Tiktik perjumpaan

Drama Series 57

Malam itu, Gaza tidak tidur.
Langit terbakar dengan suara besi dan debu.
Di koridor hospital yang sempit dan berselirat dengan wayar,
Dr. Hana berlari bukan kerana panik,
tetapi kerana jiwanya tahu, malam ini tidak biasa.

“Kes baru masuk! Lelaki, luka tembakan di dada dan peha!”
Jeritan jururawat menyentak langkahnya.

Saat tandu meluncur melewati matanya,
segala yang pernah dia kubur dalam hati,
terangkat kembali seperti debu selepas letupan.

Itu... Harith.
Wajah yang pernah dia lihat penuh cahaya perjuangan,
kini dibasahi darah dan dikelilingi kesakitan.

Dia berdiri kaku seketika.
Antara profesional seorang doktor, dan luka seorang wanita.

"Masuk dia ke bilik 3. Cepat!"

Dan malam itu, tangan yang dulu berjanji tak akan dilepaskan,
kini kembali di bawah cahaya putih yang menyakitkan mata
di ambang hidup dan mati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience