Rate

BAB 5

Romance Series 8164

~Semakin jauh ku lari
Semakin ku pasti
Kau hampiri
Cinta di naluri
Cuma ada rasa percayanya
Pada kesetiaan
Dalam ruang yang berkaca
Dan nyata berbeza
Di pisahkan oleh kata-kata
Kasih ku menyerah hanya di jiwa
Ku menghayatinya
Menerima rasa yang terbuka
Dalam dakapan cinta
Kembalimu di jendela
Terpadam gelora~

Setiap bait lirik lagu Gelora, Jazmy Juma ku amati. Benar, hati ini rindu. Sakit. Tapi apakan daya semuanya sudah tertulis. Langkah kaki terhenti apabila melihat susuk tubuh wanita yang amat aku kenali. Ayra! Jerit hatiku. Kaki ini terus berjalan menghampiri wanita itu.

"Ayra.." sapa ku dengan lembut dan tangan ini laju menyentuh bahu kanan wanita itu.

Ayra yang sedikit terkejut terus berpaling ke belakang dan anak matanya memandang tepat ke arah jejaka yang memegang bahunya itu. Wajah tampan itu dia renungi dengan mata yang redup. Hati mula berdegup kencang. Terasa lemah seluruh badannya.

"Maleeq, awak buuuat aaa pa?" gagap Ayra yang seakan tidak percaya lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya 4 tahun lalu berdiri tegak di hadapannya. Belum sempat menghabiskan ayat tangan Maleeq pantas menarik Ayra ke dalam dakapannya.

Ayra seakan kaku dan dibiarkan saja seketika tindakan jejaka itu. Wajahnya dibenamkan ke dada bidang Maleeq. Bunyi degupan jantung Maleeq yang laju itu membuatkan Ayra tersentak lalu dileraikan pelukan tadi.

"Ayra please, saya merayu kalini tolong jangan tinggalkan saya lagi" rayu Maleeq. Air mata yang turun membasahi pipinya membuat hatiku sedikit gundah dan resah. Tangannya kemas mengenggam jari jemari Ayra. Wajah tampan itu aku tenung. Makin handsome, sado! Getusku di dalam hati.

"Macam mana awak boleh sampai ke sini? Awak bercuti ke?" soalan demi soalan aku ajukan kepada Maleeq.

"Saya buat master dekat sini" jawab Maleeq lalu air mata di kesa. Syukur dapat melihat wajah insan yang pernah dan masih dicintainya itu.

"Ha? Master? Sini? Awak biar betul?" berdas das soalan aku ajukan seakan tidak percaya kata-katanya. Kenapa mesti Auckland? Getus hati kecilku yang masih tertanya-tanya.

"Kenapa awak tak percaya? Dulu kan saya pernah bagitau if i want to further my studies, it will be Auckland. So here i am" jawab Maleeq. Baru aku teringat Maleeq pernah beritahu yang dia suka sangat negara ini kerana di sini antara negara yang paling tenang dan nyaman.

"Saya pun buat master dekat sini" ringkas aku beritahu Maleeq. Aku mula menyusun langkah ke arah tasik meninggalkan Maleeq yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Hah? Membulat mata Maleeq seakan tidak percaya omongan wanita tadi. Degupan jantungnya semakin laju tetapi dia masih lagi mampu mengawalnya.

"So awak pun buat master dekat sini? Betul kan orang kata kalau jodoh tu milik kita, larilah jauh mana pun akan tetap berjumpa jua" kata Maleeq dengan tenang sambil matanya memandang keindahan kawasan tasik itu. Seketika kemudian, dia menoleh ke arahku dan merapatkan bibirnya ke cuping telingaku.

"Do you still love me babygirl?" membulat mataku mendengar bisikan dari jejaka tampan itu. Maleeq ketawa kecil. Mau saja di mendakap susuk tubuh itu sekali lagi. Aku memandang wajahnya dengan pandangan yang tajam. Anak mata berwarna coklat itu aku tenung. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Jangan perasanlah. Cerita cinta kita dah lama pupus.
Dan sampai bila-bila pun kita takkan boleh bersama Maleeq. Anggap je dulu kita budak-budak dan tak matang. Cinta monyet" kata Ayra lalu langkah kaki ini berjalan menuju ke sebuah bangku di belakang mereka.

"Lepas kejadian dulu, saya dah fikir sehabis baik untuk taknak ulang lagi kesilapan lama. Cukuplah sekali. Kita pun dah janji untuk buat haluan masing-masing kan" kata Ayra lalu tangannya menyisir beberapa helain rambutnya yang tertutup mata disebabkan angin.

"But i still love you. Im still hoping that you will coming back to me. Ayra look at me. Tell me that you still love me right?" tanya Maleeq sambil tangannya memegang kedua belah pipiku. Mata yang penuh kerinduan itu ku renungi. Benar, aku juga merinduimu. Hati ini juga tersiksa menahan rindu. Tapi aku telah berjanji dengan baba untuk tak mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi. Perlahan ke tepis tangannya dari pipiku.

"Maleeq, stop it. You came here all the way from Malaysia to further your studies right? So please back on track. Jangan kecewakan mama dengan papa lagi. Im so sorry i have to go" jawabku lalu kaki ini melangkah dengan laju meninggalkan seseorang yang pernah dan masih dicintainya. Tanpa disedari air mata laju turun membasahi pipi. Kenapa mesti sekarang Maleeq.

P/s : harini kita cuti so kita published awal tau hehe kalau suka korang drop comment ok

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience