"Aku terima nikahnya Zara Hana Binti Halim dengan mas kahwin sebanyak 3000 ringgit tunai" dengan tenang Tengku ian faez melafaskan akad.
Seakan mimpi tetapi ini adalah realiti. Air mata Zara gugur setelah mendengar dengan tenang Tengku ian faez melafaskan akad. Hari ini merupakan hari pernikahan zara hana dan tengku ian faez. Semuanya berlaku dengan terlalu pantas.
Keputusan faez untuk menikahi hana mendapat persetujuaan dari kedua belah keluarga. Zara tidak mampu menolak kerana rasa bersalahnya terhadap bella. Wajah polos anak kecil itu sentiasa bermain dalam kotak fikirannya. Jalan terakhir adalah dengan menerima pernikahan ini walaupun dia tahu faez bukanlah seperti dulu. Lelaki itu menyalahkan zara diatas kematian Nurin.
Wajah yang dulu memandang zara dengan penuh rasa cinta kita berubah dingin. Malah sepanjang persiapan perkahwinan mereka tiada langsung kemanisan yang terlihat. semuanya dingin tidak kata kata manis tiada memori indah untuk dikenang.
Lamunan zara terhenti apabila Faez telah berada di hadapannya.
" give me your hand, faster people is watching" tutur faez perlahan tetapi tetap dingin. wajah beku sebeku ais di kutub utara!
Perlahan lahan cincin disarung ke jari manis zara. Jantung tidak memberi kerjasama berdegup lajunya tak ada ampun! wajah zara bertukar merah mukanya mula berbahang dek kerana terlalu malu.
"what wrong with that face huh? merah betul" sapa faez setelah melihat perubahan muka zara. Zara masih kaku
"salam tangan suami tu zara" tegur abang sulung zara
teragak agak tangan faez dicapai dan dikucup penuh homat. setitis air mata zara menitis. sebak, dia tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa depan semuanya dia serahkan pada yg maha esa.
majlis yang serba ringkas diadakan sehingga ke sebelah malam. Tetamu semua sudah pulang manakala zara pula sudah siap menukar pakaian dan menyibukkan diri di dapur menolong pembantu rumah mengemas apa yg patut.
sedang dia leka membuat kerja tiba2 datang bella memeluk kakinya.
"mummy bella want milk please mummy" terkedip kedip mata anak kecil itu memandang mummy barunya
zara kaku! dari panggilan aunty sekelip mata bertukar ke panggilan mummy. Tiada riak kekoh yang bella tunjukkan. Sungguh anak kecil ini sangat polos menerima zara dalam hidupnya.
"emm susu bella tak ada kat sini. Mesti ada dalam kereta daddy. Daddy mana syg?" zara mendukung anak kecil itu sambil mencium pipi gebu bella
"daddy over there! duduk kat situ dengan atok" muncung sedepa bibir bella sambil jarinya menunjuk ke arah ruang tamu di mana daddy nya sedang ralit bersembang keluarga zara.
"okay let go ask daddy mana susu bella okay baby?"
Zara berjalan ke menuju ke ruang tamu sambil mendukung bella, anak kecil itu seperti biasa dirangkul leher zara erat seperti tidak mahu dilepaskan. Takut sangat kene tinggal! Sampai sahaja di ruang tamu dia semua yang berada di sana menoleh memandang zara
"amboi manjanya dia dgn zara" kata daddy zara. senyum manis dia melihat gelagat bella dan zara
zara menghampiri faez walaupun dadanya bagai hendak pecah sangat berdebar dia gagahkan juga untuk berbicara
" bella mintak susu, awak bawak ke tak susu dia? ada dalam kereta awak ke?"
"nope i lupa bawak, tunggu la kejap i pegi beli" jawab faez lalu terus dia melangkah keluar untuk membeli susu bella.
sambil menunggu faez zara membawa bella duduk di meja makan untuk di beri makan malam
"bella sit here mummy suap bella makan dulu ya"
"emm okay mummy kita nak makan apa mummy?"
"nasi dengan sup sayur and fried chicken! do you like it baby?"
"yeayy i love it mummy!!! that is my favourite food!" balas bella sambil menepuk nepuk tangannya.
sedikit nasi diletakkan di dalam pinggan bersama sesenduk sup sayur dan seketul ayam goreng. Dengan berhati hati zara menyuap bella makan. sesudu demi sesudu sungguh berselera bella makan.
sedang dua beranak itu leka di meja makan faez yang baru pulang menghampiri mereka
"anak daddy makan apa niii, sedapnya" satu ciuman dihadiahkan di pipi anaknya
"bella eat rice with vegetable soup and fried chicken daddy, mummy cook it so yummy! bella like it so much"
"awak nak makan?" tanya zara kepada faez yang sudah duduk disebelah bella
"daddy dengan abang abang you dah makan ke? i eat together with them "
" belum, daddy nak solat isyak dulu" jawab zara
"okay then i pon nak solat dulu" kata faez lalu bangun untuk naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidur
makan malam hari ini terasa sangat meriah dengan adanya ahli keluarga yang baru. walaupun faez dingin terhadap zara namun lelaki itu sangat ramah dan mesra dengan daddy dan abang abang zara. keletah comel bella juga tidak kurangnya apabila dia tidak habis2 memuji masakan zara. bella tetap duduk bersama sama di meja makan walaupun dia telah makan terlebih dahulu tadi.
"belle minum air kosong ni dulu syg, kejap lagi mummy buat susu"
" okay mummy"
"amboi dia tuuu apa mummy cakap semua dia ikut yeee" kata abang kedua zara.
