BAB 5

Other Completed 297

“Ambik tudung nenek, kita pergi klinik.”, makin bertambah berkedut dahi aku.

“Nenek memang macam nilah. Tak apa kau baliklah. Aku boleh jaga nenek.”,
belakang badan nenek aku tepuk-tepuk.

“Aku tunggu kat dalam kereta.”, nenek sudah Abon papah keluar rumah.

Aku tidak punya pilihan.

Nenek sudah tertidur di tempat duduk belakang. Bunyi dengkur halus-halus
mengisi ruang sunyi kereta. Aku tertanya kereta siapakah yang Abon
sedang pandu ini. Radio yang terpasang pun hanya sayup-sayup kedengaran.
Sebaik nenek tertidur lebih kurang 10 minit lepas, Abon memperlahankan
radio.

“Bila kau beli kereta?”, aku takut-takut berani mengeluarkan soalan maut.

“Baru je.”, dia jawab mendatar.

“Banyak duit kau.”, mata aku memandang jalan raya yang semakin lengang.

Jam pada dashboard menunjuk angka 10.46 malam. Selepas ke klinik, Abon
singgah di warung berdekatan jambatan Batu Pahat. Suasana malam
berdekatan dengan Putra Specialist Hospital ini agak mendamaikan. Selama
ini tidak pula aku perasan.

“Nama ayah aku. Aku tinggal pakai je. Bukan kereta mahal pun.”, dia
gelak kecil.

“Kau banyak berubah. Ada apa-apa yang aku tak tau ke?”

“Kenapa? Bukannya kau dah tau.”, aku toleh Abon di sebelah kanan sekilas.

“Tak faham.”, aku kerut dahi, kaki kanan aku luruskan.

“Usu.”, mata aku berkedip sekali.

“Tak ingat? Aku, kau, Usu. Petang tu.”, aku mula faham.

“Kenapa? Aku dah buat salah ke?”, aku tunduk, bila Abon bertanya.

“Tak...”, suara aku hampir tidak terkeluar, Abon sabar menunggu.

“Kau...aku...kita lain. Semua ni perkara biasa. Takkan kau nak tanya
lagi?”, aku tidak pandang wajahnya.

“Kau...”, Abon bersuara dan aku memintas.

“Hantar aku balik.”, jalan sudah menerus ke arah Parit Raja, jam
menginjak angka 11 malam. Nenek masih lena tidur.

“Suka aku?”, aku diam, kaku, kemudian berpura-pura ketawa perlahan.

“Tak lawaklah.”, dia serius.

“Ok.”, dan selepas itu suasana terus sunyi dan bungkam.

Kereta bergerak perlahan pulang ke arah Sri Gading. Apabila melalui
kawasan ‘bunga sakura’, aku teringat Usu. Aku pandang ke kiri dan tidak
menoleh hadapan lagi. Aku perasan kelajuan kereta menurun, dan Abon
memilih lorong kiri. Waktu itu, lebih banyak bunga yang jatuh dan
berterbangan apabila disambar tujahan angin kenderaan. Aku tidak tahu
mengatasi masalah ini. Aku dan Abon. Kami sama-sama tidak tahu. Usu
tidak pernah mengajar aku dahulu tentang perasaan antara lelaki dan
perempuan. Aku kenal perasaan ini. Tetapi, aku dapat rasakan perasaan
ini salah dizahirkan dengan sewenang-wenangnya. Abon dan aku
masing-masing punya maruah. Dan kereta terus meluncur tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience