Bab 55: Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Romance Series 258

Beberapa minggu selepas Amirul bersetuju untuk kekal di Elma FC, pasukan sudah mula menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi dalam liga.

Johan dan Zariq bekerjasama dengan barisan kejurulatihqn untuk memastikan setiap pemain mendapat perhatian dan kebajikan yang sama adil.

Mereka merangka strategi jangka masa panjang untuk menggabungkan pemain muda seperti Amirul dengan pemain berpengalaman dalam kelab untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.

Pasukan ini mula mempamerkan gaya permainan yang lebih menarik dan berkesan sejak Amirul dilantik sebagai ketua pasukan. Setiap perlawanan menjadi tempat untuk memperkukuhkan nama Elma FC sebagai kelab yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Penyokong-penyokong pula mula kembali ke stadium dengan semangat yang baru untuk menyokong kelab yang mereka cintai.

Namun, di sebalik semua itu, Johan dan Zariq tidak lupa kelab masih lagi di dalam fasa-fasa pemulihan terutamanya dari segi kewangan.

Mereka perlu berhati-hati dengan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kelab. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu fokus untuk memastikan kelab ini berjaya di atas padang.

Penyokong-penyokong pula mula kembali ke stadium dengan semangat yang baru untuk menyokong kelab yang mereka cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience