BAB 6

Other Completed 297

Hari ini, Abon akan pulang ke USM. Pagi-pagi lagi dia sudah terpacak di
hadapan rumah nenek. Aku mengintai dari cermin. Nenek sedang bercakap di
halaman rumah dengannya. Kata-kata mereka tidak pula aku dengar dengan
jelas. Bunyi rancangan televisyen mengganggu. Handak diperlahankan, aku
takut Abon perasan kehadiran aku di dalam rumah itu.

“Yelah. Nanti nenek cakap.”, aku cuba picing telinga lagi.

“Saya...maaf susahkan nenek.”, suara lelaki.

“Alah orang muda punya hal. Taulah nenek...”, kemudian Abon memberi salam.

Aku terduduk di sofa. Suara nenek mengejutkan aku.

“Kalau kau keluar tadi kan senang. Terhendap-hendap macam pencuri.”,
pedas ayatnya.

“Jiji belum mandi.”, aku sengih.

“Ai dulu masa kecil tak pula kau segan kentut depan dia. Datang bulan
pun dia yang menegur.”, muka aku panas.

“Jiji nak mandi.”, aku bangun berdiri.

“Dia pesan datang bus stand pukul 2.30 nanti.”, aku terbantut melangkah.

Kata-kata nenek aku hempas pulas cuba cernakan. Aku-pergi-bus-stand.
Spontan badan berpusing 90 darjah. Aku tarik nafas.

“Sebab?”, nenek membetulkan simpulan kain batik pada pinggang.

“Ajak si Aminah. Jangan pergi sendiri. Hilang entah ke mana kan.”, aku
telan liur dan dalam kepala aku bermain ayat: tiada kompromi.

Lalu kini dan di saat inilah aku sedang duduk-duduk seperti si dungu di
kawasan terminal bas Batu Pahat bagai menanti buah yang tidak gugur.
Aminah sibuk membaca komik. Jam aku lirik. 2.42 petang. Ini sudah lebih.
Aku sampai pun awal 10 minit. Hari Ahad beginilah sibuknya di sini. Mata
aku mencari kelibat Abon dalam keramaian orang. Satu-satu muka aku
pandang. Akhirnya, jumpa.

“Maaf lambat.”, dia sudah berdiri terpacak di hadapan aku dan Aminah.

“Em. Ada apa?”, mata aku sengaja aku pandang ke arah lain.

“Ingat kau tak datang.”, Aminah duduk semula menyambung bacaan.

“Mandat nenek. Sorang?”, dia angguk.

“Budak lelaki mana ada keluarga nak teman. Sendirian berhad je semua.”,
beg galasnya ditarik-tarik talinya.

“Bas kau pukul berapa?”, aku begitu mengharapkan kecanggungan ini beraknir.

“3.00 macam tulah. Maaf aku lambat, kalau tak boleh cerita banyak.”, aku
senyum tidak ikhlas.

“Err...Ji.”, aku tundukkan kepala.

“Dulu kau kata aku tak boleh jumpa kau lagi. Lepas Usu meninggal. Apa
maksud kau?”, kaki aku kuis-kuis, tarik nafas.

“Itu ....itu eh...em...kau kan sekolah asrama. Macam mana nak jumpa aku.
Ha tulah...tu...maksud aku.”, Abon ketawa perlahan.

Kawasan yang kami sedang berdiri ini berdekatan dengan premis
perniagaan. Lantas, sinaran mentari tidak akan diteduhkan oleh bumbung
yang gelap di dalam terminal. Memang sengaja, kami(aku dan Aminah)
memilih kawasan ini. Seram di kawasan yang agak gelap dan kotor itu.
Peluh akibat panas dan penuh yang bernama peluh dingin mula menompok
pada muka. Aku biarkan. Aku lihat Abon tidak kurang berpeluh. Lehernya
sahaja sudah basah lembap sampai ke kolar. Tidak semena-mena, beg
plastik pada tangan kanan yang disorokkan di belakang badan diunjuk
kepada aku. Aku kerut dahi. Bungkusan plastik aku pandang tidak
berkelip. Sambil memandang wajahnya, aku angkat kening beberapa kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience