Suasana di bilik persalinan selepas perlawanan riuh dengan suara pemain yang bersorak kegembiraan, air mineral disembur merata-rata meraikan kegembiraan yang nyata bukan mudah untuk diraih. Johan dan Zariq masuk ke bilik persalinan, wajah mereka memaparkan perasaan puas dengan kemenangan itu.
“Kamu semua layak untuk meraikan kemenangan ini,” kata Johan, suaranya mengatasi sorakan pemain-pemainnya. “Tapi ingat, perjalanan kita belum tamat. Kita sudah layak ke pusingan play-off dan kita kena teruskan usaha untuk untuk capai impian kita naik ke liga utama buat pertama sekali dalam sejarah kelab kita!”
Amirul, yang sedang memegang bendera Elma FC, bersorak bersama rakan-rakannya. Dia tahu mereka baru sahaja mencipta sejarah untuk kelab ini. Dia juga sedar cabaran sebenar masih menanti mereka. Andai mereka menang pusingan play-off ini, impian untuk naik ke liga utama buat kali pertama dalam sejarah akan menjadi pencapaian terbesar Elma FC.
Namun, semua itu tidak akan dihadapi dengan mudah kerana di pusingan play-off nanti mereka semestinya akan bertemu dengan pasukan-pasukan kuat dalam liga.
Johan dan Zariq duduk di meja bersama staf pengurusan di pejabat selepas perlawanan itu. Mereka mula berbincang tentang cabaran baru yang bakal mereka hadapi sekiranya berjaya naik ke liga utama. Masalah kewangan masih lagi menjadi isu utama—walaupun mereka berjaya melepasi pusingan play-off dan naik ke liga utama, mereka perlu memastikan kelab cukup stabil dari segi kewangan dan kebajikan untuk bertahan di liga utama.
“Kita perlu cari lebih banyak penaja,” kata Zariq. “Kalau kita tak dapat memperkukuhkan kewangan, kita akan terbeban dengan tanggungan kos-kos lain jika layak ke liga utama.”
Johan mengangguk, fikirannya sudah mula merancang strategi seterusnya untuk kelab. Mereka telah berjaya membawa Elma FC hingga ke tahap ini, tetapi cabaran yang sebenar baru sahaja bermula.
“Tapi ingat, perjalanan kita belum tamat. Kita sudah layak ke pusingan play-off dan kita kena teruskan usaha untuk untuk capai impian kita naik ke liga utama buat pertama sekali dalam sejarah kelab kita!”
Share this novel