Bab 58: Keringat Kejayaan

Romance Series 258

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Stadium bandar Elma penuh sesak dengan kehadiran penyokong Elma FC yang datang dari pelbagai kawasan untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Johan dan Zariq berdiri di zon tetamu VIP memandang sekeliling stadium yang dipenuhi lautan merah dan putih—warna kebanggaan kelab.

Johan tersenyum bangga. Dia tidak pernah melihat Elma FC dalam suasana seperti ini. Kelab yang dulunya hampir musnah kini hidup kembali dengan penuh tenaga dan keyakinan.

Di bilik persalinan, Amirul berdiri di tengah-tengah rakan sepasukannya. “Kita dah berkorban tenaga dan masa untuk sampai ke tahap ini. Kita tak akan biarkan mereka rampas apa yang patut jadi milik kita. Inilah masa untuk kita buktikan Elma FC bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan. Ayuh Elma!”

Suasana menjadi semakin tegang apabila pemain-pemain keluar dari bilik persalinan menuju ke padang. Johan dan Zariq berdiri di tepi padang, memerhati dengan penuh harapan. Perlawanan bermula dengan sorakan dari penyokong kedua-dua lasukan yang bergema dalam stadium.

Pada minit-minit awal lagi, Alamanda FC menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke kubu pertahanan Elma FC. Walaubagaimanapun, Amirul dan rakan-rakannya berjaya menyerap serangan itu dengan baik. Setiap kali penyerang Alamanda FC cuba masuk ke kawasan bahaya, mereka berjaya menghalang dengan permainan yang berdisiplin.

Pada minit ke-35, peluang keemasan untuk Elma FC tiba. Amirul menerima hantaran Akmal dari tengah padang. Dia melarikan bola dari pemain lawan dengan kelajuan yang mengagumkan. Amirul melihat ruang yang terhidang di hadapan pintu gol pihak lawan dan terus menghantar bola kepada Faisal.

Faisal berlari pantas, menggelecek dua pertahanan lawan sebelum melepaskan satu rembatan padu ke arah sudut atas gawang. "Gol!" sorakan penyokong bergema. Elma FC mendahului 1-0, Johan dan Zariq melompat dari tempat duduk mereka, memeluk satu sama lain dalam keghairahan.

Tetapi perlawanan masih belum tamat. Alamanda FC mula meningkatkan tempo permainan mereka dengan membuat serangan dengan lebih agresif. Pada minit ke-70, mereka hampir menyamakan kedudukan apabila penyerang mereka berjaya melepasi pertahanan Elma FC. Namun, penjaga gol melakukan tugas yang baik untuk menyelamatkan pasukan.

Johan tidak dapat menahan debaran di dalam dadanya. Setiap detik terasa lambat berlalu. Zariq di sebelahnya kelihatan risau, tangannya tidak berhenti menggosok dahi.

Minit ke-90 tiba, pengadil meniupkan wisel panjang. Elma FC menang 1-0 mengatasi Alamanda FC dan mereka berjaya layak ke pusingan play-off.

“Kita dah berkorban tenaga dan masa untuk sampai ke tahap ini. Kita tak akan biarkan mereka rampas apa yang patut jadi milik kita. Inilah masa untuk kita buktikan Elma FC bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan. Ayuh Elma!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience