Bab 57: Persediaan Mental dan Fizikal

Romance Series 258

Hari perlawanan untuk menentukan kedudukan pasukan yang layak bermain di pusingan play-off liga semakin hampir.

Suasana di pusat latihan Elma FC penuh dengan kesungguhan para pemain yang fokus untuk perlawanan ini. Johan berjalan di tepi padang, memerhatikan pemain-pemain kelab dengan teliti. Amirul, selaku kapten pasukan setakat ini berjalan menjalankan tugas dengan baik. Dia telah memastikan setiap rakan sepasukannya berada dalam keadaan terbaik—bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental. Pemain-pemain senior juga memberikan kerjasama dengan memberikan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.

“Dengar sini, kawan-kawan,” kata Amirul dengan suara tegas di dalam bilik persalinan selepas sesi latihan. “Perlawanan ini bukan sekadar tentang layak ke pusingan play-off. Ini tentang membuktikan kepada semua orang kita juga boleh lakukan sesuatu yang besar walaupun kelab kita adalah kelab kecil.”

Rakan sepasukan mengangguk tanda setuju, mereka dapat merasakan beban dan tanggungjawab yang mereka pikul untuk perlawanan kali ini.

Namun, itu semua tidak membuatkan semangat mereka goyah, sebaliknya memberi mereka dorongan untuk memberikan yang terbaik buat penyokong kelab. Mereka tahu ramai di luar sana masih menganggap Elma FC sebagai pasukan kecil yang tak mungkin akan berjaya dan mereka mahu mengubah tanggapan itu terhadap kelab ini.

Di luar padang, Johan dan Zariq berbincang bersama staf kejurulatihan tentang persediaan terakhir. “Kita perlu pastikan semua pemain kita dalam keadaan terbaik, baik dari segi kecergasan mahupun motivasi,” kata Zariq.

Arman mengangguk. “Saya akan pastikan mereka bersedia sepenuhnya. Tapi Encik Johan, pihak pengurusan juga memainkan peranan untuk menaikkan semangat pemain. Mereka akan menjadikan Encik Johan dan Encik Zariq sebagai sumber inspirasi mereka.”

Johan tersenyum tipis dan menyedari walaupun dia dan Zariq bukanlah pemain di atas padang, kehadiran dan sokongan mereka akan memberi impak yang besar kepada pasukan.

“Perlawanan ini bukan sekadar tentang layak ke pusingan play-off. Ini tentang membuktikan kepada semua orang kita juga boleh lakukan sesuatu yang besar walaupun kelab kita adalah kelab kecil.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience