Hari ini kelas 5 sains tulen dikejutkan dengan kedatangan Tengku Ian Faez. Setahu mereka Tengku Ian Faez sepatutnya berada di kelas 5 sains sosial tetapi mereka di beritahu mulai hari ini Faez akan berpindah ke kelas ini.
" attention students he is tengku ian faez. from now on he will change to our class. Please give faez a warm welcome" jelas teacher farha.
" faez you may sit at the back" arah teacher kepada faez. Dengan langkah yang gah muka yang dingin faez menuju ke meja kosong di belakang.
Zara yang hanya memerhatikan faez seakan akan terpana. ini kali pertama dia melihat wajah faez sedekat itu. selama ini dia hanya melihat dari jauh.
faez yang sedar dirinya diperhatikan oleh zara hanya beriak biasa. Tidak bermanis muka hanya riak dingin yang dipaparkan.
Hari hari berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar sudah hampir seminggu faez berada dia kelas 5 sains tulen. Hari ini pelajar kelas tersebut perlu menghantar buku nota sejarah. Zara diamanahkan untuk mengumpulkan. kesemua buku nota pelajar kelas 5 Sains tulen.
setelah puas mengira terdapat satu buku yang kurang. Zara mendapati faez tidaak menghantar bukunya. Dengan berat hati zara melangkah menuju ke meja faez. Zara berasa sedikit gugup dia tidak pernah bercakap sekali pon dengan faez sepanjang seminggu faez berada di kelas ini.
" awak buku nota sejarah awak mana? saya nak kumpul nak hantar dekat bilik guru ni" tutur zara dengan debaran yang cukup hebat.
"Ya tuhan kenapa sekuat ini debaran yang aku rasa" kata zara di dalam hati.
faez memandang zara dengan muka yang sangat tegang.
" Bagi aku 5 minit aku nak semak dulu nota aku ni" kata faez.
sekali lagi zara hampir rebah. lemah lutunya mendengar suara dingin faez. Hebat sungguh penangan Tengku ian faez dengan hanya beberapa patah perkataan yang keluar dari mulutnya mampu membuat zara lemah lutut!
zara berdiri tidak berganjak dia hadapan faez. Dia menunggu faez menyemak notanya sebelum diberikan kepada zara.
" nah. kau pegang buku aku tu elok elok sikit ye. Ada koyak atau kotor sikit pon tahu la apa nasib kau! Aku cukup pantang barang aku tak sempurna" faez berkata sambil memandang tepat ke muka zara.
kata kata faez umpama angin yang berlalu. sedikit pon tidak zara peduli. Bagi zara cukup dia menjalankan tugas dengan baik tanpa perlu bertekak dengan faez. Lagi pula zara tidak akan punya kekuatan untuk bersuara apatah lagi berlama lama di hadapan baik. huh Aura dia lain macam!
zara berlalu meninggalkan meja faez. langkah diatur terus menuju ke bilik guru.
Hari yang panjang di sekolah akhirnya tamat. Dengan langkah yang lemah zara berjalan menuju ke pagar utama sekolah, zara berasa tidak sedap badan, tekaknya agak sakit matanya membahang panas mungkin zara hendak demam.
sedang zara perlahan lahan berjalan tiba tiba dia tolak oleh seoarang pelajar perempuan. Nurin menolak zara dengan kasar sehingga zara jatuh tersembam di jalan. tangan zara berdarah akibat geseran yang berlaku.
" woi perempuan aku tak peduli kau budak paling pandai atau paling cantik kat sekolah ni. Tapi aku nak bagi amaran jangan dekat dengan faez! Aku tak suka!" tempik nurin dengan wajah yang tegang
" Apa awak merepek ni? bila masa pulak saya dekat dengan faez?" terkebil kebil mata zara memandang nurin
" Aku tak buta lagi!!!!" dengan amarah yang menggunung nurin bertindak memijak tangan zara yang masih berada di atas jalan tar.
zara meringis kesakitan. Sungguh sakit tangannya saaat ini. Dalam hati zara hanya mampu berdoa supaya nurin berhenti memijak tangannya.
" hoi kau buat apa tu ha! " tempik hafiz yang melihat kejadian yang baru berlaku di depan matanya.
nurin umpama baru tersedar dari amarah dan kelakuannya. Dia segera meninggalkan zara di situ.
hafiz berlari mendapatkan zara. wajah zara yang lencun dengan air mata di pandang cemas.
" kenapa ni zara? kenapa nurin buat kau macam ni? kenapa kau tak balas? kau gila ke tanggung sakit macam ni!" bertubi tubi soalan hafiz ajukan sambil membanti zara bangun. Sakit hatinya melihat keadaan zara yang agak teruk.
" let me know now why did nurin do this to you zara!" hafiz masih tidak berpuas hati
" Aku tak tahu. Tapi tadi nurin cakap dia tak suka aku dekat dengan faez. tapi aku tak pernah dekat dengan faez pon. Bercakap pon baru sekali tadi itupun sebab nak kutip buku nota sejarah" terang zara sambil teresak esak menangis. sungguh dia sedih dan sangat sakit.
"kurang ajar dasar jantan tak guna. ni mesti nurin ada apa apa dengan faez ni. kalau tak kenapa dia nak serang kau! yang faez pon tak reti nak jaga awek sendiri ke. Bodoh!" Dengan amarah yang menggunung hafiz meninggalkaan zara dia situ dan meluru ke kedalam sekolah semula.
Dengan kudrat yang ada zara mengejar hafiz namum dia sudah terlambat apabila pergaduhan telah tercetus. Hafiz dan faez bertumbuk bagai tiada hari esok.
kepala zara pusing dan akhirnya dunianya gelap. Zara jatuh pengsan tidak sedarkan diri.
Dengan perlahaan lahan zara membuka matanya. Keadaan dalam bilik yang sungguh asing ini menyedarkan zara bahawa bukan berada di biliknya. Terlihat sosok dato halim dan ketiga abang zara yang berada di sisi zara.
" za....ra... haus.... nak air...." kata zara dengan lemah.
Dengan pantas abang zara, Zafriel bangun menuang sedikit air kedalam cawan dan membantu zara bangun untuk minum.
" Adik kene banyak rehat abang tak tahu macam mana boleh kene tapi doktor cakap adik demam panas sangat tekanan darah adik pon rendah sangat" jelas zafriel sambil mengusap kepala adiknya.
zara hanya mendiamkan diri. Dalam masa yang sama terkebil kebil mata zara memandang keempat empat heronya. semuanya berwajah tegang. Belum sempat zara berkata apa apa abang sulung nya zareef berkata
" macam mana tangan adik boleh jadi mcm tu? teruk tu kesan kene pijak doktor cakap. tell me who did this horibble things to you!" Zareef sangat marah dan risau tentang adiknya.
zara hanya mendiamkan diri. Tidak mampu dia berkata apa apa.
ya tuhan sungguh aku tidak kuat. Adakah dengan hanya dengan bercakap dengan faez aku layak diperlakukan seperti ini. Bantu aku ya allah. Sungguh aku tidak mahu mencari masalah dengan siapa siapa. Aku hanya ingin menamatkan zaman persekolahan dengan baik tanpa sebarang masalah. bisik zara di dalam hati. Air matanya tidak henti henti mengalir.
Dato halim dan abang abaangnya hanya berdiam tidak berkutik. Mereka faham benar dengan sifat satu satunya puteri dalam keluarga ini. Hati zara cukup lembut rapuh kesedihan yang terpancar di wajah zara sungguh tidak dapat digambarkan.
" zara rehat dulu sayang. daddy balik dulu kalau zara nak apa apa bgitahu dekat abang ya" kata dato halim. Dahi zara dikucup hangat dan lama. Dalam hatinya dia berdoa semoga kesedihan zara dapat dihilangkan semoga hati anaknya yang rapuh itu tidak jauh terluka.
sungguh zara adalah nyawanya dato halim.....
Share this novel