Keesokan harinya, Amirul tiba di pejabat kelab bersama ejennya. Wajah Amirul kelihatan sedikit gugup kerana mungkin menyedari ini adalah saat yang akan menentukan masa depannya dengan kelab kesayangannya. Johan memulakan perbualan dengan nada tenang.
"Amirul, kami sangat bangga dengan kemajuan kamu di dalam pasukan. Kamu telah buktikan keupayaan kamu hingga menjadi salah seorang pemain yang penting dalam kelab. Oleh itu, kami ingin kamu terus bersama Elma FC."
Amirul tersenyum malu. "Terima kasih, Encik Johan. Saya gembira dapat bermain untuk kelab ini, tapi tawaran dari luar negara tu... tawaran tu peluang besar untuk saya."
Johan mengangguk. "Saya faham. Tapi dengar dulu apa yang kami nak tawarkan. Kami tak mahu sekadar jadi kamu menjadi pemain muda sahaja di kelab ini. Kami mahu kamu jadi lebih dari itu. Apa kata kamu jadi kapten kelab? Kami sedia beri kontrak baru dengan syarat yang lebih baik. Kamu akan pimpin pasukan kita untuk mencapai impian beraksi di peringkat tertinggi."
Amirul terkejut mendengar tawaran itu. "Kapten pasukan? Saya?"
"Ya," Zariq menyambung. "Kamu dah buktikan kualiti yang ada pada diri kamu untuk memimpin. Dengan lantikan ini kami yakin Elma FC boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi."
Amirul terdiam jelas terkesan dengan tawaran itu. Tetapi ejennya mula bersuara. “Ini tawaran yang menarik, tetapi saya tak boleh nafikan peluang beraksi di luar negara mungkin memberikan Amirul lebih banyak pendedahan dan gaji yang lebih besar.”
Johan menghela nafas. “Kami faham. Tapi kami tetap percaya Amirul ada potensi besar di sini. Dia akan dapat perhatian media dan pengiktirafan yang yang selayaknya kalau dia berjaya memimpin pasukan kita.”
Amirul hanya menunduk, fikirannya kini keliru untuk membuat pilihan yang tepat dalam hidupnya. Dia sayangkan Elma FC, kelab yang telah menaikkan namanya. Namun, tawaran untuk beraksi di luar negara sukar untuk ditolaknya.
"Saya akan beri kamu masa untuk berfikir dahulu," kata Johan. "Tapi apa pun keputusan yang akan dibuat, ingatlah kamu sentiasa ada tempat di kelab ini dan kami sangat percayakan pada bakat dan potensi kamu."
“Kami faham. Tapi kami tetap percaya Amirul ada potensi besar di sini. Dia akan dapat perhatian media dan pengiktirafan yang yang selayaknya kalau dia berjaya memimpin pasukan kita.”
Share this novel
kata ari2 updte.. ni dh 3 ari sepi