Zara menghabiskan masa cutinya hari ini bersama hanan dan hafidz. Mereka berjalan jalan di sekitar mid valley shopping mall sambil membeli belah. Hanan dan hafidz la yang banyak membeli, mereka berdua banyak membeli barang hantaran perkahwinan. Ya Hanan dan Hafidz akan berkahwin tidak lama lagi. Sebagai kawan baik zara sangat bahagia untuk mereka berdua.
Penat berjalan membeli belah mereka singgah makan di sebuah restoren sushi yang merupakan makanan kegemaran zara. Mereka rancak berborak
" aku rasa kau kene cerita dengan aku sekarang zara" kata hafidz
"cerita apa pulak ni" kata zara hairan
" eleh ingat aku tak tahu ke si faez dah muncul balik?" hanan mencelah
"mana kau orang tahu ni?" zara gelabah. kalau boleh dia tidak mahu bercerita tentang faez. Sesak rasanya dadanya
"kami nampak kau keluar makan dengan dia, so mind to share with us?" jelas hafidz
"Terlalu banyak kebetulan" keluh zara
"kebetulan yang macam mana tu? " tanya hanan dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak
"first keluarga dia masuk meminag aku, second rupanya aku kerja dekat hospital milik keluarga dia and last aku tak tahu macam mana abang abang aku boleh rapat dengan faez" terang zara dengan keluhan dan entah keberapa kali.
Hanan dan hafidz hanya menganguk. Cerita zara tidak lah mengejutkan bagi mereka kerana mereka tahu sebesar mana pengaruh keluarga Tengku Ian Faez.
perbincangan tentang faez terhenti setakat itu. Hanan dan hafidz tidak mahu bertanya lebih lebih nanti pasti akan ada drama air mata. mereka cukup kenal dengan seorang zara hana. Air mata zara bukan murah tetapi hatinya yang cukup rapuh membuatkan zara sangat mudah mengalirkan air mata.
mereka menikmati hidangan dengan sungguh berselera. Zara paling teruja kerana dapat makan makanan kegemarannya. kembung pipi zara mengunyah makanan. comel betul!!!
Namun kegembiraan zara seumpama terhenti apabila sosok yang sungguh dia tidak mahu bertemu bertentang mata dengannya. Faez bersama wanita 50an masuk ke kedai tersebut. Zara yakin wanita tersebut merupakan ibu kepada faez.
Terkebil kebil zara apabila faez semakin menghampiri meja makannya.
" did you having lunch with your friends?" tanya faez yang sudah berdiri dihadapan zara
"y....es" jawab zara tergagap gagap
"zara aku dengan hanan ada urusan sikit kami gerak dulu you should continue your thing with faez" kata hafidz. Dia bukan sengaja hendak meninggalkan zara tapi zara mungkin perlu ruang sekarang ini.
" ya zara we need to go, awak faez kan? awak teman zara makan ye dia belum habis makan lagi tu" kata hanan sambil memandang fawz dan zara
"yes sure saya memamg nak jumpa zara so saya teman dia makan sekali la" balas faez.
zara sudah terkebil kebil melihat hafidz dan hanan yang bergegas mahu bangun.
"kami pergi dulu ya" pamit hanan sebelum memeluk zara dan menyalami tangan wanita tua yang bersama faez. Hafidz pula berjabat tangan dengan faez.
zara sangat malu namun dia gagahkan juga dirinya untuk menyapa wanita tua tersebut "jemput duduk aunty"
" eh apa pula panggil aunty ni zara sayang, panggil je mama, i'm faez mother zara bakal menantu mama so just call me mama" kata Puan sri Azizah sambil tersenyum manis terhadap hana.
Puan sri azizah memamang sudah mengenali Zara hana. Banyak gambar gambar zara yang dia sudah lihat menjadikan dia terus kenal dengan sosok wanita cantik yang berada dihadapannya sekrang walaupun baru pertama kali berjumpa zara hari ini.
Zara tertunduk malu. Mana tidaknya faez duduk dihadapannya manakala puan sri azizah berada di sisi faez. Dua beranak itu menatap zara dengan pandangan yang tidak dapat zara tafsirkan. Ah malunyaaa
"mama dan faez nak makan apa? order la zara tak tahu apa yang mama suka" mengigil badan zara memanggil puan sri azizah dengan panggilan mama.
" kami baru je lepas makan. Saya nampak awak kat sini sebab tu saya ajak mama masuk sini" jelas faez
" ya sayang, zara makan la mama dan faez tunggu zara ya. Lepas ni kita pegi beli cincin tunang ya sayang? faez dah bagitahu zara kan majlis tunang lagi 2 minggu?" lembut saja bicara mama faez
" ya mama faez ada bagitahu zara" kata zara sambil menghabiskan sedikit lagi makanannya.
selesai makan zara minta diri untuk membayar makanan " kejap saya nak settle bil" kata faez pada faez
"no need" laju faez menghalang zara dan dia terus berlalu ke kaunter untuk membuat bayaran. Zara tidak berpuas hati dia dan rakan rakannya yang makan tidak manis jika faez yang membayar.
