BAB 5

Romance Series 258

1 MINGGU KEMUDIAN SELEPAS MAJLIS GRADUASI AARON...

Jam mula berbunyi Aiden masih lagi dalam keadaan nyenyak.

PAKK!!

Terbangun terus Aiden apabila mukanya dihempap bantal busuk abangnya yang tak kalah dengan bau tandas.

"Hah itulah jam dah berbunyi kau masih lagi kat alam ghaib kau tu. Dah bangun baik kau bersiap pergi sekolah. Kau tu bukan kat sekolah lama lagi" ucap abangnya panjang sebelum tangannya mengambil bantal busuk kesayangannya.

"Boleh tak kalau nak bangunkan tu tak payah guna bantal busuk kau tu? Boleh mati aku tau tak!" marah Aiden ingatkan dia kena simbah dengan kumbahan tahi tadi.

"Eh! Biadabnya engkau heh! Kau tau tak kalau bukan kerana bantal busuk aku ni kau takkan bangun tau dan satu lagi! Bantal aku ni taklah busuk sangat sampai nak bunuh orang!" Aaron memeluk bantal busuknya itu dengan erat macam bantal tu lah jodohnya.

"Dah pergi mandi, berus gigi apa semua aku nak buat sarapan jap" ucap Aaron meninggalkan bilik adiknya yang masih bersepah dengan barang-barangnya maklumlah baru pindah.

Aiden mengorak langkah menuju ke bilik air dan melakukan aktiviti penyegaran diri. Kini dia akan tinggal bersama abangnya tanpa ibu bapanya. Dia terpaksa ikut dengan abangnya disebabkan ibu bapa mereka yang sibuk menjelang tahun baru ni.

SELESAI menyegarkan diri Aiden memakai baju sekolahnya yang berupa kemeja putih yang sudah dilekatkan lencana sekolah barunya dengan seluar berwarna hijau terang. Sengaja dia tak cari tali lehernya sebab dia tinggalkan kat rumah ibu bapanya.

Setelah selesai bersiap dia mengambil begnya yang sudah ada buku di dalamnya dan mula berjalan menuju ke ruang makan. Aaron telah menyediakan sarapan untuk mereka. Kini Aaron hanya memakai baju T-shirt yang menampakkan tattoo yang memenuhi lengan, badan dan belakangnya.

"Kau tambah tatoo baru ke?" tanya Aiden hanya dia yang tahu Aaron buat tattoo katanya nak hilangkan stress tak sangka sampai satu badan dia nak buat. Taklah satu badan sangat bahagian atas je.

"Tak sekarang ni aku belum ada design baru lagi untuk tattoo baru aku" Aaron meletakkan kopi yang baru sahaja dibuatnya di meja.

Aiden memandang sarapan yang disediakan abangnya. Nasi goreng ala seafood, telur goreng separuh masak, roti kacang dan kopi memang itulah abangnya semua dia pandai.

"Sekarang ni kau sarapan dulu aku nak bersiap" Aaron berjalan pantas menuju ke biliknya kembali sementara Aiden mula menjamah sarapan itu.

POV: ETHEL

"Selamat pagi Rachel" Ethel bernafas laju baru sahaja selesai menghantar kedua-dua adiknya.

"Kau dah kenapa? Awal datang hari ni"

"Ja...jam..." tanya Ethel sambil mengatur nafasnya

" 6.50 a.m"

"Nasib sempat..." Ethel melepaskan nafas lega ingatkan dah lambat.

"Awak ada tugas ke?" tanya Rachel selalunya temannya itu jam 7 tepat baru muncul ini 10 minit lebih awal memang ada tugas nampaknye.

"Cikgu Molly suruh aku lead murid baru nanti" jelas Ethel dia pun terkejut juga tiba-tiba je guru kelasnya itu menyuruhnya pagi tadi melalui whatsapp tapi dia tahu sebab dia dipilih untuk lead budak baru tu. Ketua Pengawas, Tokoh Berdisiplin, Murid Berwawasan bla bla semua dia kaut semua tu. Guru-guru pun percayakan semuanya dekat Ethel. Siapa kata senang jadi murid cemerlang? Jangan tertipu dengan surga mereka?

"Dah lah awak pergilah nanti Cikgu Molly marah awak hah kena kau" ucap Rachel kesian pula dekat kawan baiknya itu tapi apa boleh buat Cikgu Molly tu memang strict.

"Aku pergi dulu" katanya sebelum meninggalkan Rachel yang bertugas di school gate.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience