BAB 7

Other Completed 297

“Hadiah.”, itu sahaja ayat yang keluar dari mulutnya.

“Sebab?”, peluh semakin banyak menompok.

Kedengaran suara konduktor bas memanggil penumpang bas naik ketika itu.
Abon menoleh dan aku tahu panggilan itu turut ditujukan kepadanya.
Itulah bas yang dia naiki.

“Sebab....”, beberapa orang berdekatan tempat aku berdiri ini mula
menuju ke arah bas.

“Sampai aku jadi lelaki yang layak. Sampai hari tu, kau kena tunggu
aku.”, bungkusan itu ditolak mengena rapat ke tubuh aku.

Itulah sahaja ayatnya. Ayat yang dia ingin ucapkan sebelum dia sekali
lagi pergi. Aku pandang lagi belakang badannya yang semakin mengecil dan
menjauh. Ya, itulah imej yang aku lihat bertahun dahulu. Imej budak
lelaki dengan unifom sekolah berjalan pergi meninggalkan aku. Dan kini,
imej itu berulang tayang dalam fikiran. Bezanya, bertahun dahulu
perasaannya sakit dan pedih. Kini, perasaannya halus, hangat dan
membingungkan. Bungkusan aku pandang dan intai isinya. Selendang. Aminah
sudah berada di sisi aku. Apabila aku pandang wajahnya, dia senyum.

“Dia sayangkan kau. Dia sukakan kau. Dia cintakan kau.”, kata-kata
Aminah berlalu seiring dengan bunyi enjin bas menderam meninggalkan
perkarangan terminal bas.

“Huh...tunggu dia?”, aku menunggu balasan kata Aminah.

“Sebelum sampai masa tu, kau kena siapkan diri kau juga. Berubah.
Berubah jadi lebih baik. Untuk kau, untuk dia, untuk korang berdua.”

Aku tahu kini. Aku faham. Dan aku berharap kami akan sama-sama belajar.
Sementara dunia kecil kami tertinggal di belakang, dan menjadi sejarah.
Itulah dua orang kanak-kanak dengan uniform sekolah menunggang dan
membonceng basikal di sepanjang jalan tanah merah beteng sungai. Apabila
tengahari menjelang, bau hanyir sungai menyucuk hidung. Mereka itu
bernama Jiji dan Abon. Dan kini, kisah hidup Nur Azima dan Badiuzzaman
baru hendak bermula sedang Jiji dan Abon semakin pergi, jauh namun
tinggal tetap dalam sudut hati yang paling dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience