Bab 9 Nurin

Romance Series 4957

Zara yang baru sedar dari lenanya terjaga kerana mendengar perbualan antara faez dan seorang wanita. Zara kakumelihat sosok wanita tersebut yang tanpa segan silu memeluk faez. Lagi zara bingung apabila tiada penolakkan dari faez

"baby where have you been? i miss you so much" kata wanita itu dengan suara gediknya

Namun faez diam tidak berkutik. Dia tidak membalas kata kata wanita tersebut. Zara yang sedari dirinya tidak diperlukan di sini perlahan lahan bangun dari duduknya dan di saat itu mata mereka bertembung.

Faez memandang zara dengan pandangan yang kosong manakala zara pula matanya sudah berkaca kaca menahan tangis.

"maaf saya keluar dulu" zara memberanikan dirinya untuk meminta diri. Dia sedih hatinya hancur dengan apa yang dilihat. Dia perlu keluar dari situasi ini.Dia tidak cukup kuat

Belum pun zara sempat melangkah sosok wanita yang memeluk faez sebentar tadi berpaling. Mencerlung mata wanita tersebut memangdang zara.

zara sangat terkejut. Dia.... nurin. Badan zara semakin bergetar sungguh ketakutan 6 tahun lepas kembali menjengah. Zara kaku di tempatnya. Tidak mampu kaki zara hendak melangkah. Hanya tertunduk menekur lantai sambil berzikir di dalam hati untuk menenangkan dirinya.

Sedang zara mengumpul kekuatan diri untuk menghadapi situasi ini tanpa amaran pipinya sakit ditampar kuat oleh nurin. Tubunya zara jatuh menyembah lantai akibat ditolak kuat oleh nurin

"kau memang tak serik serik lagi kan perempuan?!!!" begitu kuat amarah dan tempikan suara nurin

Faez pula? hanya berdiri kaku tanpa ada niat untuk membantu zara. Sama sangat sama situasi ini seperti beberapa tahun lepas. Walaubagaimana teruknya nurin memperlakukan zara tidak ada sesiapa yang akan melindungi zara saat ini. Faez hanya melihat zara disakiti nurin. Diam kaku umpama boneka yang tidak bernyawa.

Tidak kasihan kah faez pada zara? Tunangnya disakiti sebegitu rupa namun tiada pertolongan yang dihulurkan.

Air mata yang ditahan tahan akhirnya mengalir juga. Hancur sehancurnya zara rasakan pada masa dan detik ini.

"maafkan saya....." terketar ketar suara zara memohon maaf. Atas kesalahan apa dia meminta maaf zara juga tidak tahu. Itu saja yang mampu dikatakan

"Nampaknya amaran aku dulu belum cukup untuk kau faham kan zara? berapa kali aku nak cakap jangan dekat dengan faez!! he is my man!!" kuat tempikan nurin saat ini. Sungguh wanita itu tidak main main. Kemarahan nurin jelas terpancar di wajahnya.

"sa....ya...." terketar ketar zara hendak berbicara nampu tindakan nurin memijak tangan zara dengan sangat kuat bertubi tubi tanpa henti tanpa belas kasihan benar benar meruntun jiwa zara

"a....ahh sa......kit..... tolong berhenti sakit, maaf kan sayaaa tolong" teresak esak zara memohon ampun. Tangan zara begitu sakit dipijak bertubi tubi. Zara menangis teresak esak memohon keampunan walaupun tidak ada sikit pon salah yang zara lakukan.

nurin semakin menggila apabila tindakannya dihentikan oleh faez

"nurin stop!" tempik faez

"you diam" walaupun ditengah faez nurin semakin menggila. tubuh faez didirong dan nurin kembali menyerang zara.

bukan hanya tangan zara dipijak pijak berkali kali muka zara juga di tampar kiri dan kanan tanpa belas kasihan.

"jangan.... sakit tolonglah ber....henti" rayu zara. dia susah tidak mampu mempertahankan dirinya lagi sakit yang dialami kali ini lebih dasyat.

Darah mula keluar dari hidung zara. Tidak cukup dengan itu bibir zara juga pecah luka dan mengeluarkan darah. Namun amarah nurin masih belum reda dengan hayunan yang kuat dia menumbuk perut zara hingga zara terbaring.

"nurin you dah gila ke?" faez yang sedar bertapa teruk zara dikerjakan oleh nurin menarik nurin menjauhi zara.

"you yang gila!!! i dah cakap banyak kali jauhi perempuan ni tapi you degil. You siap bertunang lagi dengan dia! You jangan cabar I Tengku Ian Faez!!! I boleh buat lagi teruk daripada ni!!!' jerit nurin

Zara yang terkulai lemah di atas lantai perlahan lahan mengumpul kekuatan untuk bangun. Umpama ada bisikan yang meniupkan kekuatan pada dirinya mata zara yang dingin mencerlung memandang faez dan nurin. Dia merentap keluar cincin pertunangan dari jari manisnya dan dilempar ke muka faez.

