Selepas kematian ayahnya, Calysta tidak lagi dianggap anak — malah dilayan seperti hamba oleh ibu tiri dan dua adik tiri yang kejam. Rumah itu bukan lagi tempat berteduh, tapi penjara tanpa jeriji. Lebih menyakitkan, dia hampir dijual sebagai 'isteri kontrak' kepada seorang lelaki kaya yang terlibat dengan sindiket gelap, atas rancangan ibunya sendiri.
Trauma itu menghantui hidupnya. Calysta menjadi seorang yang sukar percaya pada lelaki. Parut emosi dan fizikal yang ditinggalkan menjadikannya dingin dan tertutup. Namun, jauh di sudut hati, dia menyimpan bukti dan tekad untuk membalas semua kejahatan yang dilakukan terhadapnya.
Dalam satu lagi cubaan melarikan diri, dia terserempak dengan seorang lelaki bernama Darian — seorang CEO muda yang memiliki personaliti bercampur antara ‘red flag’ dan ‘green flag’. Misteri, tenang, tetapi penuh rahsia. Tanpa mengetahui latar belakang masing-masing, pertemuan itu mencetuskan konflik batin dalam diri Calysta.
Darian bukan lelaki biasa. Dia memerhati, mengatur, dan menyimpan niat yang hanya dia sendiri tahu. Apakah pertolongan Darian ikhlas, atau ada agenda tersembunyi?
Dan di sebalik semua itu, muncul pula Aydan — lelaki samseng dari masa silam yang pernah menyelamatkan Calysta dari dijual, dan kini kembali, menuntut sesuatu yang belum selesai.
Di antara cinta yang membingungkan, kepercayaan yang retak, dan bayangan masa silam yang menghantui — Calysta harus memilih: terus menjadi mangsa... atau menjadi bunga yang berani menggenggam duri demi membebaskan diri.
Share this novel