SAMBIL bersiul-siul kecil, Adam turun bersarapan bersama mama dan papanya dengan wajah segar “Morning mama, papa,” sapanya lalu menarik kerusi dan melabuhkan duduk setentang mamanya. “Wow, getting excited on your first day, huh?” seloroh PS Bethanie. “Yup!" jawabnya bersemangat. Hari ini adalah hari pertama dia akan menjejakkan kaki di DayMond Jewels. Tetapi bukan sebagai Pengerusi, CEO, atau pengarah. Dia diletakkan di Jabatan Pemasaran dan Pengurusan Acara DayMond Jewels sebagai Penolong Pengurus II. Tidak ada jawatan itu tetapi sengaja diadakan untuknya dengan bantuan daripada mama kesayangan yang berjaya memujuk atau tepatnya memaksa Adrian menempatkannya di situ. Dia tahu Adrian keberatan kerana ...