" ambik balik sampah kau ni!!!" begitu kuat suara zara saat ini walaupun tubuhnya dalam keadaan selemah lemahnya.

Nurin dan Faez kaku. Terkejut dengan amarah zara hana

"kau berdua manusia yang paling hina paling keji aku pernah jumpa! Kau perempuan! tak pernah puas kau sakitkan aku. kau memang sial! Kau pulak jantan dayus!! Separuh mati aku betina ni kerjakan, kau boleh tengok je?!!! kau berdua memamg tak guna!!! aku benci kau" amaraah zara semakin tidak dapat dibendung. Sungguh hati zara hancur sehancurnya dan sekit sekatinya tubuhnya yang disakiti nurin.

ego faez mula tercabar. Dia tidak suka bahasa kasar yang digunakan zara. Sehingga dia menolak tepi segala kekasaran yang nurin lakukan terhadap zara. Amarahnya juga mencanak naik! Dia berdiri tepat di hadap zara

"kau cakap apa tadi?! dayus?!! Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa sekarang ni zara hana!" marah faez dengan muka yang sangat dingin.

"Aku sedar dengan siapa aku bercakap. Kejamnya kau jadi lelaki Tengku Ian Faez. Kalau kau tak anggap aku tunang pun aku ni manusia! Dia pukul aku depan mata kau tapi apa yang kau buat! aku siapa dia tu siapa?" kali ini tutur zara tidak sekuat amarahnya tadi tapi tuturnya penuh dengan kesedihan. Air matanya tidak berhenti mengalir. Hari ini merupakan hari dimana hati dan perasan hancur lebur.

"Dia isteri aku yang sah" tutur faez dengan riak yang cukup dingin. Muka faez ketat sedikitpun tiada riak bersalah.

Umpama batu besar yang menghempap dirinya zara mengundur sebaik sahaja mendengar kata kata dari faez. Nurin isterinya jadi aku ialah perampas. Aku telah merampas kebagiaan orang lain.Sepatutnya aku berkeras menolak pertunangan ini dari awal aku tapi aku juga tak kuat untuk menentang daddy dan abang abang aku... Rintih zara di dalam hati.

Dengan langkah yang lemah zara berlari keluar dari ruang pejabat faez. tidak dihiraukan tubuhnya yang maha hebat sakitnya. Sedang dia mengatur langkah kelibat abang zara menghampiri dirinya.

Ya tuhan aku hanya hambamu yang hidup di dunia ini untuk menjalani ujian dari mu. Namun aku hanya hambu mu yang lemah janganlah kau berikan aku ujian diluar kemampuan ku. Dengan langkah yang semakin lemah pandangan zara semakin kabur zara rebah di pangkuan abangnya.

"Puas hati you nurin!?" tempik faez

"no selagi perempuan tu tak pergi jauh dari you i tak akan puas! i isteri you!!!"

" I bertahan dengan you sebab anak kita saja nurin! Jangan ingat i akan tunduk dengan you lagi! semua urusan penceraian kita i dah uruskan dan i akan pastikan i akan dapat hak penjagaan anak i nurin!"

"try me Tengku Ian Faez! Kalau you berani nak teruskan penceraian kita jangan harap you dapat hak penjagaan anak i!"

Nurin bergegas keluar meninggaalkan pejabat faez. Amarahnya semakin tidak dapat dibendung. Lebih baik beredar daripada dia terus terusan bergaduh dengan faez. Dia juga tahu kemampuan tengku Ian Faez jika amarah faez tidak dapat dikawal nasibnya juga tidak akan baik.

sementara faez dia dalam ruanganya telah terduduk lemah. Dia menyaksikan bertapa teruk zara dikerjakan oleh nurin namun zara tidak dibantu. Dia buntu jika dia membantu zara nurin akan bertindak lebih ganas dan akan semakin sukar untuk mendapatkan hak penjagaan satu satunya anak mereka Tengku Arabella Arisya.

Ya faez telah berkawin dengan nurin diusia mereka 19 tahun. Namun bukan kerana kerelaannya. Perjanjian lama antara keluarga mereka menyebabkan faez bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Malah perkahwinan yang sepatutnya dijalankan pada usia mereka 25 tahun dipercepatkan kerana ulah nurin. Nurin yang merupakan anak yang sangat manja kerana menghidu bahawa faez suka kan zara sejak kali pertama masuk ke sekolah itu mendesak perkahwinan mereka dilangsungkan sebaik sahaja tamat spm.

Perkahwinan mereka selama beberapa tahun telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun. Namun nurin tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Anak mereka bella diabaikan. Nurin malah tertangkap mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Faez masih mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah sebagai penguat untuk mendapat hak penjagaan bella sekaligus menceraikaan nurin.

Air matanya menitis. Dia gagal sekali lagi melindungi Zara hana. Dengan matanya dia menyaksikan bertapa teruk zara disakit oleh nurin namun dia tidak berbuat apa apa.

bodoh bodoh kau bodoh faez!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience