Hari-hari berikutnya dipenuhi dengan perbincangan yang penuh dengan tekanan. Johan dan Zariq terus berbincang sama ada mereka harus menerima tawaran Hamdan atau tidak. Johan, yang selama ini menjaga segala aspek pengurusan dengan teliti, merasa ragu-ragu untuk melepaskan kuasa kawalan kepada Hamdan. Namun, dia juga sedar untuk membawa Elma FC ke tahap yang lebih tinggi, mereka memerlukan sokongan kewangan yang kukuh.
Zariq, sebaliknya, lebih terbuka kepada idea bekerjasama dengan Hamdan. “Kita perlu ada pandangan jauh, Johan. Kelab ni bukan lagi kelab kecil yang kita mula-mula ambil alih dulu. Sekarang kelab ini memerlukan pelaburan besar untuk terus maju.”
Malam itu, Johan kembali ke rumah dan sekali lagi berbual dengan Sarah. “Abang tak tahu, Sarah. Tawaran ni terlalu besar untuk ditolak, tapi abang takut perkara ini akan mengubah segalanya dalam kelab.”
Sarah memandang Johan dengan penuh pemahaman. “Kadang-kadang, kita perlu melepaskan sedikit apa yang kita ada untuk membolehkan sesuatu perkara berkembang. Abang tak boleh buat semua ni seorang diri. Abang perlu letak kepercayaaan pada orang lain.”
Kata-kata Sarah menusuk jauh ke dalam hati Johan. Dia mula menyedari bahawa selama ini dia terlalu melindungi kelab, sehingga dia takut untuk mempercayai orang lain. Tetapi untuk terus maju, dia perlu membuat satu pengorbanan besar.
“Kita perlu ada pandangan jauh, Johan. Kelab ni bukan lagi kelab kecil yang kita mula-mula ambil alih dulu. Sekarang kelab ini memerlukan pelaburan besar untuk terus maju.”
Share this novel