Hatinya tidak berhenti beristighfar dan berdoa, agar dimudahkan urusannya dalam merawat sosok tubuh yang paling dia kasihi.
Air matanya cuba ditahan sekuat hati, namun gugur juga akhirnya. Tangannya bergetar setiap pergerakan terasa berat, namun demi lelaki itu… dia cuba berdiri sekuat yang mungkin.
Lelaki yang dia cinta separuh mati…
Kini terbaring, separuh nyawa.
Langit di luar menjadi saksi
antara hidup dan mati, antara harapan dan kehilangan.
Dia hanya mampu cuba yang terbaik…
dan selebihnya, dia serahkan kepada Tuhan.
Di dalam hatinya, istighfar dan doa untuk lelaki itu tidak pernah terputus mengalir seperti nafasnya yang satu-satu, perlahan… dan penuh debar.
Setiap bunyi deru mesin, langkah kaki jururawat, dan detik jam membuatkan jiwanya semakin resah.
Segalanya terasa berat. Nafasnya turun naik dalam debar.
Dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada lelaki itu.
Tidak ada dunia lain.
Hanya sosok yang sedang terbaring, separuh nyawa di atas tilam hospital.
Dan saat matanya menatap luka dan darah itu,
air matanya gugur jua
bukan kerana kelemahan,
tetapi kerana terlalu menyayangi.
Share this novel