Selepas sahaja siap perhimpunan Ethel pergi ke kelasnya.Nasib baik bukan dia yang bertugas hari ini kalau tidak memang tak larat dia nak jadi pengira dosa murid-murid eh silap disiplin lah.
Riuh kelasnya sekarang maklumlah baru selesai tahun baru memang banyak lah cerita mereka semua.
"Aku bercuti kat Bangkok dengan keluarga aku"
"Oh ye ke? nasib baik tak bengkok"
Ethel tergelak sedikit mendengar cerita murid yang berada meja belakangnya. Masing-masing mereka menceritakan pengalaman mereka di tempat baru.Orang miskin macam Ethel hanya mampu diam.Kalau ada orang nak tahu tentang apa yang dia buat masa tahun baru tu dia cakap je mandi sungai itu lah jawapan paling selamat dia sekarang.
"Nah!" beg plastik hitam yang penuh dengan makanan terpampang di atas meja Ethel.Terbeliak mata Ethel.
"Rachel apa maksud awak ni?"tanya Ethel lain pula rasanya jika diberikan makanan tiba-tiba tanpa apa-apa bantuan yang dia hulurkan
"Ini ikhlas dari aku dan keluarga aku.Lagipun banyak lagi kat rumah membazir pula kalau tak habis jadi aku bagi kau lah" jawab Rachel sambil melabuhkan punggung di kerusi.
"Tapi ini banyak sangat-"belum habis ayat Ethel, Rachel memotong ayat Ethel tahu sangat apa yang akan Ethel cakap.
"Tak pe ambil je kalau kau tak ambil aku suruh bapa aku datang paksa kau hah baru tahu" Rachel memaksa dia tahu Ethel segan untuk menerima hadiah kecil darinya itu.Sikap rendah diri Ethel sangat tinggi sehingga mampu menipu sampai abaikan kepentingan diri sendiri.
"Bagi Ellie dengan Ellise nanti"
Hati Ethel masih berat ingin menerimanya.Nak tak nak dia mesti terima juga boleh buat stok makanan untuk rumah.
"Terima kasih banyak-banyak tau Rachel..."
"Sama-sama"
"Hi you all!! Happy New Year!!"
"Datang dah bala kita ni" Rachel hanya melepaskan keluhan pasti dibebelnya mereka nanti dengan cerita percutian Jessica.
"Happy new year too Jessica" Ethel menayangkan senyuman lembut kepada Jessica yang hyperaktif itu maklumlah cheerleader sekolah memang perlu extrovert.
"Rindu nya dengan kamu dua ni" Jessica memeluk Rachel dan Ethel sampai habis nafas Rachel.
"Oii!! Lepaslah! Kau nak bunuh orang ke!?"
"Ops sorry hehe" Jessica meregangkan pelukannya.
"Ni apasal teruja sangat ni? Mesti ada apa-apa kan?" Rachel senyum kambing.Walaupun dia terlihat tidak suka dengan romance things tapi dia suka gosip cinta Jessica.Semua maklumat ada pada Jessica.Dia lah daily news kat circle diorang.
"Korang kenal tak Chris Jackson? bule yang pindah kat sekolah cina tu? Kenal tak!?"
"Chris Jackson? Kenal kenapa? dia dah ada girlfriend ke?" tanya Rachel sambil mengunyah keropok mamee monster.Entah dari mana dia dapat.
"Yes dan girlfriend dia tak lain tak bukan-"
"Adrianna!"
Terhenti ucapan Jessica "Bukanlah! aku belum habis cakap lagi!"
"Oh oke oke teruskan" Rachel mengunyah kembali mamme monsternya.
"Okey girlfriend Chris Jackson tu sebenarnya sa-" belum habis lagi Rachel menyampuk balik.
"Sarah! pelajar perempuan yang oopular kat sekolah sebelah kita tu kan!" ramal Rachel lagi.
"Sabar boleh tak! heii! sakit hati aku dengan kau ni!" Jessica mulai naik angin dengan sikap Rachel.
"Oo bukan ke? habis tu siapa? takkan kau?"
"Congratulations you got the right answer" Jessica tepuk tangan kecil.
"What!? no way!"
"Yes there's a way"
Ethel hanya memekakkan telinga tak kenal pun orang yang Jesaica dengan Rachel cakapkan itu.
Share this novel