Rambut ikal separas bahu itu aku biarkan lepas. Aku mengenakan tshirt berwarna putih dan seluar jeans berwarna kelabu. Jam di dinding aku kerling sekilas pandang. Masih awal lagi. Kaki mengatur langkah meninggalkan perkarangan rumah.
"Hi, i'm Ayra Sofea from Malaysia. My class should be at B26 building. Can i know which block is B?" tanya Ayra kepada seorang wanita yang sedikit berumur menjaga di kaunter bahagian pertanyaan.
"Hello miss, how are you. This is A building which is our main office. So your building should be on your left side" jawab wanita tadi yang bernama Jenny. Aku memandang ke arah kiri yang ditunjukkan lalu mengangguk tanda faham.
"Thank you and have a nice day Jenny" kata ku sebelum berlalu pergi meninggalkannya. Tanpa berlenggah aku aturkan langkah kaki meninggalkan bangunan bertanda A itu.
"Ayra!" jeritan seorang jejaka yang amat aku kenali suaranya. Aku menoleh ke arah suara tersebut. Huh? Takde orang lain ke dalam dunia ni? Getus hatiku didalam hati.
"Awak dah daftar ke? Saya tak jumpa blok saya lah. Nak pergi sekali tak hehe" kata Maleeq lalu kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
"Belum. Tapi saya dah tanya kaunter tadi blok saya belakang sana tu" jawabku lalu tangan di tunjuk ke arah kiri bangunan tersebut.
"Architechture ke?"
"Yelah, tak kan fesyen pulak" keluh ku dengan perlahan. Maleeq tau bahawa dia suka fesyen tetapi dia akur akan pilihan babanya itu untuk menyambung legasi keluarganya.
"Sound not good by the way. Saya macam biasalah Business & Management" kata Maleeq sambil kaki mereka melangkah meninggalkan bangunan tadi. Mereka berjalan beriringan sehingga tiba di bangunan jurusan Ayra.
"Sampai. Awak pergilah daftar course awak. Nanti terlepas pulak" kataku memecahkan kesunyian sejak tadi lagi. Maleeq mengangguk faham dan sempat melemparkan senyuman manis sehingga menampakkan kedua lesung pipit di pipinya kepadaku sebelum beredar. Ahh handsomenya!! Siapa je tak cair tengok wajah tampan jejaka itu. Dia mengenakan tshirt berwarna putih kosong dan denim jaket berwarna biru cair. Tidak lupa juga dia memakai topi berwarna putih itu menampakkan lagi wajahnya yang tampan.
*****
"Hi, i'm Natasha but you can call me Sha. Are you Malaysian?" sapa seorang gadis genit yang berkulit cerah itu kepadaku. Rambutnya separas bahu diikat pony tail. Wajahnya aku tenung lalu senyuman dilemparkan.
"Hi, Sha. Saya Ayra" jawabku lalu tangan dihulurkan untuk berjabat. Ramai juga orang Malaysia di sini getus hatiku.
"Sini kosong? Boleh tak nak duduk sebelah Ayra?" katanya lagi.
"Mestilah boleh, sinilah" jawab Ayra. Tanpa berlenggah Sha terus duduk di sebelahnya. Matanya memandang sekeliling kawasan kelas tersebut. Terlihat 2 orang lelaki melayu yang duduk di kerusi belakang sekali.
15 minit kemudian, pensyarah mula masuk dan sesi ice breaking dimulakan. Bergema suara bangunan itu dek suara gelagat rakan sekelasnya. Sedar tidak sedar jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kaki laju melangkah keluar menuju ke kantin kawasan universiti itu. Tanpa berlenggah Sha terus mendapatkan satu bangku di hujung kantin tersebut.
"Takda benda menariklah nak makan" kata Ayra sambil duduk di atas bangku berhadapan dengan Natasha. Mata mereka mengilas sekerling kawasan kantin tersebut yang dipenuhi dengan pelajar di universiti tersebut.
"Special for beautiful lady" kata seorang jejaka yang muncul dari belakang Ayra. Mereka berdua terpinga-pinga memandang susuk tubuh itu. Kening Ayra berkerut memandang wajahnya seperti tidak mengenali.
"Err sorry but i don't order anything" jawab Ayra lalu tangannya menolak lembut piring yang berisi spagheti itu.
"But i buy it for you. So enjoy your meal. By the way i'm Imran and nice to meet you beautiful" sengih jejaka itu sambil matanya dikenyitkan sebelah. Senyuman manis dilemparkan kepada mereka berdua sebelum beredar.
Ayra dan Sha saling berpandang lalu tangannya menekup mulut menahan ketawa. Mata Sha sekali lagi memandang susuk tubuh jejaka tadi. Handsome! Wajahnya putih bersih serta tinggi lampai.
"Wah baru first day dah ada crush. Kalau kau tak nak, bagi aku jelah makan ea" jawab Sha lalu ditarik pinggan berisi spagheti itu. Ayra mengangguk tanda mengiyakan. Selesai makan, mereka kembali ke kelas untuk pengajian seterusnya.
Ada yang nak cucuk line ni hehe
Share this novel