"of course uncle ngah bella loves mummy so much okayyy!"
pecah tawa semua di meja makan dengan telatah bella.
selesai makan malam zara segera membawa bella naik ke bilik. Anak kecil itu sudah mengantuk. Sambil minum sebotol susu yang telah siap dibancuh zara menepuk lembut peha bella sambil membaca alunan zikir. Tidak menunggu lama anak kecil itu dijemput lena. Botol susu yang telah kosong zara ambil dan dibawa turun ke dapur untuk di basuh.
sambil dia leka membasuh botol susu milik bella, dia dihampir oleh faez
"can i get one cup of coffee please" pinta faez sambil menyandar dia pintu peti ais
"huh" zara kaku. berdua dua dengan faez di dapur pon sudah membuat dia lemah lutut
"i said i want a cup of coffee, can i?" faez jungkit kening melihat zara
"owh boleh, tunggu kejap"
Zara membancuh kopi seperti yang diminta oleh faez. Dengan kekuatan yang tersisa, debar yang maha hebat terkebil kebil zara menyudahkan kerjanya. Faez pula masih berdiri memeharti isterinya. Tak berkedip mata dia memandang zara. Zara yang sudah membuka tudung, baru sekarang rambut beralun zara dapat dilihat kerana sejak siang tadi hingga ke waktu makan malam zara masih memakai tudung di dalam rumah. Segan mungkin.
Cantik. itu satu perkataan yang mampu diungkapkan. Dengan atau tampa tudung zara sangat cantik. Rasa sayang faez pada zara dari dahulu tidak pernah pudar namun kerana ego yang menguasai diri menjadikan dirinya dingin.
"awak saya letak sini kopinya," tegur zara sekaligus mengejutkan faez dari lamunannya.
melihat zara yang berura ura mahu meninggal kan kawasan dapur membuat faez dengan pantas menghalang
" nak pergi mana hmm?"
"naik bilik bella sorang sorang kat atas" jawab zara perlahan
"owh so how about me?"
"huh?" zara terpinga pinga
" remember i'm your husband, sit down don't go anywhere selagi i tak izinkan" tegas dingin itu riak faez.
Tanpa membantah zara duduk di hadapan faez. menunggu faez menghabiskan air nya. Suasana sunyi sepi tiada sepatah kata pon yang keluar dari mereka berdua. Zara hanya tertunduk bermain dengan jari jemarinya.
menunggu faez menghabiskan secawan kopi membuag zara mengantuk. Seharian sibuk dengan majlis dan mengurus bella membuat zara sangat keletihan. Tidak menunggu lama zara tertidur dengan kepalanya melentuk elok di atas meja. Faez yang sejak tadi sibuk dengan telefon bimbitnya terkaku melihat isterinya sudah tertidur. Penat sangat gayanya tidur pun cantik!
Perlahan lahan tubuh zara, dicempung suaminya. Dengan langkah yang berhati hati faez naik ke bilik. Tubuh zara diletakkan dengan berhati hati di atas katil, bersebelahan dengan bella anaknya yang sudah lena tidur dia tengah tengah katil. Dahi zara dikucup lembut, kepala isterinya diusap penuh kasih. Salah satu cara faez menyalurkan rasa kasih dan sayangnya pada zara tanpa pengetahuan isterinya. Dia sangat menyayangi zara namun ego menguasai diri. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Hari yang panjang melabuhkan tirai faez juga naik ke atas katil dan tidur sambil memeluk bella anak kesayangannya yang berada di tengah tengah katil antara dia dan isterinya.
"good night, i love you wife" gumam faez perlahan.
Seruan azan membuat zara terjaga dari lenanya. Perlahan lahan matanga dibuka melihat sekeliling biliknya dan dua insan disebelahnya yang masih lena. Sejenak zara terfikir bagaimana dia boleh berada di dalam bilik sedangkan semalam dia berada di bawah menemani faez minum kopi. Malas hendak berlama lama berfikir zara bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat subuh.
keluar saja dari bilik air faez sudah tercegat di hadapan pintu
"kenapa tak kejut i?"
"saya.... " zara hilang kosa kata. Dia memang berniat mahu mengejutkan faez namum setelah dia selesai membersihkan diri. Tapi itulah mulut dia tak bagi kerjasama. Susah sangat nak bercakaap bila berhadapan dengan makhluk yang sorang ini!
" i ambik wuduk kejap, wait for me kita solat sama" melihat zara terkebil kebil dengan pertanyaan tadi faez terus masuk ke bilik air.
Salam diberi, selesai solat faez menadah tangan membaca doa ringkas diaminkan oleh zara. Selesai berdoa dia berpaling melihat isterinya tangan dihulur dan disambut zara. Dengan penuh hormat tangan faez dikucup lembut dan dengan segera zara mahu bangun namun tindakan zara yang semberono memakan diri apabila dia jatuh tersungkur akibat terpijak kain telekung.
"kenapa cuai sangat ni zara!" sedikit keras suara faez memarahi zara namun dengaan penuh cermat dia membantu zara bangun. Tanpa amaran tubuh zara di cempung dan di bawa ke sofa disudut bilik.
zara yang masih terkejut terkebil kebil memandang faez. Apabila dia telah diletakkan dia atas sofa segera zara membuka telekungnya. Faez duduk di sisi zara memerhati tingkah polos isterinya
Menatap satu sama lain dalam kesamaran bilik degup jantung kedua duanya berada di luar kawalaan. Faez memulakan bicara setelah lama berdiam diri
"you belum mula kerja kan?"
"hmm" jawab zara sepatah
"pack your things, kejap lagi balik rumah i"
tanpa membantah zara mengangukkan kepalanya tanda bersetuju
Share this novel