Rate

BAB 2

Romance Series 8164

Selesai solat subuh, Maleeq terus berdiri di hadapan cermin panjang di dalam biliknya yang besar itu. Rambutnya disisir dengan kemas sebelum keluar dari bilik. Wajahnya yang sangat tampan sering menjadi idaman wanita. Tall, dark and handsome! Siapa yang taknak dekat? Datang dari keluarga yang kaya lagi.

Melilau mata Maleeq mencari kelibat mamanya. Senyuman lebar diukir ketika melihat mama sedang membaca majalah nona di ruang tamu.

"Ma, i think i want to further my studies at Auckland. How do you think?" kata Maleeq dengan lembut kepada mamanya. Badannya direbahkan ke atas riba Sharifah Dian. Maleeq sangat manja dengan mamanya walaupun umur sudah masuk 28 tahun.

"Hmm why Auckland my dear? I thought Maleeq nak sambung dekat London je sama dengan Malia" balas mama dengan pandangan mata yang redup sambil mengusap rambut anak kesayangannya itu.

"Malia? Hm no lah ma. Maleeq nak belajar dengan tenang. Auckland cantik! Tenang, sejuk baru best nak buat assignment hehe" seloroh Maleeq. Auckland, New Zealand merupakan salah satu negara yang sangat indah pemandangannya. Sesuai untuk jejaka tampan macam Tengku Emir Maleeq!

"Mama ikutkan je mana Maleeq nak belajar. Yang penting pandai jaga diri ok my dear" kata mama lalu dicubit lengan sado anaknya itu.

"Puan besar ini Tuan Harraz datang mau ketemu sama Tuan Maleeq" kata bik jah yang merupakan orang gaji kepada keluarga Tengku Idris, papa kepada Maleeq.

Maleeq bingkas bangun dari riba Sharifah Dian untuk bertemu dengan Harraz.

"Bro, sihat?" tanya Syed Harraz yang merupakan sahabat baik Maleeq sejak kecil lagi. Walaupun rumah mereka hanya selang 4 biji rumah tetapi jarang dapat bertemu kerana masing-masing belajar di tempat lain.

"Sahabatku dunia akhirat, sihat bro" laung Maleeq dari jauh lalu memeluk tubuh sahabatnya itu. "Makin handsome kau ye, badan makin sado!" tambahnya lagi sambil memegang lengan Harraz.

Benar, Syed Harraz juga merupakan jejaka idaman malaya. Tubuhnya yang sasa dan wajahnya yang tampan putih bersih. Berbeza warna kulitnya dengan Maleeq yang sedikit manis. Tetapi kedua mereka sangat tampan dan mempunyai aura tersendiri.

"Kau jadi ke nak pergi Auckland?" tanya Harraz sambil menepuk bahu kanan Maleeq.

"Hmm jadi. Aku dah fikir sehabis baik, memang situlah tempat yang paling layak untuk lelaki kacak macam aku hahaha" kata Maleeq diikuti dengan ketawa yang kuat.

"Malia pun sama ke?" wajah Harraz yang sedikit gusar menanti jawapan daripada Maleeq.

"I dont know, aku pun dah lama tak jumpa dia" jawab Maleeq sambil diangkat kedua bahu dan tangannya menandakan dia tidak mengetahui apa-apa tentang Malia.

Hampir 10 tahun Harraz memendam rasa cinta terhadap Tengku Malia tetapi dia tau bahawa Malia sangat cintakan Maleeq. Rasa cemburu mula menitik dalam dirinya bila Malia sering bertanyakan tentang Maleeq kepadanya. Rasa sayang dan cinta itu dibiarkan mati tanpa noktah. Entah sampai bila harus memendam perasaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience