4.00 a.m
KRIINGGG!!!
"Nggg..." tangan panjang Ethel menutup jam loncengnya itu. Perlahan dia bangun dari katilnya menuju ke bilik air.
Selesai menyegarkan diri Ethel ke dapur dan mula membuat sarapan.
"Aduh" minyak masak yang melonjak mengenai kulit tangan Ethel. Walaupun sudah terbiasa namun percikan panas minyak itu masih membuatnya sakit.
"Dah bangun dah rupanya anak ibu ni" ibunya Elena baru sahaja bangun apabila mendengar suara mengaduh Ethel.
"Suara Ethel menganggu ke Ibu? Maaflah" Ethel tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi.
"Tak lah lagipun ibu memang nak bangun pun. Ni ada ke nak ibu bantu? biat kopi ke apa"
"Boleh juga ibu tolong buatkan kopi je nanti selebihnya biar Ethel yang buat"
"Betul ni?" tanya ibunya memastikan mana tahu ada lagi terlupa sesuatu.
"Betul ibu" Ucap Ethel dengan suara meyakinkan ibunya.
"Oke lah" dengan sigap ibunya mencapai cerek dan mulai mengisi penuh air lalu meletakkannya disebelah periuk yang sedang penuh dengan nasi goreng Ethel sebelum benda berwarna hitam tu dipulas untuk menghidupkan api.
5.30 a.m
Usai menyediakan sarapan Ethel berjalan menuju ke bilik adiknya.
"Ellie, Ellise bangun dah pukul lima setengah dah ni" ucap Ethel lembut membangunkan dua adik perempuannya itu.
"Ngg lima minit saya lambat tidur semalam sebab hafal sifir" ucap Ellie malas.Memang betul pun sebab dia ada ujian matematik nanti.
"Ye lah nanti jam lima empat puluh bangun tau" beritahu Ethel sedia.
"Okey" Ellie mengiyakan lalu tidur kembali.
"Jom Ellise bangun" Ethel memimpin tangan kecil adik bongsunya itu lembut je. Ellise dengan bingkas bangun dari katilnya lalu membiarkan tangan Ethel memimpinnya ke bilik air.
Sampai di bilik air Ethel meletakkan kerusi merah untuk memudahkan adiknya untuk membasuh muka sebab pili air tu tinggi sangat untuk adik bongsunya itu.
"Tahu kan cara berus gigi?" tanya Ethel memang dia ada ajar tapi tidak tahu adiknya itu ingat atau tidak.
Ellise mengangguk tidak sabar nak berus gigi sendiri sebab selama ini Ethel yang tolong dia berus gigi.Kink dia dah tahu jadi dia ingin mencubanya sendiri.
"Good nanti apa-apa Ellise tekan je lonceng ni nanti kakak datang okey?" ucap Ethel dengan senyuman lembut.
Ellise membuat sign okey dengan jari kecilnya.Ellise hanya dapat membuat sign language dengan ahli keluarganya disebabkan kecacatannya yang tidak boleh bercakap namun dia tidak pernah kesulitan untuk kecacatan itu kerana Ethel membantunya dalam belajar cara berkomunikasi dengan bahasa isyarat.
︻╦╤─ ҉ -¨ * ‧₊˚*♡ * *” ♡. ♡
"Mmm wanginya bau~"
"Selamat pagi ayah" Ethel meletakkan telur goreng yang baru sahaja selesai dimasaknya tadi.
"Selamat pagi ni siapa masak? Ethel atau ibu?" tanya bapanya Ethan.
"Ethel ler dia pagi-pagi dah bangun ha bukan macam abang tidur je kerja " Elena menjawab sambil meletakkan air kopi yang sudah dibuat
"Hehe sorrylah abang lambat tidur sikit malam tadi" Ethan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mesti isunya ini nak naikkan rank Mobile legend kan?" ucap Elena dah masak dengan perangai suaminya itu.
Alamak dia tahu pula, Ethan hanya menayangkan senyum kambingnya memang betul pun.Nampaknya dia mesti upgradekan lagi alasan dia.Alasan lama dia tak boleh guna dah.
6.00 a.m
Ethel dan adiknya sedang memakai kasut sekolah mereka.
"Adik goodluck untuk ujian matematik adik" Elena menyemangatkan anak keduanya.
"Thank you ibu" Ellie mencapai tangan ibu nya lalu memeluk ibunya.
Ellise mendepakan tangannya dia pun nak juga. "Aaa"
"Anak bongsu ibu yang comel semangat belajar tau fokus dengan apa yang guru ajar" ucap Elena dengan lembut sambil memeluk Ellise.
"Mmm!" Ellise mengangguk tanda mengiyakan kata-kata ibunya.
"Salam ayah" Ethel menunggu ayahnya menyuakan tangannya.
Ethan menyuakan tangannya dan djsamnut lembut oleh Ethel. "Jangan nakal-nakal Ethel kau tu dah tingkatan lima SPM dah hujung tahun ni" ucap Ethan memberi nasihat kepada anaknya.
"Mana ada Ethel nakal" balas Ethel sambil mengedutkan dahinya
"Mana tahu dah jadi senior kan haha" sempat lagi Ethan bergurau dah lah ketawanya pun mengalahkan orang perempuan.
"Dah dah korang pergilah jangan dilayan bapa kamu ni kalau dilayan makin menjadi-jadi pula" ucap Elena sebelum menyuakan tangannya kepada Ethek dan disambut lembut oleh Ethel.
"Jaga adik-adik awak baik-baik tau"
"Okey ibu"
Ethel dan adiknya berjalan keluar dari kawasan rumah mereka sambil melambaikan tangan kepada ibu bapa mereka.
Sebelum pergi Ethel memandang rumah kayu yang mereka tinggali itu sejenak hatinya tidak sabar ingin mengubah hidup orang tuanya itu.
Selesai menghantar Ellise ke tadika dan Ellie ke sekolah rendahnya. Ethel bergegas ke sekolahnya sebelum jam menunjukkan jam tujuh tepat. Jarak sekolahnya dan adik-adiknya hanya searah jadi senang untuk dia menghantar namun tetap sahaja jauh dari rumah mereka.
"Lambat sampai" ucap Rachek yang merupakan pengawas bertugas untuk mejaga gate hari ini.
"Sorrylah aku rehat tadi" tipu Ethel.
"Jomlah kita masuk dewan perhimpunan dah nak mula dah tu"
Ethel hanya mengangguk sebelum mengikuti Rachel di belakang.
To Be Continue~
Have fun waiting my next chapter
Share this novel