Klik! Klik! Klik!
Hampir sejam Afiqah mengambil gambar bakal pengantin di depannya saat itu. Dan alhamdulillah. Tugasnya berjalan dengan lancar. Dan dia lega bila bos dia tak komen banyak. Bakal pengantin pun suka dengan hasil kerjanya. Lagilah dia seronok.
“Terima kasih dik. Abang dan tunang abang suka. Nanti masa kami kahwin abang nak adik ambil gambar kami juga. Boleh?”
Afiqah terlopong. Dia mula melonjak dalam hati. What? OMG! Ini yang aku tunggu-tunggu selama ni.
“Sama-sama bang. Yang tu kena tanya bos saya dulu. Saya tak berani nak bagi jawapan.”
Jawab Afiqah dengan sengihan. Dia sempat kerling ke arah Afiq yang tengah berbual dengan rakan kerjanya yang lain itu.
“Tak apa. Nanti abang bincang dengan bos kamu. Kami pergi dulu.”
Usai saja mereka berlalu, Afiqah kembali melihat hasil kerjanya dalam kamera dia. Dia tersenyum lebar. Sukanya! Tak sangka dia dapat ambil gambar secantik ni. Yeah! Nak tunjuk dekat umi la nanti. Mesti umi bangga. Kah!
“Afiqah!”
“Ya!”
Bergegas Afiqah melangkah ke arah Afiq. Kameranya disimpan kembali ke dalam beg. Takut rosak dan hilang. Menangis tak berlagu la dia.
“Dua minggu dari sekarang prepare diri kau.”
“For?” Blur Afiqah menyoal.
Afiq kerling sekilas ke arah Afiqah sebelum membelakangi dia.
“For photoshoot wedding.”
Terus dia berlalu dengan senyuman. Dia tahu Afiqah mesti tengah teruja dan terkejut saat ini.
“Ha?”
Bila dia dah dapat hadam apa yang bos dia maksudkan. Terus dia terlompat. Gembira sangat dah tu. Nasib tak ada orang nampak. Dia tersengih. Malu! Tapi yeah!!! Dapat photosoot wedding. Ini yang aku tunggu-tunggu. Thanks bos!
“One thing!”
Afiq kembali mendekati Afiqah yang tengah tersengih itu.
“Yes bos?”
“Jadi partner aku untuk satu majlis hujung minggu ni. No excuse!”
Barulah dia memusingkan badannya semula ke depan. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya dia saat meminta Afiqah jadi partnernya nanti. Argh! Aku ni dah kenapa? Serius ke aku dah jatuh cinta dekat dia? Impossible la!
Afiqah melihat langkah Afiq yang dah berlalu tu dengan terpinga-pinga. Tiba-tiba rasa malu menerpa. Bos ajak aku jadi partner dia? Kenapa? Okay! Aku dah kenapa sengih lagi lebar ni?
“Bos ni suka buat surprise kan?” Ujarnya pada diri sendiri.
Lastly mereka berdua tersenyum bahagia mengingatkan sikap masing-masing tadi. Malu tapi mahu. Hahaha.
Share this novel