Matanya tertumpu pada seorang gadis kecil yang sedang bersandar di dinding hospital, tubuhnya bergetar menahan tangisan yang bukan biasa, tapi tangisan penuh luka dan kehilangan.
Dr. Hana Najwa perlahan-lahan menghampirinya. Langkahnya lembut, suara hatinya sudah mula terasa sebak.
Dia berdiri di hadapan gadis itu, menunduk sedikit supaya mereka bertentang mata.
“Wahai gadis kecil…”
Suara Hana Najwa bergetar halus,
“…kenapa kamu bersendirian dan menangis di sini?”
Gadis kecil itu perlahan-lahan mendongak ke arah Hana Najwa. Tubuhnya gementar, wajahnya penuh debu dan luka kecil yang belum sempat dirawat. Tapi bukan itu yang menyakitkan mata gadis itu menyimpan kesedihan yang terlalu dalam untuk usia sekecil itu.
Air matanya terus mengalir, bibirnya terbuka tapi tiada suara yang keluar seolah-olah dunia di dalam dirinya telah sunyi sepenuhnya.
Akhirnya, dengan suara yang lemah dan bergetar, dia bersuara perlahan
“Ayah saya… baru sahaja meninggal dunia… saya tiada siapa-siapa selain dia.”
Hana Najwa terduduk di hadapan gadis itu. Hatinya meruntuh.
Dia tahu rasa kehilangan dan dia tahu, tiada apa yang lebih sunyi daripada hidup tanpa pelindung dalam dunia yang sedang terbakar oleh kezaliman.
“Maafkan dunia ini, sayang…” bisik hatinya, sambil mengusap rambut gadis kecil itu perlahan.
Share this novel