Aiden masuk ke kelas melepaskan keluhan yang panjang.
"Aii bro serabut nampak ada masalah ke?" tanya Ben matanya masih memandang instagramnya.
"Aku kena lagi lah dengan dua toyol tu" ucap Aiden malas
"Nasib kau lah bro dapat jiran cilik aku pun nak juga" cebik Ben
"Memang tak de jiran kau. Dahlah tinggal kat rumah serupa istana kau ingat jiran kau yang lain tu B40 ke?" Max menyampuk baru saja datang dan mendengar perbualan mereka tadi.
"Diampah kau pergi urus bola tampar kau tu menyibuk je sini" Ben masih fokus dengan telefonnya.
"Bodoh kau tu yang seru aku datang, aku datanglah"
"Babi lah"
"Hah memang awak babi"
"Diam boleh tak?" ucap Aiden berbaur amaran.
"Ups sorry bro gw cau dulu lah" Max keluar dari kelas takut nanti Aiden bertukar singa hah tak pasal-pasal dia yang kena jadi Spendermax.
Aiden kembali tidur dengan pose duduknya. Fikirannya serabut dengan pilihan keluarganya dan pilihannya...
FLASHBACK...
Kertas dibuang tepat di muka Aiden.
"16 tahun Aiden...aku sekolahkan kau sampai kau besar macam ni boleh pula kau dapat 1 G? anak jenis apa kau ni!?" Puan Anna menengking anaknya.
Aiden hanya diam tidak bersuara muka dia tetap datar tidak menunjukkan reaksi apa-apa pun.Dia dah berusaha dah namun add math selalu menggagalkannya.Tak...dia memang tak de niat nak ambil aliran sains tulen itu semua mama dia yang paksa.
"Dah bodoh kau buli pula pelajar lain! mana nak letak muka aku ni! kitorang yang tanggung malu disebabkan kau! kau tahu tak!" bergegar mulut Puan Anna memarahi anaknya.Puan Anna seorang yang suka akan kesempurnaan jadi tidak hairan lah dia nak anak dia sempurna. Anak pertamanya telah berjaya menepati hasratnya dan menjadi doktor muda namun perkara yang dia gagal sekarang ni adalah mendidik Aiden. Dia menginginkan Aiden untul menjadi sesuatu yang berguna.
Badan Aiden mengeras apabila mamanya menuduhnya membuli. Nampaknya mamanya hanya menilai dari luaran walhal dia lah mangsa buli yang sebenar. Selama ini Aiden tidak pernah pun merengek atau melapor tentang hari-harinya di sekolah kerana dia tahu mamanya tidak akan percaya kepadanya apalagi bapanya.
"Mulai sekarang mama tak nak Aiden berlatih taekwando lagi"
Aiden terkejut memang tak lah dia nak keluar.
"Tapi mama! Aiden ada pertandingan peringkat antarabangsa-"
"I DON'T CARE AIDEN! YOU'RE MY SON! YOU WILL FOLLOW MY WORDS! NOT YOUR COACH!"
Aiden berhenti nampaknya mamanya kali ini memang keras dengan anaknya.
"Lepas abang kamu graduate nanti mama akan upah tutor untuk kamu"
"Baik mama..." Aiden pasrah kalau A mama dia cakap A lah dia kena buat...
FLASHBACK OFF
Aiden meraup wajahnya.Nampaknya tahun ini dia takkan dapat pergi bertanding peringkat antarabangsa punya. Mamanya telah menyuruh coachnya untuk memblack list namanya dari menyertai apa-apa sukan...
Share this novel