pagi yang tidak bersinar

Drama Series 57

Matahari mula terbit.
Hari baharu menyinari tanah Gaza,
tapi cahaya itu tidak membawa damai… hanya jeda yang sementara.
Dentuman mungkin tiada pagi ini,
namun semua tahu ia hanya soal masa.

Dr. Hana melangkah masuk ke bilik pesakit,
menyemak satu demi satu memastikan semuanya stabil.
Namun langkahnya terhenti,
saat dia mendengar khabar yang menyentap jiwanya.

Harith koma.

Lidahnya kelu.
Hatinya terasa seperti ditikam dalam diam.
Kakinya tidak mampu bergerak seketika.

Namun dia tak membuang masa.
Dia terus berjalan menuju ke bilik 3
bilik yang terlalu banyak menyimpan debar dan harapan.

Setiap langkah semakin berat.
Semakin hampir dengan katil itu,
semakin terasa peritnya kenyataan.

Dan di situ,
Harith… ditidurkan, tubuhnya kaku,
bernafas hanya dengan bantuan mesin,
namun hatinya… masih di situ. Bersama Hana.

Hana menatap wajah lelaki yang dia cintai separuh mati.
Terbaring kaku di atas katil tubuh itu dulu pelindungnya, kini tidak lagi bergerak.

Hatinya terasa sangat perit.
Sebak yang dipendam akhirnya pecah.
Air matanya mengalir tanpa henti… bukan kerana lemah,
tetapi kerana terlalu rindu.

Dengan tangan yang perlahan, dia menggenggam jemari Harith.
Hangatnya masih ada…
dan itu sudah cukup untuk dia bertahan.

Sudah lama dia tidak melihat wajah itu,
sudah lama dia tidak menyentuh insan yang pernah menjadi pelengkap hidupnya.
Dan kini,
lelaki itu kembali walau tidak sedar,
tetap kembali ke sisi seorang isteri yang tidak pernah berhenti menunggu.

"Suamiku… Harith Rauf bin Sulaiman" bisik Hana perlahan.
Nama itu disebut dengan penuh cinta dan luka yang terpendam.
Mereka pernah dimiliki waktu,
tapi perang memisahkan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience