“Nah!”
Afiq yang sedang tercari-cari kelibat Afiqah daripada tadi terus tersentak saat Han menghulurkan dia sesuatu. Afiq tengok dengan kerutan di dahi.
“Apa ni weh?” Soal Afiq.
Tajam Han merenung Afiq. Kotak yang dia pegang diletakkan di depan Afiq.
“Kau buka dan kau akan tahu.”
Afiq terdiam. Kenapa Han nampak tegang? Tak mahu tegangkan suasana dia membuka kotak itu. Bila melihat isi di dalam, hatinya terus tersentak.
“Dulu aku diam sebab aku ingat kau tak ada kaitan dengan dia. Aku ingat kau dah jujur dengan dia. Aku ingat kau anggap dia kawan je.Tapi bila dia suruh aku bagi benda ni dekat kau. Fahamlah yang kau pernah bagi harapan dekat dia. Then kau tinggalkan dia macam tu je! Apa jenis lelaki kau ni ha?!”
Farhan mula membentak. Dia memang betul-betul marah.
Afiq terkedu. Tangannya menggigil cuba mencapai origami burung yang ada tertulis ‘I Love You NA‘. Serentak itu air mata jantannya mengalir turun ke pipi.
“Aku tak sangka kau sanggup permainkan hati dia Fiq! Bertahun-tahun dia tunggu kau balik. Tapi apa yang kau buat? Kau hancurkan hati dia? Kau tinggalkan dia terkapai-kapai?”
Afiq meletakkan semula origami tu ke dalam kotak dan menggenggamnya erat. Pantas dia bangun dan mencengkam bahu Han.
“Dia dekat mana Han? Dia dekat mana?!” Jerit Afiq gara-gara tak tahan.
“Baru sekarang kau nak cari? Patutlah bila pertama kali aku jumpa dia, aku macam kenal. Rupanya…” Han tergelak sinis.
Afiq meraup wajahnya dengan riak kesal. Dia menggelengkan kepalanya.
“Kau tak tahu cerita sebenar Han. Kau tak tahu! Dekat mana dia ada sekarang Han? Cakap!”
“Dia dah balik. Kalau kau betul masih cintakan dia. Tolonglah. Tolong kejar dia. Atau kau akan menyesal buat kali kedua.”
Terus Han berlalu meninggalkan Afiq yang sedih itu.
“Tak! Aku tak nak kehilangan dia lagi!”
Share this novel