Bab 56: Perlawanan Penentuan

Romance Series 258

Elma FC kini berada di tempat keempat liga dan perlawanan seterusnya akan menjadi titik penentuan perjalanan mereka pada musim ini—jika mereka menang, mereka akan layak ke pusingan play-off untuk naik ke liga utama.

Johan dan Zariq dapat merasakan tekanan yang semakin meningkat. Kelab ini sudah mula mendapat perhatian yang lebih besar dari media dan penyokong disebabkan kedudukan mereka yang boleh mencabar kejuaraan.

Di dalam bilik mesyuarat kelab, Johan dan Zariq sedang berbincang dengan ketua jurulatih, Arman. Di papan putih penuh dengan penerangan strategi yang diterangkan oleh Arman. Johan meneliti setiap pergerakan taktikal pasukan dengan teliti.

“Kita tak boleh bermain dengan taktik terlalu bertahan,” kata Johan sambil melukis beberapa garis di papan putih. “Kalau kita terlalu bertahan sepanjang perlawanan, lawan akan gunakan kelemahan lain untuk menewaskan kita. Kita kena menyerang dari awal untuk mencari gol pendahuluan.”

Zariq termenung memandang papan putih. Dia menarik nafas panjang. “Tapi lawan kita kali ni, Alamanda FC. Mereka ini terkenal dengan corak permainan yang agresif. Mereka sentiasa menyerang dan menekan pihak lawan. Andai kita terlalu menyerang, kita bermungkinan akan menghadapi masalah untuk bertahan semula.”

Arman mengangguk, setuju dengan Zariq. “Betul tu, tapi kita ada Amirul dan beberapa pemain muda yang mempunyai larian pantas ketika membawa bola. Kita boleh manfaatkan kepantasan mereka untuk membuat serangan balas.”

Johan berhenti sejenak dan memandang Zariq, kemudian kepada Arman. “Kita akan gunakan taktik menyerang. Inilah masanya kita tunjukkan kehebatan Elma FC. Kita tak boleh terlalu selesa kalau kita nak layak ke liga utama.”

Dengan keputusan yang telah dibuat, strategi mereka kini menjadi lebih jelas. Johan dan Zariq berharap pasukan akan bermain mengikut strategi yang telah dirancang dengan baik di atas padang.

“Kalau kita terlalu bertahan sepanjang perlawanan, lawan akan gunakan kelemahan lain untuk menewaskan kita. Kita kena menyerang dari awal untuk mencari gol pendahuluan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience