Pengenalan Watak Karakter

Fantasy Series 624

- Kim Dokja -
Kim Dokja (Bahasa Korea: 김독자; Hanja: 金獨子; RR: Kim Dok-ja) ialah protagonis utama dalam siri novel ini. Dia merupakan seorang pekerja pejabat biasa yang mempunyai minat membaca, web novel kegemarannya ialah "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Namun, kehidupannya berubah drastik apabila peristiwa novel itu mula berlaku dalam kehidupan sebenar, dan dia seorang sahaja yang menyedari bagaimana dunia akan berakhir. Dengan pengetahuan ini, Dokja menggunakan pemahamannya tentang cerita untuk mengubah laluan senario dan seterusnya mengubah dunia seperti yang dia tahu. Kumpulan sekutu dan sahabat yang dia kumpulkan dikenali sebagai Kim Dokja's Company.

- Yoo Joonghyuk -
Yoo Joonghyuk (Bahasa Korea: 유중혁; Hanja: 劉衆赫; RR: Yu Jung-hyeok) ialah protagonis utama dan salah satu watak paling berkuasa dalam web novel asal, "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Walaupun dia pada mulanya tidak mempercayai Kim Dokja, dan mereka sering bergelut dan bergaduh untuk memahami antara satu sama lain, namun mereka menjadi semakin rapat, dan dia dirujuk sebagai "Teman sehidup dan semati" Kim Dokja.

- Han Sooyoung -
Han Sooyoung (Bahasa Korea: 한수영; Hanja: 韓秀英; RR: Han Su-yeong) ialah protagonis utama dan pengarang web novel bagi "SSSSS-Gred Regressor Tak Terhingga", yang dituduh oleh Kim Dokja kerana memplagiat novel "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Selepas Kim Dokja, dia adalah orang yang paling mengetahui perkembangan dunia novel "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur". Walaupun dia bermula sebagai tokoh antagonis kepada Kim Dokja dan sekutunya, dia kemudiannya menjadi bahagian penting dalam Kim Dokja's Company.

- Yoo Sangah -
Yoo Sangah (Bahasa Korea: 유상아; Hanja: 劉尚雅; RR: Yu Sang-a) ialah rakan sekerja Kim Dokja di tempat kerja yang dia anggap sebagai protagonis yang ideal.

Dia berada di dalam kereta api bawah tanah bersama Kim Dokja apabila peristiwa novel itu mula terungkap, dan dia menjadi seorang tokoh yang berkuasa dengan menjadi dirinya sendiri walaupun tidak muncul atau mempunyai pengetahuan tentang novel asal.

- Lee Hyunsung -
Lee Hyunsung (Bahasa Korea: 이현성; Hanja: 李賢誠; RR: Lee Hyeon-seong) ialah bekas leftenan tentera dalam negara Korea.

Dia pada asalnya merupakan watak sokongan dalam "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur". Mengikut novel itu, dia berjuang di bawah kepimpinan Yoo Joonghyuk, namun sekarang, dia sebaliknya menjadi sekutu dan teman Kim Dokja semasa perkembangan novel ini.

- Jung Heewon -
Jung Heewon (Bahasa Korea: 정희원; Hanja: 鄭熙媛; RR: Jeong Hui-won) ialah watak yang sangat kecil dalam "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Dia merupakan watak kecil sebagai sebahagian daripada "Kumpulan terpinggir" dari stesen Geumho yang meninggal dunia pada awal novel, tetapi dia diselamatkan oleh Kim Dokja dan kemudiannya dia menyertai Kim Dokja's Company. Dia akhirnya menjadi salah seorang watak yang paling kuat dalam novel ni.

- Lee Gilyoung -
Lee Gilyoung (Bahasa Korea: 이길영; Hanja: 李吉永; RR: Lee Gil-yeong) ialah seorang budak lelaki yang menaiki kereta api bawah tanah bersama dengan Kim Dokja pada awal permulaan senario dan turut terselamat.

Dia membawa sekotak belalang pada permulaan novel, yang membantu orang lain dalam kereta api bawah tanah bertahan hidup, dan kebolehannya ialah bergantung pada kawalan serangga.

- Lee Jihye -
Lee Jihye (Bahasa Korea: 이지혜; Hanja: 李智慧; RR: Lee Ji-hye) ialah seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang pada asalnya merupakan watak dalam novel "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Dia merupakan watak yang bersama-sama berjuang di bawah kepimpinan Yoo Joonghyuk, namun sekarang turut berjuang bersama dengan Kim Dokja.

- Shin Yoosung -
Shin Yoosung (Bahasa Korea: 신유승; Hanja: 申流承; RR: Shin Yu-seung) ialah seorang gadis muda yang merupakan watak dalam parti Yoo Joonghyuk dan kemudiannya mengalami musibah dalam novel "Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur".

Walau bagaimanapun, dalam garis masa utama novel 'Omniscient Reader's Viewpoint', dia diselamatkan dan menjadi salah seorang ahli parti Kim Dokja's Company yang paling dipercayai. Dia juga merupakan anak buah kesayangan dari Konstelasi Kim Dokja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience