PAP!
Telefon dan pasport milik Ayra terjatuh di atas lantai kerana berlanggar dengan seseorang.
"Hey, lain kali jalan tu tengok depan boleh" marah Ayra lalu dikutip pasport dan telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun dan memandang wajah jejaka yang berlanggar dengannya itu.
"Err Ayra Sofea? Is it you?" tanya Maleeq lalu dibuka kaca mata hitamnya. Wajahnya memucat memandang seraut wajah yang cukup dikenalinya itu. Ayra terkedu mendengar nama penuhnya disebut dan diamati wajah jejaka yang berdiri tegak di hadapannya itu.
Tanpa menjawab pertanyaan itu kaki ini laju berjalan meninggalkan jejaka tadi. Tanpa disedari air mataku jatuh membasahi pipi. Kenapa mesti sekarang? Kataku di dalam hati.
*****
Di dalam pesawat, Maleeq masih lagi tertanya di dalam hati adakah benar dia melihat Ayra Sofea tadi. Tapi kalau Ayra, kenapa dia lari? Kenapa? Maleeq yang tidak keruan bertalu talu di benaknya memikirkan wajah wanita yang berlanggar dengannya tadi.
Dibiarkan saja perasaan itu sehingga terlena dek kerana perjalanan ke Auckland mengambil masa selama 10 jam untuk tiba.
*****
Setibanya di Auckland, Ayra segera mengambil teksi untuk ke rumah sewa yang telah ditempah oleh baba sepanjang dia berada di sana. Di dalam hatinya berdoa supaya tidak lagi bertembung dengan jejaka tadi.
"This is your key. I hope you will love our house. Anything just let me know" ucap mesra tuan rumah sewa itu. Wajahnya yang sedikit berkedut, matanya yang berwarna biru ku tenung. Cantik! Walaupun dah berusia tetapi badannya nampak sihat.
"Thank you" balas Ayra dengan ringkas. Badan terasa letih dan penat kerana perjalanan dari Malaysia kesini mengambil masa yang sangat lama.
Perlahan kakiku menuju ke ruang tamu rumah itu. Cantik dan tenang. Berkonsepkan cozy style sangat sesuai dengan dirinya yang aestitic. Tanpa berlenggah, aku terus menuju ke bilik tidur utama. Badan yang letih terus direbahkan ke katil dan mata terpejam rapat.
*****
"Assalamualaikum, ma. Maleeq baru je sampai rumah busu" kata Maleeq yang menetap di rumah adik Sharifah Dian iaitu Sharifah Nur atau lebih mesra dengan panggilan busu. Sharifah Nur menetap di negara itu hampir 9 tahun selepas berkahwin dengan pilihan hatinya yang bekerja disana.
"Waalaikumusalam, my dear jaga diri ya. Apa apa minta saje pada busu. Jangan susahkan busu pulak" balas mama sambil jarinya ditunding ke arah skrin telefon.
"Maleeq penat ni, nak berehat kejap. Nanti Maleeq call ma lagi ye. Bye ma" jawab Maleeq lalu panggilan tersebut dimatikan. Di dalam fikirannya masih terbayang wajah Ayra. Lama dia tenung syiling bilik itu sehingga matanya terpejam dan dibuai mimpi.
P/s : mesti korang tertanya tanyakan apa yang berlaku antara mereka berdua? Kenapa Ayra boleh mengalirkan air mata? Hehe kita sambung next chapter ok!
Share this novel