Ruangan yang menempatkan zara hana sungguh suram. Zara hana terbaring lemah di katil hospital. Dia masih tidak sedarkan diri setelah 5 jam mendapat rawatan. Kecederaan zara agak membimbangkan. Tulang dibahagian tapak tangan zara patah akibat dipijak dengan kuat oleh nurin.
wajah zara juga lebam di sana sini. Daddy dan abang abang zara masing masing terkejut dan sangat sedih melihat keadaan bidadari kesayangan mereka saat ini. Kerana kedegilan mereka memaksa zara bersetuju dengan pertunangan ini zara teruk dikerjakan oleh nurin.
Suasana hiba di dalam wad vip yang menempatkan zara dikejutkan dengan kehadiran faez.
"assalamualaikum" sapa faez sambil menatap kesemua wajah ahli keluarga zara
"kau buat apa datang sini faez" kata zareef abang sulung zara
"saya nak tengok keadaan zara" balas faez tanpa rasa takut sedikit pun. Dia tahu dia perlu berani untuk berhadapan dengan ahli keluarga zara terutamanya abang abang zara. Dia cukup tahu bagaimana abang abang zara menjaga dan menyayangi satu satunya adik perempuan mereka zara hana.
"kau balik sekarang sebelum aku tumbok muka kau. Baalik!" ucap zafriel abang kedua hana
"sudah along angah! adik tengah sakit tu jangan buat kecoh dekat sini. Faez tu tunang adik dia ada hak nak tahu keadaan adik" pintas Dato halim. Dia tidak suka anak anaknya bergaduh kerana dia tahu menghukum faez pada saat ini tidak akan dapat meyelesaikan apa apa masalah
Kesemua mereka diam setelah dato halim bersuara. Daddy mereka itu tidak suka ulang perkara sama berkali kali.
Perlahan lahan jari zara bergerak gerak. Matanya juga cuba dibuka perlahan lahan
"Da.....ddy...." bersusah payah zara cuba berbicara
"zara sayang ya daddy ni sayang" kata dato halim yang segera mendapatkan anaknya. Kepala zara diusap lembut dahi anaknya di cium lama menzahirkan rasa sayang dan cintanya.
zara menitiskan air mata " daddy...... zara sakit daddy, sakit sangat"
"ya sayang daddy tahu" pujuk dato halim. Tubuh zara dipelul erat cuba untuk menenangkan anaknya
zara yang sudah mula tengah mencerlung matanya melihat faez berada di dalam wadnya.
"zara tak nak tengok muka dia daddy, suruh dia keluar sekarang!" tempik zara
Semua seakan terkejut tidak pernah zara berkelakuan seperti ni. Gadis suci ni bukan sosok yang pemarah namun sekarang hanya kebencian dan kemarahan yang teramat dalam terpancar pada wajah suci ini.
"baik saya keluar dulu nanti saya datang semula jaga diri sayang" tutur faez
"sayang kepala otak kau! keluar!" sungguh kemarahan zara tidak dapat dibendung lagi. Tiada lagi zara yang polos dan lemah lembut. Kejahatan yang zara terima menjadikan amarah dalam dirinya tidak dapat dibendung lagi.
2 tahun kemudian
setelah hampir 2 tahun berkerja sebagai seorang dr di melbourne, zara membuat keputusan untuk pulang ke tanah air. Kesihatan dato halim tidak begitu baik. walaupun berat hati zara untuk pulang tetapi demi daddynya zara cekalkan diri untuk pulang ke tempat yang memberi luka paling dalam di dalam hatinya.
2 tahun dia berada di melbourne tanpa ada sesiapa pun disisi. Cuma sekali sekali abang abang dan daddy zara akan ke sana untuk melepas rindu. Bukan niat asal zara untuk pergi sejauh itu namun berada di bumi malaysia lagi lagi bekerja di hospital keluarga faez sungguh menggangu ketenteraman jiwa zara. Dia hospital dia sering mengelak dari berjumpa dengan faez dan akhirnya zara membuat keputusan untuk berhijrah ke bumi melbourne.
setibanya di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur zara di sambut oleh hanan dan hafidz.
"zaraaaaaa!!!" jerit hana dengan sangat riang. sungguh hanan rindu terhadap kawan baiknya itu.
"haih apa jerit jerit ni hanan malu la orang tengok" kata zara sambil berpelukan dengan hanan. sungguh zara juga sangat rindukan hanan.
"Dah jom kita balik tak kuasa aku lama lama dekat sini layan buat drama kau orang berdua" celah hafidz.
sedang berjalan ke tempat letak kereta zara hampir dilanggar oleh sebuah kereta namun dia diselamatkan oleh seorang wanita. Kerana ingin menyelamatkan zara wanita tersebut terpelanting jauh dan jatuh tersembah di jalan.
zara bergegas mendapatkan wanita tersebut. Sungguh zara terkejut wanita tersebut ialah nurin!!!!! Orang ramai mula mengerumuni zara yang sedang memangku nurin.
zara cuba untuk membantu nurin tetapi dia seakan kaku. Darah tidak henti keluar dari mulut nurin
"call ambulans now hanan faster!" arah zara
tangan nurin zara gengam
"stay with me nurin don't close your eye!" zara berada di sisi nurin. Memeluk erat tubuh nurin yang bergetar berlumuran darah.
Ambulance tiba, zara segera membantu untuk membawa nurin ke hospital. setibanya dihospital nurin terus ditolak ke bahagian kecemasan.
Mereka kini berada di hospital milik keluarga faez. Seperti biasa di bahagian kecemasan kekurangan doktor masih sama seperti dulu. Tiada doktor yang datang untuk merawat nurin hanya beberapa orang jururawat sahaja bertungkus lumus memberikaan rawatan kecemasan.
Tiba tiba seorang jururawat menjerit
"call the doctor noww! faster the patient hearbeat is getting weaker!"
tanpa menunggu lama zara bergegas menghampiri katil nurin. walaupun dia bukan lagi doktor di hospital ini namun jika dia lambat bertindak nyawa nurin dalam bahaya.
"200 carge!"
"one more time!"
"200 carge!"
menggunakan ecg tidak berkesan. Degupan jantung nurin masih tidak kembaali. Zara naik ke katil memberi tekanan pada dada nurin berkali namun masih tidak berhasil. Akhirnya zara dan beberapa orang jururawat akur. Nurin tidak dapat diselamatkan
"3.40 pm waktu malaysia pesakit meninggal dunia" tutur zara dengan linangan air mata. Sungguh tidak zara percaya nurin sosok yang selalu menyakitinya tewas kerana ingat menyelamatkan nyawanya hari ini
zara kaku di situ. menatap tubuh nurin yang berlumuran darah. Tidak lama kemudian kelihatan ahli keluarga faez dan datang menyerbu katil yang masih menempatkan mayat nurin.
faez berjalan mengampiri zara sambil mendukung seorang kanak kanak perempuaan
" what happen?" soal faez dengan muka yang dingin
" i'm sorry we lost her. She lost lof of bloods and the heart rate stop suddently. we tried our best but we still can't save her" jelas zara tanpa menatap muka faez.
"daddy is that mummy?" kata kanak kanak yang berada dalam dukungan faez sambil menunjuk ke araah katil nurin
"yes baby that mummy" jawab faez dengan linangaan air mata memeluk tubuh anaknya.
"daddy dont cry mummy is sleeping daddy shu...shu..." kata kata kanak kanak tersebut membuat zara juga berlinangan air mata. Sungguh anak kecil itu tidak mengerti apa yang terjadi pada waktu ini.
"maaf kan aunty sayang. sebab aunty mummy awak pergi" lirih zara di dalam hati. Sungguh zara rasa sangat berdosa dengan anak kecil itu. Kerana dia anak kecil itu kehilangan ibunya. Ya allah kau ampunkan lah dosa ku ini. Sungguh aku tidak berniat menjadi penyebab anak kecil ini kehilangan ibunya.
jenazah nurin selamat dikebumikan. Suasana pilu sepanjang proses pengkebumian berjalan.
Tengku arabella arisya meronta ronta dalam pelukan faez kerana tidak mahu mendekati pusara nurin walaupun telah dipujuk oleh ahli keluarganya. Sayu hati zara melihat anak kecil itu menangis. Anak kecil itu mungkin sudah mula faham atau takut.
Anak kecil itu menangis dan berlari keluar dari pelukan faez sehingga jatuh tersembam di tanah. laju zara mendapatkan bella
"baby girl dont cry come let me help you" kata zara sambil membantu bella bangun
"aunty ni shiapaa?" tanya bella polos. Terkebil kebil dia memandang zara
"aunty kawan mummy you, come ikut aunty kita doa dekat mumny you ya?" pujuk zara
"why kita kene doa dekat mummy aunty? mummy bella sleep dekat situ whyy?"
"your mummy is going to heaven so we need to doa banyak banyak untuk mummy okay? come with me, you're good girl kan?" zara masih memujuk
" okay aunty, bella want to pray for mummy" bella terus mendepakan tangan minta didukung oleh zara.
dengan senang hati zara mendukung tubuh gebu kanak kanak tersebut. membawa bella mendekati pusara nurin dan mengajar anak itu membaca doa ringkas. Didakap erat tubuh anak kecil itu dengan linangan air mata.
seluruh ahli keluarga yang menyaksikan perlakuan zara dan bella sebak air mata masing masing berlinangan.
rupanya Nurin hanya mempunyai seorang abang kerana kedua ibu bapanya telah meninggal dunia setahun yang lepas. Jadi segala proses pengkebumian nurin banyak dibantu oleh keluarga faez.
zara memimpin tangan bella dan menghantar bella kepada faez yang menunggu ni kereta.
"baby girl ikut daddy you balik ya, aunty kene pergi ni" kata zara lalu mengucup pipi dan dahi bella
"why aunty kene pergi? mummy dah sleep kat sana siapa nak jaga bella?" mata bella sudah berkaca kaca hendak menangis
zara kehilangan kata kata. Berlama lama dengan faez sungguh bukan cadangan yang baik namun anak kecil ini tidak mahu lepaskannya.
"baby girl sorry aunty need to go baby girl ikut daddy ya" erat tubuh bella dipeluk zara
"no bella want to sleep with aunty pwleashh aunty don't leave me" bell sudah menangis teresak esak.
"just come with us, bella dah tidur nanti saya hantar awak balik" celah faez.
"my car...... how?" tanya zara
"give me your key i ask papa driver to drive your car" ucap faez dengan muka yang dingin
"bella let go, get in the car with aunty" arah faez
zara medukung bella dan masuk ke dalam kereta. Zara duduk di bahagian hadapan dengan bella yang sudah duduk terlentok di ribanya
Share this novel