Bab 2 - Memulakan Perkhidmatan Berbayar II

Fantasy Series 624

「 Dokkaebi¹. Kali pertama dia muncul, seseorang berkata begitu. 」

Aku tidak tahu kenapa tetapi ayat itu tiba-tiba muncul di dalam kepala aku. Kereta api bawah tanah yang berhenti, bilik gelap... Butiran ini memberi aku perasaan deja vu. Kereta api bawah tanah telah berhenti sebelum ini, tetapi ia jarang berlaku. Walaupun begitu, kenapa? Aku jadi teringat pada perkataan yang biasa didengari dari sebuah novel... tetapi ia adalah tidak masuk akal. Bukankah itu mustahil?

Ketika ini, pintu kereta api 3807 terbuka luas, dan elektrik dikembalikan. Yoo Sangah bergumam di sisi aku,

"...Dokkaebi?"

Kepala aku lantas berdering. Perkataan tersebut melintas dalam fikiran dan mengingatkan aku kepada novel kegemaran yang dibaca sebentar tadi. Badanku menggeletar tidak senang kerana novel yang aku tahu dan realiti di hadapan aku telah bertindihan masa.

「Dengan dua tanduk kecil dan memakai tikar straw kecil, makhluk pelik dan gebu terapung di udara. 」

「Terlalu pelik untuk memanggilnya dongeng, terlalu jahat untuk memanggilnya malaikat, dan terlalu tenang untuk memanggilnya syaitan. 」

「Oleh itu, ia dipanggil 'dokkaebi'. 」

Dan aku sudah tahu perkara pertama yang akan dikatakan oleh dokkaebi.

「&아#@!&아#@! ...」

[&아#@!&아#@!...]

Fiksyen dan realiti bertindihan dengan tepat.

"Apakah ini?"

"Realiti tambahan?"

Di tengah-tengah orang yang berceloteh di sekeliling aku, aku tercampak ke dunia lain seorang diri. Ini sememangnya merupakan dokkaebi-dokkaebi yang membuka pintu kepada tragedi tragis untuk beribu-ribu nyawa dalam 'Cara untuk Bertahan Hidup'.

Suara Yoo Sangah membuatkan aku tersedar dari lamunan. "Bunyinya samar-samar seperti bahasa Sepanyol. Patutkah saya bercakap dengannya?"

Aku agak terkejut mendengar perkataan Yoo Sangah dan langsung bertanya kepadanya, "...Adakah awak tahu apa itu maksudnya? Adakah awak mahu meminta duit darinya?"

"Tidak, tapi..."

Pada masa inilah aku mendengar sebutan bahasa Korea yang betul.

[Ah. Ah. Adakah ini bunyi yang betul? Ah, saya mempunyai masa yang sukar kerana kemaskini perisian Korea tidak berfungsi. Semua orang, bolehkah kamu mendengar kata-kata saya?]

Semasa bahasa yang biasa dan dikenali dituturkan, aku dapat melihat ekspresi orang ramai menjadi santai. Orang pertama yang meluru ke depan adalah seorang lelaki besar dalam sut pakaian. "Hei, apa yang kamu buat sekarang?"

[...Hah?]

"Awak sedang buat penggambaran? Saya kena pergi sekarang sebab saya perlu cepat sampai ke tempat uji bakat." Dia seolah-olah pelakon yang tidak diketahui kerana wajahnya tak biasa dilihat.

Jika aku merupakan seorang pengarah pelakon, mungkin aku akan memuji cita-citanya yang membara. Malangnya, kehadiran dokkaebi di hadapannya sekarang adalah benar dan bukannya pengarah pelakon.

[Ah, uji bakat. Betul tu. Ini juga uji bakat. Haha, ada kekurangan data. Saya baru masuk ke sini apabila ia diwangkan pada pukul 7 malam.]

"Apa? Apa yang kamu bicarakan?"

[Sekarang, sekarang. Anda semua, santai di tempat duduk anda dan dengarkan saya. Mulai sekarang, saya akan memberitahu kamu sesuatu yang sangat penting!]

Dadaku semakin sesak.

"Apa? Cepat turun kereta api ini!"

"Seseorang tolong panggil kapten kereta api!"

"Apa yang mereka lakukan tanpa kerjasama rakyat?"

"Mak, apa tu? Kartun ke?"

Tidak ada keraguan mengenainya. Ini adalah hal dan perkembangan yang hanya aku sahaja tahu. Aku tidak mahu masuk campur dalam hal ini... tetapi mustahil. Orang-orang di sekeliling tidak akan mendengarkan makhluk CG yang kelihatan kecil dan comel itu. Satu-satunya perkara yang boleh aku lakukan ialah menghalang Yoo Sangah yang cuba bangun dari tempat duduknya.

"Yoo Sangah-ssi, bahaya, jadi tetap duduk di sini saja."

"Hah?" Mata Yoo Sangah terbeliak.

Aku bercakap dalam nada kebingungan seketika, tetapi memang tidak ada cara untuk menjelaskan apa yang aku faham. Tepatnya, aku tidak perlu menjelaskannya.

[Haha, awak memang lantang.]

Terdapat kehadiran misteri dengan kuasa persuasif yang lebih kuat daripada sesiapa pun, sekarang.

[Saya suruh kamu semua diam.]

Aku menutup mataku perlahan-lahan apabila mata dokkaebi menjadi merah.

Secara tiba tiba, sesuatu pecah, dan kereta api bawah tanah menjadi senyap.

"Uh, eh. Eh..."

Terdapat lubang besar di dahi pelakon tidak diketahui yang terpaksa pergi uji bakat. Lelaki yang bercakap tadi rebah serta-merta di tempat kejadian.

[Ini bukan penggambaran filem.]

Kedengaran bunyi retak yang ngeri sekali lagi. Kali ini, orangnya adalah orang yang bercakap tentang kapten.

[Ini bukan mimpi. Ini juga bukan novel.]

Satu, dua... Darah menyembur ke udara sambil kepala beberapa orang mulai pecah.

Mereka semua adalah orang yang telah memprotes dokkaebi, serta mereka yang menjerit atau menjadi liar dan bertempiran lari. Mereka yang membuat sedikit kekecohan telah berlubang di kepala mereka.

Tiba-tiba, kereta api bawah tanah menjadi pertumpahan darah banyak nyawa.

[Ini bukan 'realiti' yang anda tahu. Adakah anda faham? Jadi semua orang diam dan dengar cakap saya.]

Lebih separuh orang yang ada di sini telah meninggal dunia. Darah dan kepingan badan memenuhi kereta bawah tanah.

Sekarang, orang ramai tidak lagi menjerit. Mereka ketakutan. Macam beruk primitif di hadapan pemangsa yang kuat, semua orang hanya memerhati dokkaebi dengan perasaan yang sangat takut. Aku terkejut dengan keadaan lalu memegang erat bahu Yoo Sangah yang tersengguk-sengguk menangis perlahan di sisiku.

Ini adalah nyata. Mesej pelik yang masuk ke telinga aku, iaitu dokkaebi telah muncul di hadapan aku, dan kereta api yang telah menjadi pertumpahan darah...

[Semua orang, hidup anda baik setakat ini. Betul tak?]

Di ruang tempat duduk berkeperluan khas, seorang nenek tua bertemu dengan mata dokkaebi.

[Anda telah hidup terlalu lama secara percuma. Bukankah hidup ini terlalu murah hati? Anda dilahirkan dan tidak dibayar harga untuk bernafas, makan, buang air besar, pembiakan dan melahirkan! Ha! Anda benar-benar hidup dalam dunia yang baik!]

Percuma? Tiada seorang pun di dalam kereta api bawah tanah itu hidup secara percuma. Orang ramai berusaha untuk membuat wang untuk terus hidup, dan mereka menaiki kereta bawah tanah di dalam perjalanan pulang dari kerja masing-masing. Namun pada masa ini, tiada siapa yang dapat mempertikaikan dan melawan kata-kata dokkaebi.

[Tetapi kini hari-hari yang baik telah berakhir. Berapa lama lagi anda boleh meneruskan hidup secara percuma? Jika anda ingin menikmati kebahagiaan, adalah wajar untuk membayar harganya. Benar bukan?]

Orang-orang yang tercungap-cungap tidak dapat menjawab perkataan itu. Kemudian pada masa itu, seseorang mengangkat tangan dia dengan berhati-hati. "A-Awak mahu duit ke?"

Aku tertanya-tanya apakah jenis orang yang boleh bercakap di tengah-tengah situasi ini, tetapi yang mengejutkan, aku tahu dan sangat mengenal wajahnya.

"Yoo Sangah-ssi. Bukankah itu Ketua Jabatan Han bahagian pasukan kewangan?"

"...Betul."

Tidak diragukan lagi. Dia mempunyai kawan yang pangkat paling atas di dalam syarikat dan merupakan orang nombor satu bagi pendatang baru untuk dielakkan. Itu adalah Han Myungoh, ketua jabatan pasukan kewangan. Mengapa lelaki itu menaiki kereta api bawah tanah?

"Saya akan bagi kamu duit. Ambillah. Sila ambil perhatian bahawa saya adalah orang seperti ini." Ketua Jabatan Han mengeluarkan kad perniagaannya ketika orang-orang di sekitarnya menyambutnya dengan gembira. Ia adalah suasana penyelamat yang berjuang melawan pengganas.

"Awak mahukan berapa? Paling besar? Atau dua?"

Dia menawarkan sejumlah wang yang terlalu besar untuk seorang ketua jabatan bagi sebuah syarikat subsidiari. Terdapat khabar angin bahawa Han Myungoh adalah anak bongsu dari ketua syarikat gabungan dan kini aku fikir ia mungkin benar. Aku tidak dapat membawa cek sebanyak itu dalam dompetku.

[Hrmm, kamu bagi saya duit?]

"B-Betul! Wang tunai yang saya ada sekarang tidak banyak tetapi... saya boleh berikan kamu apa-apa saja jika kamu benarkan saya keluar dari sini."

[Wang, memang bagus. Serat tumbuhan yang dipersetujui ramai manusia.]

Riak wajah ketua jabatan itu menjadi cerah. Riak wajahnya betul-betul mengatakan bahawa 'Sesungguhnya, wang adalah segala-galanya'. Sungguh menyedihkan.

"Sekarang, ini sahaja yang saya ada-"

[Tetapi ia hanya boleh diguna pakai dalam masa dan ruang dunia anda sahaja.]

"Hah?"

Pada saat berikutnya, api muncul di udara, dan cek wang pada tangan ketua jabatan terbakar. Ketua Jabatan Han mengeluarkan jeritan mengejut.

[Kertas itu tidak mempunyai nilai dalam dunia makrokosmos kami. Jika anda melakukan perkara seperti ini sekali lagi, saya akan meletupkan kepala anda.]

"U-Uhhh..."

Ketakutan menyebar sekali lagi pada wajah orang ramai yang hadir. Ia adalah mudah untuk membaca apa yang mereka fikirkan kerana ia sama seperti novel.

「 Apa yang akan berlaku sekarang? 」

Hanya aku yang tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

[Fuh, masalah bertimbun-timbun muncul semasa anda bising. Baiklah, ya. Daripada menerangkannya seratus kali, bukankah lebih cepat untuk anda melakukannya dan membuat duit sendiri?]

Tanduk dokkaebi naik ke atas seperti antena, dan badannya terapung ke siling kereta api.

Seketika kemudian, satu mesej kedengaran.

[Saluran #BI-7623 dibuka.]

[Konstelasi² telah memasuki saluran.]

Tingkap kecil muncul di hadapan mata kosong semua orang.

[Senario utama telah tiba!]

-----------------------------------------

[Senario Utama #1 - Bukti Nilai]

Kategori: Utama

Tingkat Kesukaran: F

Syarat Penyelesaian: Bunuh satu atau lebih makhluk.

Had Masa: 30 minit

Pampasan Hadiah: 300 syiling

Jika Gagal: Kematian

-----------------------------------------

Dokkaebi itu tersenyum tipis apabila ia menjadi telus dan hilang ke ruangan seterusnya.

[Kalau begitu, selamat maju jaya ya semuanya. Tolong tunjukkan saya jalan cerita yang menarik.]

-----------------------------------------

Kosa kata:
[1] Dokkaebi adalah makhluk legenda dari cerita rakyat Korea, juga dikenali sebagai jembalang Korea.
[2] Konstelasi /suatu buruj / gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala dalam astronomi. Konstelasi terjadi apabila gugusan bintang tertentu disambungkan dengan garisan, maka corak tertentu akan terbentuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience