sebelum dunia runtuh

Drama Series 57

Sebelum Gaza dipenuhi abu dan derita,
sebelum hospital menjadi rumah cinta dan kehilangan,
mereka pernah bahagia.

Harith dan Hana bukan sekadar dua nama
mereka adalah sepasang suami isteri yang membina hidup dari senyuman kecil dan cita-cita besar.
Mereka pernah berjalan bersama di pasar lama Gaza,
tertawa dengan roti bakar panas dan baju yang dijemur di tepi jalan.

Rumah kecil mereka penuh buku dan doa.
Harith sering mencium dahi Hana sebelum keluar bertugas.
Dan Hana akan menanti setiap azan,
berharap lelaki itu kembali.

Tapi perang merampas segalanya.

Mereka terpisah akibat perang.
Dan sejak hari itu, tanah Gaza terus berdarah.
Tangisan kesakitan bergema di setiap penjuru,
namun dunia… hanya diam.
Melihat saudara kami diseksa dan dibunuh tanpa belas,
seolah-olah nyawa kami tiada nilai.

Dr. Hana terpaksa meneruskan hidup
tanpa pelindungnya, tanpa pelukan yang pernah menjadi tempat dia berlindung.

Harith bukan sekadar suami,
dia adalah bahunya yang menenangkan,
doanya yang menenangkan jiwa.

Namun semuanya hilang sekelip mata.
Dan Hana… tetap berdiri,
kerana tanggungjawabnya lebih besar dari air mata.

Dia perlu terus menyelamatkan nyawa,
meskipun hatinya sendiri tidak pernah benar-benar sembuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience