Aiden baru melangkah memasuki pagar sekolah jam tangan dikerling 6.55 fuh masih sempat.
"Eh eh nanti nanti nanti dulu" suara perempuan menyebabkan dia terhenti.
"Ni mana tali leher awak ni? kenapa tak pakai?" tanya Rachel tegas yah itu lah dia kalau dia pengawas bertugas.
Aiden baru ingin menjawab tapi sudah disampuk Rachel "Tertinggal lah tu tak de alasan awak tak boleh pakai sekarang" Aiden hanya pasrah memang betul tertinggal.
"Apa nama awak?" tanya Rachel sudah mengeluarkan notepad kecilnya dengan pen sekali.
"Aiden" jawab Aiden malas baru hari pertama dah dapat kesalahan sekolah baru pula tu.
"Kelas?"
"5 Alpha"
"5 A? setahu aku tak de nama Aiden kat kelas 5 Alpha. Kau tipu eh?" Rachel memastikan memang betul dia tak pernah tahu ada Aiden di kelas 5 alpha sebab itu kelas Ethel tempat dia dan Jessica lepak selalu.
Aiden tidak bersuara dah pengetua tu bagitahu yang kelas sains tulen hanya ada di kelas A mana dia nak kenal murid-murid sana kedudukan kelas dia pun dia tak tahu.Malang betul hari nya ye..????
"Aku tak tahu sebab aku baru pindah hari ini" akhirnya Aiden memberitahu gadis itu nanti panjang pula soalan dia lagi.
Rachel terdiam. Alamak! Dia lupa yang hari ini ada murid baru datang! Rachel berasa dirinya pula yang sungguh malang hari ini.
"Oh...hehe murid baru ke...sorry tak tahu..." tergagap-gagap Rachel. Mampuslah aku...kata hatinya
Ethel yang baru sahaja keluar dari bangunan sekolah melihat seorang lelaki yang berdiri di depan Rachel. Dia fikir itulah murid baru tu tapi kenapa Rachel tunduk dengan lelaki tu?Dihampirinya mereka berdua oleh Ethel.
"Selamat pagi awak murid baru tu kan? Aiden Ryan?"
Aiden menganggukkan kepalanya
"Saya Ethel Eleanor. Cikgu Molly hantar saya untuk lead awak ke kelas baru awak memandangkan awak baru je pindah. Sila ikut saya ye" ucap Ethel sopan
Aiden hanya mengikuti Ethel dari belakang. Satu hal yang dia sedari dari Ethel adalah dia sangat pendek. Kepalanya hanya mencecah bahunya.
KELAS 5 ALPHA
Ethel dan Aiden memasuki kelas yang riuh rendah itu.
"Attention please!" ucap Ethel sekali je terus semua murid di kelasnya tu diam dan memandangnya dan murid baru tu.
"Hari ini kita dapat murid baru. Sila kenalkan diri" Ethel memberi ruang untuk Aiden memperkenalkan diri dengan selesa.
"Nama saya Aiden Ryan."
Satu kelas masih diam. Itu je!?
"Err beritahu sekali hobi awak dan pencapain terbaik awak setakat ni" tanya Ethel canggung pula rasanya tadi.
"Hobi saya berlatih taekwando. Pencapaian saya yang terbaik setakat ni saya pernah wakil taekwando dalam peringkat antarabangsa kat Jepun"
"Wahh..." Satu kelas terpegun salah satu dari mereka mula menaip untuk membuktikan kebenaran tersebut.
"Eh betullah! Aiden Ryan Anthony Albert!" teriak salah satu dari kelasnya itu dengan video perlawanan Aiden dengan Hagezawa tahun lalu.
Ethel pun terpegun bangga pula dia dapat satu kelas dengan atlet antarabangsa. "Jadi saya harap korang akrab lah dengan Aiden yer. Aiden awak boleh duduk kat kerusi paling belakang sana dekat window tu"
Aiden memandang tempat duduknya memang seperti diidamkan. "Awak ada masalah rabun ke?" tanya Ethel memastikan mana tahu nanti tak nampak pula dari belakang nanti dia juga kena tuduh punca kegagalan murid Alpha.
"Tak mata saya masih okey lagi" jawab Aiden
"Baguslah saya harap Aiden bolehlah buat kawan disini" ucap Ethel dengan senyuman hangat
"Hmm" jawabnya lalu menuju ke tempat duduknya.
Share this novel