Malam itu, Amirul tidak boleh tidur. Dia merenung ke arah tingkap. Tawaran dari luar negara bermain-main di fikirannya.
Sementara janji Johan dan Zariq masih berbekas di hatinya. Mereka memberi peluang kepadanya untuk memimpin pasukan, sesuatu yang jarang ditawarkan kepada pemain muda seperti dia.
Namun, godaan untuk bermain di luar negara, menimba pengalaman dan menerima gaji besar, sangat kuat.
Dia bangun dari katil, mengambil telefon bimbitnya dan menaip mesej kepada Johan. Tetapi belum sempat menghantar mesej iti, dia memadamkannya. Dia masih belum pasti dengan keputusannya.
Keesokan paginya, Amirul datang ke pusat latihan dengan perasaan bercampur baur. Dia melihat rakan sepasukannya berlatih, dan buat seketika, dia dapat merasakan kasih sayang yang mendalam terhadap kelab ini. Tetapi adakah cukup untuk membuatnya kekal?
Amirul mendekati Johan yang sedang memantau sesi latihan. "Encik Johan, boleh kita berbincang sebentar?"
Johan tersenyum, tahu bahawa saat ini akan tiba. “Sudah tentu, Amirul.”
Mereka berdua berjalan di tepi padang, jauh dari pemain lain. Amirul menghela nafas panjang sebelum berkata, “Saya tak nak bohong, tawaran dari luar negara sangat menarik untuk saya. Tapi saya tak rasa saya dah bersedia untuk tinggalkan kelab ini. Ini adalah kelab saya, kelab tempat saya memulakan karier saya.”
Johan tersenyum, lega mendengar kata-kata itu. "Saya gembira dengan keputusan kamu, Amirul. Kamu takkan menyesal dengan keputusan ini. Kita akan bina sesuatu yang hebat untuk kelab ini bersama."
"Saya gembira dengan keputusan kamu, Amirul. Kamu takkan menyesal dengan keputusan ini. Kita akan bina sesuatu yang hebat untuk kelab ini bersama."
Share this novel