Bab 1 YOU

Romance Series 4957

Zara hana gadis cantik lemah lembut dan hatinya sangat rapuh mudah tersentuh. Sangat pintar dalam pelajaran dan bercita cita untuk menjadi seorang doktor. Zara sekarang berada di kelas tingkatan 5 Sains tulen. Dia akan menduduki peperiksaan Spm pada tahun ini. Zara merupakan colan pelajar straight A+! Hebat!
Namun sosok yang terlihat sempurna itu sungguh rapuh dia kehilangan ibunya sejak berumur 3 tahun lagi akibat kemalangan jalan raya. Sejak dari itu dia dibesarkan oleh Daddynya Dato Halim.
Zara merupakan anak bongsu daripada 4 beradik. Zara mempunyai 3 org abang iaitu
Zareef hakim, Zafriel Hazim dan Zaqwan Haziq.

Gadis cantik itu menjadi perhatian mata - mata yang memandang. Namun begitu dia tidak pernah meninggi diri.

Bipp bippp!!!!
Bunyi pengera dari telefon bimbit Zara berbunyi. Dengan mata yang terkebil-kebil Zara mencapai telefon yang berada di meja kecil yang terletak di sisi katilnya.
Zara bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri, solat subuh dan bersiap untuk pergi ke sekolah.

"morning Daddy!"Sapa Zara yang sedang menuruni anak tangga menuju ke meja makan untuk sarapan pagi sebelum ke sekolah.

"morning Princess, come kita sarapan sama" kata daddy zara Dato halim. Mereka sarapan bersama- sama sebelum masing-masing memulakan hari yang panjang.

"Daddy hari ni Zara balik sekolah lambat sikit ya. Ada latihan sukan petang ni" kata zara

"ok dear hati hati" Dengan senyum yang sangat manis dipaparkan daddy Zara membalas.

Jam menunjukkan pukul 7.10 minit tepat Zara sudah sampai di sekolah. Sedang dia berjalan memasuki pagar sekolah dia melihat sosok yang sangat asing. Entah siapa dia tidak tahu dan tidak kenal. Namun sosok itu menjadi buah mulut perlajar pelajar yang sedang berjalan memasuki sekolah.

Mana tidaknya, sosok yang asing itu merupakan sorang pelajar lelaki yang sangat tampan! Hidungnya terletak elok, tinggi, rambut yang sangat kemas dan lesung pipit yang sangat menawan.

Zara terus berjalan tampa mahu berfikir tentang pelajar tersebut. Mungkin pelajar baru?

Suasana di dalam kelas sangat lah tenang mana tidaknya semua pelajar sangat fokus dengan kerja masing masing. Ada yang sedang membuat latihan dan yang sedang menulis nota. Senang cerita di kelas 5 Sains tulen hampir semua pelajar budak nerd! hidup mereka hanya buku buku dan buku.

" Good morning class, i would like to inform that everyone must be participated during sport day reherseal this everning yaa.. No excuse!" Kata Teacher Farha yang merupakan guru kelas 5 sains Tulen merangkap guru matapelajaran english.

" Alright miss Noted!" sahut pelajar 5 sains tulen.

Waktu persekolahan telah tamat namun kebanyakkan pelajar tidak terus pulang ke rumah. Mereka memilih untuk tunggu sehingga jam 4.00 untuk menjalani latihan sukan. Sementara berbaki beberapa jam sebelum latihan sukan bermula Zara bersama rakan baiknya Hanan berada di pusat sumber untuk mengulangkaji pelajaran.

