BAB 2

Other Completed 297

“Marcos.”, Usu sedang memutar screwdriver membetulkan walkman.

“Macam bagus je...”, aku menjawab malas.

“Dia pelajar hebat, banduan, peguam, dan pencetus revolusi.”, Usu
bercakap sambil mengangkat kepala mendongak siling.

“Banduan?”, aku terkejut.

“Bela diri sendiri dalam mahkamah. Dia dan hanya dia dalam sejarah ni.”

“Nak jadi macam dia?”, gambar bersaiz poster itu aku sentuh.

“Yelah. Usu nak jadi lawyer. Macam dia...hebat kan...”, dan Usu gelak.

Itu dahulu. Kini bilik ini sunyi. Penghuninya telah hilang. Namun
hilangnya Usu dengan membawa seorang pengganti. Abon. Dia datang petang
itu dengan basikal. Hanya dia seorang dengan pakaian sekolah. Dia duduk
di pintu masuk beranda. Rambutnya hitam dan kemas. Kemejanya bersih
bergosok. Abon sudah membesar. Membesar menjadi seorang lelaki di asrama.

“Hai.”, aku pandang wajahnya dengan perasaan kosong.

“Nak balik asrama?”, dia angguk.

“Aku tak boleh keluar lama.”, ada sebuah kereta melintas jalan berturap
hadapan rumah.

“Siapa hantar kau?”

“Bapak aku.”, wajahnya sedikit suram.

“Seronok kat sana?”, semut yang hinggap pada kaki aku buang.

“Emm..”, dia angguk lagi.

“Bon...”, kepalanya dipanggung.

“Kau sayang Usu tak?”, dia kelu.

“Sayang.”, perlahan sahaja jawapannya.

“Kalau kau sayang Usu...”, aku tenung wajahnya dalam-dalam.

“Apa?”

“Kau jangan cakap dengan aku lagi.”, Abon terkedu.

Aku menunggu beberapa saat lagi kalau-kalau Abon mahu membalas. Dia
tetap senyap dan wajahnya ditekur menghadap lantai. Aku bangun perlahan
dari kerusi. Kaki hampir memijak tangga pertama rumah.

“Aku...”, aku terdiam.

“Baru balik dari Cameron Highland. Rombongan sekolah.”, aku pusing badan
menghadapnya.

“Nah.”, sesuatu dikeluarkan dari poket seluar dan diletakkan dilantai.

“Aku balik dulu.”, dan Abon betul-betul pergi.

Aku pandang pelekat magnet yang berbalut plastik dan tubuh pemberinya
yang semakin mengecil dan hilang di persimpangan jalan. Hati aku rasa
sakit. Aneh dan pedih. Itulah kali terakhir aku bertemu Abon.
Satu-satunya kenangan secara visual yang aku masih ingat padanya ialah
bentuk belakang tubuh badannya yang berjalan pergi. Aku tidak pernah
lupa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience