bip, dan siaran dimatikan. Di dalam kereta api menjadi kucar-kacir.
"D-Dokja-ssi? Apa ini...?"
Cahaya terang memancar dari hadapan kereta api bawah tanah. Ada bunyi gendang yang kuat diikuti dengan pop. Sesuatu sedang menuju ke sini jalan dalam kegelapan. Secara kebetulan aku dapat melihat jam di masa ini―7:00 p.m.
Tick, rasanya dunia terhenti. Kemudian aku mendengar suatu suara:
[Perkhidmatan percuma sistem planet 8612 telah ditamatkan.]
[Senario utama telah bermula.]
Inilah saatnya genre hidup aku akan berubah.
--------------------------
Kosa kata:
[1] Dokja boleh bermaksud 'anak tunggal', 'pembaca' atau 'individualis' dalam bahasa Korea.
[2] ssi ialah kehormat Korea. Ia adalah cara formal untuk menangani seseorang apabila anda bercakap dengan atau tentang mereka.
[3] nim ialah penghormatan peringkat tinggi yang digunakan untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.
Share this novel