*BONUS CHAPTER*
Selesai solat magrib, Maleeq mengambil telefon di atas meja lalu duduk di ruang tamu. Matanya melilau mencari kelibat busu tetapi tidak kelihatan. Notifikasi messager di buka.
"Maleeq, busu outstation 5 hari ni. Ada urusan kerja sikit. Lauk basah semua ada dalam fridge tau" - Busu
"Ok busu, take care!" - Maleeq
Maleeq yang tadi duduk di sofa ruang tamu, mula mengatur langkah menuju ke dapur. Peti ais di buka dan di tutup semula. Lapar tapi malas masak hehe. Maleeq terus menuju ke bilik tidur dan mencapai baju windbreaker di atas katil. Wajah Ayra tiba-tiba muncul di fikirannya. Laju langkah kakinya meninggalkan rumah tersebut.
"Aduh nak cari Ayra pun bukannya aku tau dia tinggal mana" ngomel Maleeq perlahan sambil berjalan menuju ke kedai serbaneka berhampiran rumah busunya. Setiba di pintu kedai itu, matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh wanita yang amat dikenalinya. Dia terus mendekati wanita tersebut.
"Ayra.." bisik Maleeq di telinga wanita itu.
PAP!
Laju tangan Ayra menampar muka jejaka yang bisik di telinganya itu. Mana tidaknya, tiba-tiba ada orang berbisik rapat di telinga memangil namanya sebegitu. Ayra terus memandang jejaka tadi yang sedang memegang pipi akibat di tampar.
"Maleeq! Sooo..rryy. Awak dah kenapa bisik macamtu. Kan dah makan penampar" jerit Ayra lalu tangannya mendebik belakang Maleeq.
"Aduh tadi muka, ni belakang pulak. Memang love language awak pakai tangan dengan kaki ke ra" balas Maleeq sambil tangan memegang pipi dan belakang badannya itu. Badan kecik tapi pukul berbisa getus Maleeq di dalam hati.
"Hah buatlah lagi. Memang saya bagi penumbuk pulak" jawab Ayra lalu penumbuk tangan kanan di ajukan ke muka Maleeq.
"Sampai ke sini awak cari saya kenapa. Stalker ea" katanya lagi.
"Kalau stalker pun kenapa? Hm tak lah. Saya lapar tu yang singgah kedai area rumah ni. Tak sangka pulak boleh jumpa cinta hati lama saya ni" jawab Maleeq sambil memegang perutnya yang berkeroncong. Matanya melilau mencari maggi cup di bahagian kering.
"Err awak pun tinggal area sini ke?" tanya Ayra untuk kepastian. Keningnya berkerut menunggu jawapan dari jejaka tampan itu.
"Haah, saya tinggal dengan busu Nur. Rumah dia depan sana tu je" jawab Maleeq sambil tangannya di tunjuk ke arah depan kedai. Tanpa membuang masa, Maleeq terus mencapai maggi dan air kotak coklat.
"Awak beli tu je ke?" tanya Maleeq lalu memandang tangan Ayra yang memegang air tin kopi. Ayra hanya mengangguk pertanyaan Maleeq tadi. Mereka berdua berjalan beriringan ke kaunter pembayaran. Maleeq membayar minuman Ayra walaupun ditolak 2 kali. Apa lah sangat air tin kopi tu.
Mereka berjalan beriringan keluar dari kedai serbaneka tadi. Angin malam di Auckland boleh tahan sejuk walaupun baru 10 degree celcius. Masih diam. Hanya bunyi kenderaan lalu lalang saja kedengaran.
"Can i ask you something?" tanya Maleeq memecahkan kesunyian. Ayra memandang tepat ke arah mata Maleeq dan tersenyum. Dia mengangguk perlahan lalu kakinya menuju ke arah bangku di seberang jalan kedai serbaneka tadi. Maleeq mengambil duduk di sebelah Ayra.
"Actually, what happen in Wales? Kenapa awak pilih untuk lost contact Ayra?" tanya Maleeq dengan perasaan ingin tahu. Mana tak nya, selepas kejadian malam 4 tahun lalu, dia langsung tidak dapat menghubungi kekasih hatinya itu.
"Nothing" ringkas balas Ayra. Air tin tadi di buka dan di teguk perlahan.
"If its nothing happen, why Ayra why? Perlu ke awak buat saya macamni? Sampai hati awak. Saya dah janji kan yang kita akan lalui semuanya bersama" kata Maleeq dan tanpa di sedari, matanya mula berkaca.
Ayra memandang wajah insan yang pernah ada di hatinya. Pilu, sedih. Tapi apa yang dia lalui dahulu, cukuplah hanya dia saja yang tau.
"Maleeq, can we just stop this nonsense? Saya taknak ungkit cerita lama. So please, awak dengan kehidupan awak, saya dengan kehidupan saya" jelas Ayra sambil memegang kedua tangan Maleeq. Air mata jejaka itu dikesa. Maleeq masih tidak dapat menahan rasa sakit itu. Air mata jantannya mengalir deras apabila mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Ayra Sofea.
Malam yang dingin berlalu pergi. Hati masih lagi tertanya mengapa, kenapa sampai jadi begini.
Apa pulak yang jadi dekat Wales ni?
Share this novel