Bab 8 Dear

Romance Series 4957

Hari berganti hari majlis pertunangan antara zara hana dan Tengku ian faez bakal berlangsung. Pelamin mini dihias cantik dengan bunga bungaan segar gabungan warna putih dan soft pink. Semua persiapan dilakulan oleh daddy dan ketiga tiga abang zara. Zara pula tidak begitu ambil peduli.

Setelah pertemuan bersama faez 2 minggu yang lepas zara hanya menyibukkan dirinya dengan kerja. Di hospital juga dia tidak berjumpa mahupun terserempak dengan sosok bakal tunangnya itu.

Zara berdiri di hadapan meja solek. Dia hanya memandang kosong pantulan dirinya di hadapan cermin. Zara hanya mengenakan baju kurung moden berwarna pink cair, tudung bawal yang dililit kemas dan solekan tipis tetapi zara tetap kelihantan sangat cantik.

pintu bilik zara dibuka "hmm jauh anak daddy termenung ni"

zara berpaling memandang daddynya yang baru saja masuk ke dalam biliknya "hmm tak ada apa apa daddy"

"jom turun sayang, semua dah tunggu zara dekat bawah" kata daddy zara lembut sambil menatap wajah cantik anaknya.

dengan hati yang sangat berdebar debar zara turun ke bawah sambil menggengam erat tangan daddynya. Semua mata tertumpu pada zara yang kelihatan sangat cantik. sungguh cantik!

Dengan tertip zara duduk di atas pelamin dan dia hampiri oleh Puan sri azizah mama kepada Tengku ian faez. Tangannya dicapai lembut oleh wanita itu dan cincin pertunangan disarung cantik di jari manis zara hana.

"terima kasih sayang sebab terima anak mama. Zara cantik sangat hari ni" kata puan sri azizah sambil mencium dahi zara bakal menantu kesayangannya.

zara hanya senyum seadanya. Selesai upacara menyarung cincin kelibat faez kelihatan berjalan menuju ke pelamin setelah dipanggil oleh mamanya puan sri azizah.

Faez juga kelihatan sangat segak walaupun hanya mengenakan kurta moden berona soft pink dipadankan dengan seluar slek coklat cair . Kalau dah mukanya kacak maut pakai apa pon nampak segak!

zara dan faez menjadi tumpuan apabila mereka di arahkan untuk diambil gambar oleh jurugambar. walaupun telah bertunang jarak antara mereka masih dijaga. Setelah hampir 20 minit sesi bergambar semua tetamu bergerak ke khemah di perkarangan rumah untuk menjamu selera. kini tinggal faez dan zara yang masih berdiri kaku di hadapan pelamin. Mereka berdua berdiam diri tidak ada satu orang pon yang memulakan biacara

Zara yang dari tadi tertunduk malu tersentak apabila namanya di panggil oleh mak mah yang merupakan pembantu rumah di rumah agam tersebut

" zara sayang maaf mak mah gangu tapi telefon zara ni dari tadi tak berhenti berbunyi" kata mak mah sambil menghulurkan telefon tersebut

zara mengambil telefon yang dihulur oleh mak mah " terima kasih mak mah"

Telefon yang masih berbunyi terus zara angkat. Faez pula masih berdiri di sisi zara. Dia hanya memerhati zara yang sedang berbincang dengan mungkin rakan kerjanya. Terdengar zara memberi arahan tentang beberapa prosedur perubatan.

setelah zara menematkan panggilan tersebut faez terus bertanya
" why? did something happen at work?"

"hmm dr kumar sepatutnya on duty but dia ada hal kecemasan so tak cukup dr dekat wad sekarang" jelas zara.

Tampa sempat faez berkata apa apa zara bertanya
"can i go? i know it rude but you know my work.... ada banyak emergency case hari ni" zara serba salah sebenarnya hendak meninggalkan majlis, tetamu masih ramai sedang menjamu selera. Keluarga faez juga masih belum pulang.

" saya hantar, awak naik atas tukar baju then kita jumpa mama papa and daddy dulu" tutur faez

"saya boleh pegi sendiri" balas zara sambil tertunduk menekur lantai. Sungguh dia malu hendak menatap wajah sempurna tunangnya ituuu

" take it or leave it dear, if you dont allow me to send you then can't go.Today is our day you should know that" tegas faez.

Ah sebenarnya jantung faez rasa hampir terkeluar. Berlama lama dengan pujaan hatinya sungguh dia tidak kuat. Cantik sangat!

zara bungkam! panggilan dari faez "dear" membuat zara lemah lutut.

"give me 10 minutes, saya naik atas tukar baju dulu"

dengan langkah yang laju setelah siap menukar pakaian zara turun ke bawah. kelihatan faez masih menunggu zara di ruang tamu.

" awak jom" kata zara ringkas.

mereka jalan beriring keluar rumah dan menghampiri ibu bapa mereka

"daddy mama, papa zara minta maaf i have to go, ada emergency case dekat hospital i"m really sorry" kata zara serba salah

"tak ada doktor lain ke sayang ni kan majlis zara" kata daddy zara

"Doktor on duty tak masuk hari ni daddy, tak apa faez hantar zara" jelas faez. Kesihan pulak dia pada zara yang nampak sangat serba salah.

" Tak apa la faez, you two can go mama papa dengan daddy ada ni layan tetamu yang belum balik" pujuk mama faez sambil mengusap lembut kepala zara.

Zara dan faez berpamitan selepas mendapat kebenaran daripada orang tua mereka.

Di dalam kereta yang dipandu faez menuju ke hospital mereka hanya berdiam diri sehingga zara yang masih serba salah memulakan bicara " I'm really sorry"

"no worries just pay me with one date" tutur faez yang masih fokus memandu

" ha? one date?" balas zara keliru

" yes zara hana, bayar saya dengan satu date easy right? bila saya cakap jom you must be raady no work no other thing. Just a date between us, deal?"

"hmm alright" balas zara dengan berat hati. Ah manusia satu ini selalu buat hatinya dan otaknya berkerja tidak seiring. Dasarrrr!

faez memberhentikan kereta di perkarangan hospital. Sebelum turun dari kereta zara memandang sekilas ke wajah faez
" Terima kasih saya turun dulu"

" Dah habis kerja nanti come to my office" balas faez yang juga sedang menatap wajah cantik zara

" why? awak tak balik ke?" tanya zara

"nope" balas faez lagi ringkas

zara hanya mengangguk dan terus berlalu pergi. Dia terus berlari menuju ke wad untuk memulakan tugasnya.

Setelah hampir 5 jam bertugas zara akhirnya boleh pulang ke rumah. Ingat akan pesan faez untuk ke pejabatnya tampa membuang masa zara bergegas ke pejabat faez.

Pintu pejabat faez diketuk

"masuk" laung faez memberi kebenaran masuk

dengan perlahan pintu pejabat zara buka dan masuk " dah siap kerja semua?" tanya faez sebaik saja kelibat tunangnya masuk berdiri di hadapan meja kerjanya

"Yes, doktor amy come to cover absent doktor on duty. So i can go back home" jelas zara

faez mengangguk sambil tangan nya lincah menyelak helaian laporan yang perlu disemak

" give me 10 minutes sayang, i need to check this report first" kata faez

zara sudah tercengang. Sayang? dia cakap dengan siapa? aku ke? gumam zara dalam hati. Zara masih kaku di hadapan faez. Sunggu manusia sorang ini selalu membuat hati zara tidak keruan

"duduk dulu zara, tak penat ke berdiri lama lama?" kata faez lagi.

dengan langkah yang berat zara menuju ke sofa yang berhampiran meja kerja faez dan duduk menunggu di situ. sambil menunggu mata zara semakin memberat dek kerana terlalu penat bekerja dan akhirnya zara tertidur dengan posisi duduk bersandar dia sofa.

Faez yang leka dengan kerjanya berhenti serta merta apabila ternampak zara yang sedang pulas tidur di sofa. Ah muncul perasaan bersalah yang membuak buak melihat kesayangannya tidur kepenatan.

Ya kesayangan. Zara hana satu satunya perempuan yang telah mencuri hati faez. Pertama kali bertentang mata dengan gadis cantik ini di sekolah beberapa tahun yang lepas faez telah jatuh cinta pandang pertama.

Namun silapnya kerana tidak dapat melindungi zara hana dari nurin. Sungguh faez menyesal kerana tidak dapat melindungi zara dari terus disakiti oleh nurin. Akibatnya zara pergi menghilangkan diri.

Kini satu satunya wanita yang sangat faez cintai telah menjadi tunangnya. Walaupun faez belum mengungkapkan isi hatinya tetapi dia sungguh lega wanita itu kini tunangnya.
Zara hana cinta hatinya akan dijaga sebaik mungkin. Tidak akan dibiarkan zara disakiti oleh sesiapa lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience