Bab 36: Pelaburan Penuh Muslihat

Romance Series 258

Hari demi hari berlalu, dan Elma FC terus mencatat kemajuan yang memberangsangkan. Namun, cabaran besar masih menanti di hadapan mereka—perlawanan penentuan untuk kelayakan ke peringkat tertinggi liga. Johan dan Zariq tahu betapa pentingnya perlawanan ini, bukan hanya untuk prestasi kelab, tetapi untuk masa depan mereka sebagai pemilik kelab.

Pada suatu pagi yang cerah, Zariq mendapat berita yang mengejutkan. Seorang pelabur besar yang berpotensi boleh menyelamatkan kelab dari sebarang masalah kewangan bersetuju untuk bertemu dengan mereka. Johan dan Zariq dengan segera mengatur pertemuan di sebuah restoran mewah di tengah bandar.

Di restoran itu, mereka bertemu dengan Encik Hamdan, seorang ahli perniagaan yang sangat dikenali dalam dunia korporat. Hamdan adalah seseorang yang mempunyai reputasi tinggi dalam perniagaan dan dia juga dikenali sebagai penyokong kuat bola sepak tempatan. Dia memandang Johan dan Zariq dengan minat yang mendalam.

“Tuan Johan dan Tuan Zariq telah berjaya membangunkan Elma FC dari zaman kejatuhan hinggalah boleh beraksi di tahap tertinggi,” kata Hamdan, sambil menghirup kopinya. “Dan itu sesuatu yang mengagumkan. Saya rasa ada potensi besar disini... potensi yang saya minat untuk saya laburkan.”

Zariq tersenyum lebar. Dia merasakan ada peluang besar dihadapan mereka. “Kami sangat terharu mendengar itu, Encik Hamdan. Kami percaya, dengan sokongan Encik, Elma FC boleh mencapai kejayaan yang lebih besar.”

Namun, Hamdan tiba-tiba mengubah nadanya dengan lebih serius. “Tetapi, sebelum saya buat pelaburan dalam kelab ini, saya perlukan jaminan dahulu. Saya mahu ada kawalan dalam pengurusan kelab. Saya mahu duduk dalam lembaga pengarah dan ada suara dalam membuat keputusan penting.”

Johan dan Zariq saling berpandangan. Tawaran itu menarik, tetapi permintaan Hamdan bukan sesuatu yang mudah diterima. Elma FC adalah hasil keringat dan usaha yang telah mereka lakukan. Memberikan kuasa kawalan kepada orang lain bererti mereka harus melepaskan sebahagian daripada kuasa mereka sendiri.

Johan memandang Hamdan dengan raut wajah yang serba salah. “Kami hargai tawaran Encik Hamdan. Tapi kami perlu pertimbangkan dulu apa yang terbaik untuk kelab. Kami mahu memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan Elma FC, bukan sekadar meraih keuntungan.”

Hamdan tersenyum tipis. “Itulah maksud saya. Saya juga mahu yang terbaik untuk kelab ini. Pertimbangkan tawaran saya, dan beri saya jawapan dalam masa seminggu.”

Selepas pertemuan itu, Johan dan Zariq merasai beban yang lebih berat di bahu mereka. Mereka tahu setiap keputusan yang mereka buat akan menentukan arah tuju dan masa depan Elma FC. Namun, melepaskan sebahagian kuasa kawalan kelab yang mereka bina adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.

“Kami sangat terharu mendengar itu, Encik Hamdan. Kami percaya, dengan sokongan Encik, Elma FC boleh mencapai kejayaan yang lebih besar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience