5.00 a.m
Aiden bangun dari katilnya lalu menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri. Air sejuk yang mengalir menyebabkan bahu Aiden terhingut. Dia lupa dia belum menukar suhu air panas itu.
Selesai mandi Aiden kembali ke biliknya.Wardrobe dengan lebar 2 meter dicapai lalu dia mengambil baju sekolahnya tidak lupa dengan jaketnya. Setelah itu dia mengemaskan rambutnya.Cermin dipandang menampakkan dirinya dengan rambut ala ala korean perm yang dikemasnya tadi.
Beg diambil lalu dia keluar dari biliknya itu tidak lupa untuk mengunci biliknya takut nanti ibunya menyelongkar biliknya. Dia menuju ke dapur dan Aiden melihat ada nota dengan duit dicelipkan disana. Dia mencapai nota tersebut lalu dibaca.
'Nanti kalau lapar guna duit RM 500.00 yang mama bagi. mama dengan daddy kamu ni tak dapat balik dua hari sebab abang kamu nak sedia-sedia graduate.Kau fokus dengan kelas kau jangan menyusahkan mama dengan daddy.'
"Tch" Aiden mengambil duit 5 keping 100 tu lalu mengeronyok nota itu sebelum keluar dari rumah itu.Dia tidak lupa untuk mengunci pintu rumahnya dengan pagar rumahnya.
Langkahnya dibawa ke garaj dan kunci motosikal dikeluarkan sebelum garajnya itu menampakkan motosikal berwarna hitam berlogo kawasaki. Aiden tersenyum yah siapa je tak gembira ada motosikal sendiri titk peluh sendiri lagi. Motosikal nya itu adalah hasil dari kemenangannya tahun lalu dalam pertandingan Taekwando peringkat antarabangsa lawan dengan Jepun. Baginya segala sakit tu berbaloi untuk dia rasakan.
Baru nak jalan tiba-tiba terdengar suara orang menjerit dekat sebelah rumahnya.Aiden menjulingkan mata ke atas kenal sangat dengan suara tu.
"Abang Aiden nak ikut!" Aiman anak jiran sebelah kanan yang baru berumur 8 tahun itu muncul disebalik dinding yang memisahkan rumahnya dan rumah jirannya itu.
"Maya pun nak ikut!" muncul gadis molek sebelah kiri pula. Maya berumur 7 tahun berbeza satu tahun je dengan Aiman.
"Eh! kau tak payah! aku duluan yang nak ikut!" ucap Aiman mencegah Maya.
"Heh! aku perempuan tau! kau tu lelaki! tak pernah dengar words ladies first ke!?"
Mula dah ini lah rutin Aiden setiap pergi sekolah diawali dengan pergaduhan kanak-kanak. Apa diorang ingat Aiden ni grab ke apa?
"Aku duluan cakaplah tadi!" Aiman tidak ingin kalah.
"Aku dulu!" Maya pun tak nak kalah.
"Dah dah! tak ada siapa yang akan ikut abang hari ini!"
Monyok terus muka Aiman dengan Maya
"Ini semua sebab awak lah ni!" Tuduh Maya
"Awaklah!! Ladis feast konon" acah Aiman
"Ladies First lah bodoh!" ucap Maya dengan nada berang.
"Ha korang gaduhlah sampai bas korang datang abang pergi dulu" ucap Aiden mula menghidupkan enjin motosikalnya.
"Abang!!" serentak Aiman dan Maya teriak.Tidak mahu ditinggal oleh Aiden.
"Gaduh lagi tak!?" tegas Aiden
"Tak!" ucap Aiman dan Maya lagi serentak
"Sekarang ni korang berbaik dulu kalau nak ikut abang. Mula dengan Maya."ucap Aiden kalau nak ditunggu diorang memang tak bercakap dah kalau soal minta maaf.
"Apasal Maya pula duluan!? Aiman lah! dia yang duluan tadi" dengus Maya.
"Eh eh tadi kata ladies first awak lah. Takkan awak nak tuduh abang Aiden ni ladies pula" ucap Aiman menayangkan senyuman sengetnya itu.
Merah terus muka Maya tahan amarah. "Fine! Maya minta maaf!" dengus Maya lalu memeluk tubuh.Turun egonya sekarang.
"Aiman?" Aiden menunggu balasan minta maaf Aiman.
Aiman menjulingkan mata ke atas "Okey aku pun minta maaf juga"
"Aku kira sampai tiga-" belum sempat menghabiskan ayatnya Maya dan Aiman sudah bertenggek kat tempat duduk masing-masing.Mereka dah masak dah dengan perangai Aiden.Kalau ditunggu sampai habis ayatnya itu memang kena tinggal lah jawapnya.
Aiden hanya pasrah dengan gelagat anak jirannya itu. Maya duduk di tempat duduk belakang manakala Aiman duduk di tempat isi minyak. Nasib kawasan kampung sekolah diorang kalau kawasan bandar memang saman lah jawabnya...
Share this novel