Zara mengikut faez dari belakang. Sampai saja di kaunter faez sudah selesai membuat pembayaran " awak biar la saya bayar, saya dengan kawan kawan saya yang makan tadi" kata zara
" nak bergaduh pasal bayaran dekat sini ke zara hana?" faez cekak pinggang memandang zara
"ok fine" zara malas mahu membalas. Dia tahu dia akan kalah. Eeee sebal !
mereka bertiga berjalan memasuki ke sebuah kedai emas mewah untuk membeli cincin pertunangan. Belum pun sempat memilih puan sri azizah mendapat panggilan telefon
" faez, zara mama minta maaf i really need to go ada urgent kes dekat hospital you two pilih sendiri ya cincin tunang"
"mama balik hospital dengan siapa biar faez hantar la cincin lain kali pon boleh beli" kata faez. Tak kan hendak dibiarkan mamanya menaiki grab atau teksi sedangkan mereka datang bersama sama tadi.
"tak perlu hantar mama driver papa dah tunggu kat bawah. You two baik baik ya. Faez jangan nak marah marah zara. I know you temper son" puan sri azizah memberi amarah pada anaknya.
Selepas bersalam dengan zara dan faez, Puan sri azizah bergegas meninggalkan kedai emas tersebut. Kini hanya tinggal faez dan zara.
faez menghampiri zara " awak pilih nak design yang macam mana then show it to me"
"okay" balas zara.
tidak lama masa yang diambil zara akhirnya memilih sebentuk cincin berlian berbentuk bulan sabit yang tidak terlalu besar. Design yang simple tetapi sangat menarik perhatian zara
" awak saya nak yang ni, awak dh siap pilih ke awak punya" kata zara sambil menunjukkan cincin tersebut
"dah, sure nak yang tu?" tanya faez sambil meneliti cincin tersebut
"yes" ringkas balas zara
"okay then" faez meminta pekerja untuk membungkus cincin mereka dan membuat pembayaran.
mereka berjalan meninggalkan kedai tersebut. Zara tidak tahu kemana lagi faez hendak pergi. mereka hanya berpusing pusing tanpa arah tujuan.
"awak kejap saya nak tu?" kata kata zara membuat faez menghentikan langkahnya. zara sedang menunjuk kedai yang menjual air krim
tanpa menunggu faez zara bergegas beratur untuk membeli ais krim. Dia toleh ke belakang dan bertanya pada faez "awak nak tak?"
"one mocha ice cream for me" faez membalas sambil menghulurkan kad milik nya
"apa ni?" tanya zara dengan muka yang berkerut. Banyak duit sangat ke mamat ni sampai semua benda dia nak bayar. Zara bukan tak tahu itu kad untuk membuat pembayaran cuma zara geram! Dia pon ada duit lah!
" to pay the ice cream" balas faez ringkas sambil masih lagi menghulurkan kad tersebut.
"no need saya ada duit! Tak miskin pon setakat bayar air krim untuk kita" bidas zara. Puas hatinya dapat menghemburkan apa yang terbuku di hati.
mereka menikmati ais krim masing masing di meja kecil yang disediakan. Masing masing senyap sahaja sehingga faez mula berbicara
" tell me about yourself"
"haaa?" balas zara yang terpinga pinga
" cerita sikit dekat saya about yourself i want to know. Just about you. Tentang family awak tak perlu cerita saya dah tahu semuanya" jelas faez
" hmm zana hana, 23 years old, currenly on my first year working as a doctor at your hospital. Tadi tu hanan dan hafidz they is my bestfriend. I like to eat japanese food and i totally have zero tolarant toward anything spicy. i can baked but i dont cook. Tu je kot tak ada apa apa yang menarik" Ringkas zara menceritakan tentang dirinya. Namun tidak pulak zara bertanya tentang faez
" okay then. Dont you want to ask anything about me" tanya faez lagi
"awak saya dah penat jom balik" soalan faez dibiarkan begitu saja. Zara bergegas bangun hendak pulang. Sebennarnya dia tidak lah penat mana pon. hanya sekadar mencari alasan untuk mengelak. Dia masih belum bersedia mengetahui apa apa tentang faez.
Tentang lelaki itu zara yakin semuanya sempurna tapi satu iaitu nurin. Dimanakah gadis itu, apakah status hubungan mereka dan adakah zara selamat dan tidak akan diapa apakan oleh nurin? persoalan tersebut zara simpan di dalam hati sahaja. Untuk bertanya dia belum ada kekuatan.
Share this novel