" zara aku rasa kita patut rehat la minggu ni. kau tak rasa penat ke hari hari belajar tak rehat? Apa kata minggu ni kita rehat kita pergi jalan jalan ke?" kata hanan

" hmm boleh jugak aku pon rasa macam otak tak berapa nak berfungsi dah ni. Tengok buku pon rasa nak muntah" kata zara

Walaupun jam sudah menunjukkan kan pukul 4.00 petang namun cuaca sangat panas terik. Para pelajar sudah memulakan latihan sukan mengikut acara masing masing.

saat zara bersama hanan sedang memerhati kawasan padang mereka terlihat berlaku pergaduhan antara beberapa orang pelajar lelaki. Suasana sangat kecoh. Setelah beberapa minit pergaduh semakin tidak terkawal. Hafiz salah seorang yang terlibat dalam pergaduhan tersebut jatuh terduduk. Mukanya penuh lebam bibir dan hidung hafiz berdarah.

zara dan hanan bergegas ke kawan pergaduhan terjadi. Mereka merupakan ahli pbsm yang bertugas di padang. Zara dan hanan juga sangat hebat mereka bukan sahaja ahli pbsm biasa malah mereka mempunyai lesen dan sijil pertolongan cemas. Keadaan semakin tenang zara dgn pantas ingin merawat hafiz dan pelajar pelajar yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

lincah tangan zara memakai sarung tangan dan mengeluarkan beberapa ubat dari kotak kecemasan.

" kau kenapa hafiz bergaduh tiba tiba ni? spm dan nak dekat jangan buat hal boleh tak?" kata kata dengan suara yang agak meninggi sambil menyapu ubat ke dahi dan tepi bibir hafiz yang sudah luka luka.

hafiz merupakan ketua pengawas sekolah. Namun mereka tidak sama kelas. Hafiz berada di kelas prinsip perakaunan. Mereka rapat kerana pergi ke kelas tambahan yang sama.

" kau ingat aku gila ke nak bergaduh tak tentu pasal. Budak perasan bangus tu la yang mulakan. Aku cakap baik baik dia boleh pulak nak marah marah aku. memang silap orang la dia nak kurang ajar. Mood aku memang tak berapa baik ni ha mendapat la kau" jelas hafiz.

" bagus la ketua pengawas perangai macam samseng ya! Aik kejap sapa budak perasan bagus yang kau cakap ni?" tanya zara

" Ada lah budak baru kelas sains sosial. Apa entah nama dia tadi Tengku Ian Faez kot. A ah budak buru tapi tak beradap! Nasib bukan satu kelas dengan aku. kalau tidak mahu tonggang terbalik kelas aku jadinya !" terang hafiz dengan sebal.

mendengar penjelasan hafiz Zara terus berpaling melihat kesebelah sana. Terlihat sosok yang bernama Tenkgu Ian faez yang diceritakan hafiz tadi sedang duduk sambil mengelap darah di hidungnya.

"hmm kesian muka dan elok elok handsome sekali dan lebam lebam sana sini" gumam zara di dalam hati.

Pergaduh yang terjadi tadi mendapat perhatian dari guru disiplin dan guru besar. Kesemua pelajar yang terlibat termasuk hafiz teruk dimarahi oleh cikgu hasan yang merupakan guru disiplin.

Zara dan hanan berjalan menuju ke pagar sekolah. mereka hendak pulang ke rumaah setelah seharian berada di sekolah.

sampai saja di rumah Kelihatan dato halim sedang duduk di sofa di ruang tamu sedang membaca alquran. ialah waktu sudah hampir ke pukul 7.00 malam sebentar lagi waktu solat magrib akan tiba.

" Oh my little girl why you"re so late" tegur dato halim yang melihat zara baru pulang.

" sorry daddy tadi kan masa latihan sukan ada pelajar yang bergaduh teruk sangat. Jadi your beautiful ladyy ni jadi penyelamat la huh tak pasal pasal jadi doktor freee" jelas zara

" teruk ke sayang budak budak bergaduh tu? tanya daddy zara

" teruk juga la kalau dah darah tersembur muka lebam sana sini. eh daddy zara naik atas dulu la nak mandi kejap lagi kita solat sama sama ya daddy tunggu zara tau!" kata zara sambil berlari menuju ke tangga untuk naik ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience