Bab 8

Romance Series 9245

Langit mendung dan berangin di seluruh Auckland. Kakiku mula melangkah menyusuri dedaun yang berguguran di jalanan. Entah kenapa hati ini berat untuk meneruskan perjalanan. Dalam banyak Universiti, sini jugak dia pilih! Getus hati kecilku.

"Ayra" jerit Maleeq sambil berlari ke arahku.

"Fuh dia buat tak tau je kita panggil nama dia" terketar ketar suara jejaka tampan itu dek kerana mencungap berlari mengejar bekas kekasihnya.

"Babygirl?" langkah kakiku termati apabila mendengar panggilan manja dari Maleeq. Aku menatap tepat ke arah anak mata berwarna coklat itu.

"Maleeq, please. Awak datang sini untuk apa?"

"Studies"

"Okay then why you keep disturbing me?"

"Babygirl please, i still love you and you too. I know you miss me right?" lalu tangan Maleeq memegang wajahku yang mulus ini. Perlahan aku meletakkan tangan Maleeq ke bawah.

"Maleeq, bertahun saya cuba nak lupakan awak. Hubungan kita memang tak kemana. So please lupakan saya secepat yang boleh" jawabku lalu kaki melangkah meninggalkan jejaka itu yang masih terpingga pingga mendengar keluhan aku. Maleeq bingkas berjalan laju ke arahku lalu menarik tangan kananku.

"Im so sorry for my bad, but i tak akan berhenti untuk cinta dan sayangkan you macam mana i buat bertahun lamanya. And you takde hak untuk tentukan why i cant keep this feeling. My feeling on you will never faded Ayra Sofea" tegas Maleeq lalu meninggalkan ku terlebih dahulu.

Tanpa aku sedari air mata jatuh membasahi pipi. Saya pun masih sayang dan cintakan awak Emir Maleeq. Takde satu nama pun yang terpalit dalam hati saya sepanjang kita tak bersama. Kenangan yang kita cipta perlu dibuang jauh. Padaku di saat ini, keluarga adalah segalanya. Maaf Maleeq.

*****

"Good morning everyone. So today, i want all of you to make 3 people in one group for first assignment. As you know this assignment will be your ice breaking and get to know each other. If you have any quetions please let me know. Thank you" ujar Madam Lily yang merupakan pensyarah subjek Basis Economy & Management.

Tanpa melengahkan masa, masing masing mula mencari pasangan untuk projek kumpulan yang pertama. Aku dan Sha saling berpegangan tangan menandakan kami setuju untuk satu kumpulan. Jadi kami perlu cari seorang lelaki sahaja kerana projek pertama ini memerlukan kami untuk keluar dari kawasan Universiti tersebut.

"Sha kau rasa ada ke orang nak satu team dengan kita?"

"Lahh kenapa kau cakap macamtu. Aku yakin ramai yang nak sekumpulan dengan kita hihi" jawab Sha lalu tersengih sengih.

"Hi girls, my name is Adrian. You guys can call me Ad. By the way, im from Malaysia. So just let me know if you guys still finding teammates?" ujar Adrian dari belakang dengan lembut. Wajahnya yang putih merah dan berbadan tegap aku renungi. Wah handsomenya mamat ni! Getus hati kecilku. Seraya itu aku terus memandang wajah Sha yang masih lagi terpana akan ketampanan wajah jejaka itu.

"Err Sha, kau ok tak kalau Ad join kita?"

"Haaa yang ni aku setuju. So Adrian welcome to the club. Nama i Natasha so you can call me Sha" seloroh Sha diselangi dengan ketawa kecilnya. Belum sempat Sha menghabiskan ayatnya, Ad terlebih dahulu memotong ayatnya.

"Then, this beautiful lady infront of me?" senyuman manis mengoda dilemparkan kepadaku. Ahh aku terpana!!

"Errr hi my name Ayra Sofea. Just call me Ayra" jawabku lalu aku hulurkan tangan untuk berjabat dengannya. Ad menyambut lembut dan melemparkan lagi senyuman manis itu kepadaku.

"Nice to know you Ayra & Sha. So kita nak start dari mana?"

"Ok why not kita berjalan keluar sekitar Uni ni to find some reference for our assignment? As you guys know dekat Auckland ni tempat paling senang nak cari idea sebab terlalu tenang dan sunyi" kata Ayra lalu pura pura menghirup udara segar di hadapan mereka berdua.

Mereka yang melihat gelagat Ayra menarik nafas mula ketawa memecahkan kesunyian dia fakulti tersebut. Tanpa membuang masa, kami bertiga berjalan keluar dari Uni tersebut. Perlahan langkah kami bertiga sambil berbual tentang kehidupan masing masing sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di negara ini. Rupanya Adrian juga merupakan seorang anak ahli perniagaan yang terkemuka di Kuala Lumpur. Tanpa di sedari, 4 jam sudah berlalu dan waktu kelas sudah hampir tamat. Aku meminta mengundur diri untuk pulang ke rumah sewa.

Setibanya di kawasan perumahan, aku melihat satu susuk tubuh yang amat aku kenali berada di hadapan pintu rumah sewaku. Langkahku terhenti. Tidak ingin aku lanjutkan. Apakah jejaka ini tidak memahami apa yang aku katakan pagi tadi? Mahu tidak mahu, ku gagahkan juga untuk menegurnya.

"Hi, what are you doing here?"

"Ayra? You tu buat apa dekat sini?" soal Maleeq sambil mengerutkan dahinya.

"Eh kita tanya dia, dia tanya kita balik. Ni rumah i. Tepilah sibuk je" jawab Ayra lalu ditolak lembut bahu Maleeq yang menghalang laluan pintu rumahnya.

"Wait, you duduk sini? Oh my god what a coincidence. Tingkat 2 atas you rumah classmates i. Hujung rumah sana rumah busu Nur. I duduk dengan busu Nur kat sini" panjang lebar jejaka kacak ini menjelaskan.

"Kenapa eh kat dunia ni punyalah banyak negara boleh pergi, sini jugak awak pilih. Rumah tu kenapa eh nak kena sebaris jugak? Penatlah macamni" seloroh Ayra lalu memasuki ke dalam rumah meninggalkan Maleeq yang masih terpinga pinga mendengarnya.

Ahhhhhhhhh!! Jerit Ayra lalu dilemparkan beg tangannya.

"Kau ni kan, aku dah buang jauh dah dari hidup aku. Kenapa nak kena muncul sekarang ea" bengis Ayra lalu dihempaskan badannya ke katil empuk itu. Malam berlalu sepi sehingga terlena dibuai mimpi.

Sorry kesayangan saya yang masih sabar menanti chapter baru. Kalau suka jangan lupa share coins sikit hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience